Khamis, Disember 31

2010.

2010. esok dah 2010. cepat sungguh masa berlalu.

apakah azam tahun baru aku?






nak berhenti rokok.




........


.....


...



hahahahahahahahahahhaahhahahahahahahahahahahahahahahahahahhohohohohohohohohohohohohohohohhahahahahahahahahhahahahahahahahahohohohohohohohohoahahahhaa!!!!!!!!!!!


Rabu, Disember 30

fegato denunce

jam berdetik masa berlalu
angin bertiup menembus pipi
bayu menghembus membelai rambut
daunan berterbangan melintasi pandangan
mata melirik ke arah ufuk
fikiran melayang di awan-awangan

huuuu
rokok ku hisap bertalu-talu
selepas sedut ku sedut lagi
aku hembus asap
aku hembus asap berbentuk 0
nak buat asap bentuk love tapi tak jadi
disusuli asap berbentuk anak panah
juga tak jadi
asap naga juga yang keluar

aku duduk persis cina kalah judi
merenung nasib di kejauhan
meminta simpati tidak di peduli
aku mengeluh
aku mengeluh panjang
tiba-tiba aku sendawa
burrrrrpp
oh aku baru lepas makan
prooottt
disusuli kentut hampir cirit
oh mungkin terlampau kenyang

aku merenung jauh lagi
lepas sebatang, sebatang lagi rokok ku hisap
fikiran bercelaru
memikirkan pelbagai masalah
masalah di tempat belajar
di selang selikan dengan masalah sosial
yang tidak berkesudahan

aku berusaha mencari jawapan
tidak berhasil
otak semakin kusut
pelbagai peristiwa berlaku
hati semakin parah
parah mengenang nasib
mungkin itu sudah suratan
mungkinkah aku yang bersalah?
mungkinkah mereka?

aku tidak mengerti
soalan itu terlalu sukar
mungkin lebih sukar dari soalan final exam
sebab masa exam kita boleh meniru
dengan pelbagai cara
cara mudah untuk memperbaiki kelemahan diri

tapi soalan itu sangat subjektif
dan tiada talian hayat yang boleh digunakan
untuk membantu
jalaludin hassan pun tidak dapat membantu ku
"kita gunakan talian hayat yang pertama"
suara beliau berkumandang di ruangan otak
tapi sayang
talian hayat yang pertama itu apa?

aku buntu
semakin buntu
biarlah aku pergi dari sini
pergi untuk menenangkan benak fikiran ku
dari dihujani pelbagai masalah
itu lah jalan mudah
lari dari masalah
apa boleh buat
aku hanya manusia biasa

biarlah aku pergi untuk sementara waktu
dengan waktu terluang nanti
mungkin aku boleh membentuk 8 packs
yang sekian lama sudah dibentuk
tetapi jarang di perlihatkan
eight packs perlu selalu maintain bro
bak kata komando malaysia yang selalu keluar kat tv
komando bercalit hitam di muka
bersarung rumput dibadan untuk tujuan penyamaran
nak menyamar tikus tak boleh
nak menyamar jadi biawak pon tak boleh
nanti urat perut lari
8 packs pon dah tak cantik
sia-sia penat work out sambil menaip

eh apa aku merepek ni
sebelum lebih banyak aku merepek
aku nak ucapkan

Selamat Tahun Baru 2010!!!

Sabtu, Disember 26

200.

dan ini ialah entri yang ke 200.

hmm. semoga anda semua seronok dan gembira dengan pilihan hidup anda masing-masing.




Jumaat, Disember 25

x-mas.

lama da rase nye aku x update blog ni. maklum lah, aku ni seorang yg sibuk. baru la ari ni aku ade mase nak post. tapi aku kagum. dalam beberapa bulan semenjak ketiadaan aku, penghuni di blog ini semakin bertambah. baik penulis mahupun pembaca. ah, aku amat kagum.

untuk kesekian kali nya, aku berkata pada diriku, aku amat kagum.

Selasa, Disember 22

salute.

semasa lunch, aku terdengar perbualan dari meja sebelah yang diduduki oleh sekumpulan geng2 bomba tua. ketika itu, tv sedang menunjukkan berita penangkapan gadis bawah umur di kelab malam di kuala lumpur.

"kau rasa kalau malam ni kite pergi kelab ok ke?"

wow.

Isnin, Disember 21

Microsoft XP_Mission Impossible



Bermulanya misi ini pada beberapa hari yg lalu..

Kelas bermula pada pukul 10pg. Aku ke kelas seperti biase. Terus aku duduk dipenjuru belakang sekali. Tepat jam 10.05pg, lecturer (bangladeshi) pun masuk ke kelas. Disebelahku duduknya seorang foreigner dari Burma (kerana segan negaranya dipanggil myanmar) yg mukanya seperti org melayu (bukan racist). Maka bermulanya kelas kami.

Pembelajaran di kelas itu sgt memayatkan pelajar. Lecturer yg mempunyai slow voice, flat tone, mata yg sgt sepet atau memang taknak bukak mata dan paling terutamanya mulutnya yg hanya dibuka pada ukuran 1mm sahaja. Hanya barisan pertama sahaja yg dgr. Yg belakang2, nmpk lecturer tersebut seperti patung yg hanya berdiri di satu tmpat shj. jam 10.06pg, hampir 99% pelajar sudah tido.

Melihatkan perkara tersebut berlaku, pelajar disebelah aku memulakan misi mustahilnya. Dalam fikirannya, beliau ingin bermain internet menggunakan laptop kecil beliau. Tp, terkejut melihatkan bahawa dia lupa memasangkan bateri dilaptopnya. Hanya ada satu cara sahaja yg dapat mengatasi masalah ini iaitu memasang charger terus dari laptopnya. Beliau mencari power point untuk mencucuk charger beliau dan menjumpaiinya dibarisan kedua dihadapannya. Selama 10minit die berfikir cara hendak ke power point itu tanpa disedari oleh semua org (hanya aku sahaja yg sedar). Beliau menjumpai idea dan memberitahu aku yg misi beliau adalah menyelinap dibawah meja secara senyap ketika lecturer memandang kearah lain.

Secara fokus beliau melihat lecturer itu dan menunggu tepat pada masanya. 10minit kemudian, beliau mendapat kesempatan tersebut dan terus menyembunyi dibawah meja (walaupun besar badannya seperti Malik Noor ketika kurus).. Secara perlahan beliau menyelinap dan tercapai misi beliau apabila chargernya dapat dicucuk. Secara senyap dia kembali di mejanya.

Sambil memandang sinis tanda sgt lopek kepada aku, die terus membuka laptopnya. Ketika itu dikelas hanya terdengar bunyi cicak dibilik sebelah. Sangat sunyi dan sepi. Tiba2!! Keheningan kelas tersebut pecah dgn bunyi Opening Microsoft XP dari laptop beliau. Terus semua pelajar didalam kelas itu pandang ke arah beliau.. Dengan rasa malu, beliau memandang ke luar dan menutup perlahan2 semula laptop beliau. Dan aku pula?

Mestilah ketawa kuat2 sambil menuding jari pada beliau..PADAN MUKA!!

p/s - Selamat Tahun Baru pada semua yg beragama Islam dan Tahniah pada Datuk Bung Mokhtar Radin atas perkahwinan beliau dengan Zizie..

Ahad, Disember 20

3-0 yeah?


"lek kawan2, masuk 3 bijik sudah. kang kalu masuk lebih kesian lak pemain m.u kene baling but ngan ferguson."


*drumroll*

ding ding dinge dingg donggg dingg dingg dingg dingge dingg donggg!

Whos that team they call the fulham
whos that team we all adore
we r the boyz in black and white
and we fight with all our might
and we r out to show the world the
way to score

We Are Fulham,
Super Fulham,
We Fulham,
FFC,
We Are Fulham,
Super Fulham,
We Are Fulham,
Fuck Chelsea.

Fulham Fc,
Oh mist rolling in from the Thames,
My Desire, is always to be here,
My Fulham Fc

You Are My Fulham,
My Only Fulham,
You Make Me Happy When Skies Are Grey,
I Never Noticed,
How Much I Loved You,
Until You Taken My Fulham Away,
NaNaNaNa NA oh

Chris's colemans black and white
army,
chris's colemans black and
white army.
(repeat)

We all follow the fulham,
over land and sea (and leicester)
we all follow the fulham
on tooo victory,
all together now,

Fulham, Fulham, fulhammm,
Fulham, Fulham Fulhammm,
Fulham Fulham Fulham Fulham


She wore,
she wore,
she wore a black 'n' white ribbon,
She wore a black 'n' white ribbon,
in the merry month of may,
And when, I asked, her why she wore that ribbon,
She said it's for the Fulham,
and we're going to Wembley.
Wembley, Wembley, We're the famous Fulham FC
and we're going to Wembley, Wembley, Wembley


i'm Fulham Till i die,
Fulham Till i die,
i no i am,im sure i am,
im fulham till i die

Sabtu, Disember 19

konserto terakhir pt6.

"kau tak paham dowh. kau takkan paham" kob bersuara.

aku mendengar dengan teliti. aku ada terasa sedikit mengantuk, dan terasa mahu menguap, tapi aku cuba menahan untuk berbuat demikian. mengetahui perangai kob yang panas baran, perasaan itu hilang tiba-tiba.

"kau fikir la joe. kite main tadi dah sedap dah. aku rasa kite dah bagi all out dah. tapi camne la sial dorg boleh bagi band yang main macam simple plan tu menang. lagu leleh la bai. main pon chord basic. pantek ko tau wei." marah kob.

aku merenung ke arah gitar bass kob. patah dua. memang emosi si kob ni. nak ikutkan aku pun bengang. kitorang dah praktis gile babi untuk battle ni. tapi band hingus yang menang. main macam simple plan. nak ganas lagi boleh la aku cakap main macam secondhand serenade. nak lagi ganas bole la aku cakap main macam puki. aku nampak tomi menyalakan rokok. muka tiada perasaan. cool memanjang.

"takde luck kot hari ni." aku cuba menenangkan keadaan.

"luck? luck?? abah ko luck. ni bukan pasal takde luck. ni pasal kronism. dan pasal cool atau tidak cool."

"ko nak kate kite x cool? x hensem? aku rase ko sorang je kob." pintas juan membakar keadaan.

kob lantas bangun dan menuju ke arah juan sambil membukukan penumbuk namun sempat di halang oleh joyce. "enough already ok?! im tired of both of u. asyik nak bergaduh saja." kata joyce dengan bahasa melayu separa british.

keadaan kembali tenang. ibarat pepatah malaikat lalu. begitulah keadaannya. terlihat tomi menghembuskan asap rokok sambil membuat bentuk bulat. tegar.

"guys, nah air. kite chill dulu. jangan kecoh-kecoh." shoshanna datang membawa air tin yang di beli dari kedai runcit berhampiran.

"thanks shoshanna." aku berkata. shoshanna tersenyum kepada aku.

***

kringgg. kringggg.....!

handphone aku berbunyi ketika aku sedang sedap tidur.

"yang, u kat mane ni?"

"i kat rumah kob la. nape?"

"kan u janji nak kuar ngan i hari ni. u lupe ek?"

"owhh. hmm. give me 30 minutes. i nak siap jap. jumpe kat lrt k."

"ok bye sayang. luv u."

"luv u too. bye."

"sape tu wei?" tanya kob. kebetulan dia sedang berada di dalam bilik tempat aku tidur sambil bermain dota.

"ohh. shoshanna." jawab aku.

kob terdiam.

bersambung..



Rabu, Disember 16

goldstar.

aku sedang mengupdate entri ini di dalam ofis.

ya, di dalam ofis.

kepada golongan-golongan yang sering memperlekehkan kerajinan aku untuk bekerja, aku ada satu benda nak cakap.


IN UR FACE MOTHERFUCKERS!! HOHOHOH!! GO EAT UR OWN SHIT ASSHOLES!!

sekian, terima kasih.

Sabtu, Disember 12

siri bercakap dengan jin: jin mamak

Kembali lagi dalam siri bercakap dengan jin. Untuk kali ini, dalam versi aku pula. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Sebab itu-lah kita tidak boleh berkompromi dengan kaum-kaum yang sewaktu dengan nya. Kali ini, giliran aku pula untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman salah seorang rakan ku yang dialami beliau beberapa hari yang lalu.

Si Azman (bukan nama sebenar, benar, bukan nama sebenar ya), seorang remaja yang suka menjalan-kan aktiviti memburu hantu (salah satu aktiviti urban pada masa kini). Bezanya, aktiviti ini mengalahkan seorang pawang mahupun bomoh kerana ia-nya lebih moden, dengan penggunaan kamera berteknologi night-mode yang lebih advance, jika dibandingkan dengan asap menusuk hidung berkepul-kepul di udara.

Walaubagaimana pun, si Azman tidak begitu sebenarnya. Si Azman hanya banyak menghabiskan masa si Azman dihadapan komputer membunuh jin-jin serta syaitan merasuk manusia dalam left4dead. Setelah selesai berjihad, si Azman seperti biasa akan terus ke kedai berhampiran untuk meneguk secawan teh. Aktiviti membuang masa seterusnya dijalankan dengan berborak-borak kosong serta gelak ketawa bersama rakan-rakan (nama pun urban).

Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam. Setelah lama berborak, air yang diteguk habis jua. "Ane! Ane! Ais kosong satu eh", minta si Azman. Mamak pun menyahut sambil mengangguk-angguk setelah datang ke meja selepas dipanggil, "Okay boss!". Kemudian si Azman meneruskan lagi perbualan bersama-sama rakan-rakan si Azman.

Sedar tak sedar, 30 minit berlalu, kemudian rakan-rakan si Azman ingin pulang ke sarang masing-masing setelah azan Subuh pun hampir berkumandang.

Si Azman berasa janggal, kerna si Azman merasakan, dia terlupa tentang sesuatu perkara. Seperti proses sinap tidak dapat dijalankan ketika itu. Seperti ada satu kekurangan tentang diri si Azman.

Tiba-tiba, ketika ingin mengangkat kaki untuk keluar dari kedai tersebut, si Azman ternampak mamak yang amat familiar di mata si Azman, sedang duduk bersembang sakan bersama-sama dengan pekerja mamak yang lain. Mamak tersebut seperti buat-buat tidak kenal dengan si Azman. Sedangkan, hampir setiap malam si Azman di situ. Misteri.

Mengapa ya? Mengapa mamak tersebut buat-buat tidak kenal bila berhadapan dengan si Azman? Kenapa mamak itu amat familiar di mata si Azman? Mengapa mamak itu seperti tidak ada kerja? Mengapa sampai 30minit si Azman dan rakan-rakan di situ? Seram bukan jika begitu? Misteri bukan? Adakah ini kerja jin atau syaitan?














Di manakah ais kosong si Azman? Bertemu lagi kita dalam siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Khamis, Disember 10

Tolong-lah Nyah

Tolong-lah. Tolong cari dvd cetak rompak atau pun download sahaja di Internet, kemudian ajak rakan-rakan yang lain untuk tonton bersama-sama cerita ini - Paranormal Activity (2009)

Bagi aku, cerita ber-genre kan keseraman ni, mencapai level keseraman yang sesuai untuk ditonton beramai-ramai supaya bergoncang ulu hati korang. Aku tak takut mana pun, aku bekas komando kan. Dah dilatih untuk benda-benda seperti ini.

Saksikan trailer di bawah. Sumber: Pernah dengar Youtube.com?



Jom support cetak rompak. (di edit dengan penuh bergaya atas arahan admin)

Terkuncit Lalu Tercirit

Di petang hari, tanpa sebarang angin bertiup sepoi-sepoi di celah aluran telinga caping ku ini. Aku merasakan seperti badai yang tak kan berlalu sepanjang bulan ini. Kenapa aku perlu begini dan aku tidak mahu begini.

Ok2, cool semua. Keadaan sebegini seringkali terjadi setelah aku selesai workout untuk mendapatkan tubuh yang buff (eight packs perlu selalu maintain bro..)

Anda semua tentu perasan dengan trend yang pernah melanda Malaysia suatu ketika dahulu, kamera Digital Single Lens Reflex atau dengan nama yang lebih ringkas DSLR. Kamera ini semasa zaman aku masih di dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja lagi (sekitar tahun 1993) sudah pun mempraktik-kan penggunaan nya ketika dalam aktiviti menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Mogadishu. Tentu ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, bukan? Kamera ini, yang pada masa itu mempunyai nilai harga yang amat tinggi tetapi hanya dengan spesifikasi yang average jika dibandingkan dengan harga-nya pada masa sekarang. It's not worth it bak kata orang Caucasian.

Tapi, apa yang aku cuba katakan di sini, bukan pasal kamera DSLR mahu pun Rejimen Askar Melayu Di Raja. Ini yang cuba diperkatakan, which is worth it.


Sumber: tidak dapat diingatkan semula. Maaf. (Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)

Aku Idam-kan Ini - Bahagian 2

Dinihari tatkala matahari belum lagi sampai ke puncak nya yang menandakan waktu dimana para syaitan aktif berkeliaran, aku terasa urat ku menegang (jangan salah faham) kerana ketandusan upaya untuk melakukan apa-apa sepertimana yang diharapkan setiap hari (sebenarnya, aku kurang pasti macam mana aku mahu mulakan posting ini).

Korang tentu pernah lihat iklan di mana TM Streamyx dan P1W1MAX saling being directly sarcastic between each other (memang boleh bawak gaduh). Tapi ini dinamakan marketing options yang mewujudkan persaingan kental untuk syarikat masing-masing. Para pengguna lebih-lebih lagi orang Melayu kita memang suka perkara-perkara macam ni. Kontroversi, yang mana seboleh-bolehnya perlu dihindari. Tapi aku rasa agak bagus juga P1 buat macam ni, karena Streamyx berada di dalam situasi yang amat selasa di bawah TM (tidak ada sebarang persaingan, mereka antara pioneer broadband dalam Malaysia kot, mengapa perlu risau?) Satu lagi sebab ialah TM ni syarikat Melayu.

Apa sekali pun, aku suka iklan ni (aku Melayu kot, suka kan kontroversi)



double meaning kot? Ada unsur-unsur pakcik-pakcik 3 jalur.

Tapi sebenarnya situasi ini sudah pun berlaku di luar pelusuk negara kita. Seperti di Amerika Syarikat, Audi dah declare war dah lama dah dengan BMW. Memang cool gila. Lihat ini ya rakan-rakan.


Sumber dari: bmwblog.com (Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)

Ini juga aku suka (sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca, tidak salah bukan?)



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Mula-mula BMW potong. Tapi kemudian-nya..



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Audi potong semula. Laju-laju kereta mereka. Tapi, tidak semudah itu.



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Senang-senang sahaja Subaru tapau mereka berdua. Ini yang aku cuba kata kan marketing options and opportunities yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain. Agak kurang adab bukan?

Credit goes to: ralatitunormal.blogspot.com

Anda tahu apa-apa tentang industri pengiklanan di Malaysia? Tahu kah anda bahawa sekira nya proses komunikasi banyak hala ini, dapat disampaikan dengan berkesan, sangat besar manfaat nya kepada para pelabur besar yang sanggup membayar berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapatkan kembali pulangan yang lumayan daripada consumer mereka.

Tapi, korang tahu atau tidak bahawa untuk menaikkan sebuah billboard di Malaysia memerlukan kos yang amat tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang disayangi, Indonesia? (Duhh..) Untuk menaikkan sebuah billboard, kita memerlukan sebidang tanah (depends on berapa besar papan tanda yang nak naik tu) yang memerlukan syarikat pengiklanan memiliki geran tanah tersebut daripada pejabat tanah, yang memerlukan mereka membayar cukai tanah, serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran untuk menaikkan sesebuah iklan? Itu belum diambil kira berdasarkan harga sebidang tanah lagi. Harga tanah yang berhampiran dengan jalanraya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga tanah di sebelah hutan (Hendak pula orang letak iklan dalam hutan kan?) Itu baru diambil kira dengan jalan persekutuan, belum lagi dibandingkan dengan jalan lebuhraya (benar bukan?)

Tetapi, jika dibandingkan dengan Indonesia yang disayangi, billboard mereka bersepah di merata-rata tempat. Selagi ada ruang di celah-celah bangunan yang sedia ada, selagi itu akan diselitkan iklan. Mengapa? Karena di sana, persaingan perniagaan amat lah tinggi. Sebab, mereka perlukan wang untuk membangunkan ekonomi negara mereka (sebab tu lah, berlambak orang mereka yang sedut duit kat negara kita) Sebenarnya di sana, peluang pengiklanan amatlah tinggi kerana pengeluaran kos untuk membuat sesebuah iklan adalah amat rendah. Kerajaan mereka tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tentang pemilikan tanah di sesuatu tempat (ini apa yang orang mereka cerita kat aku semasa berkursus persenjataan tentera di sana) Tanah kerajaan mereka tidak banyak di sana dan rakyat lebih berkuasa dalam hal-hal pemilikan. Sebab itu wujud nya yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin (Capitalism) Dengan ada-nya perkara seperti ini, maka wujud lah keadaan seperti di bawah:



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Ini baru sikit. Oh, satu lagi sebab kenapa, kerajaan mereka loan duit dari bank dunia banyak sangat sampai susah nak bayar. Sebab itu lah barang mereka murah-murah.

Well then, aku mahu pergi push-up sebentar untuk mengekalkan bentuk badan ideal aku. Kalau ada yang salah silap di atas, harap diperbetulkan. With Love.

Rabu, Disember 9

Aku Idam-kan Ini



Aku tertanya-tanya mengapa Malaysia tidak mampu mempunyai suasana bekerja seperti ini? Faktor wang? Tidak mungkin. Kita punya 'orang besar' yang mampu beli pesawat pejuang Sukhoi suka hati ibubapa dia kot. Jika ada, sila mention satu. Aku akan hantar resume tentera aku untuk bekerja di sana.

Bagi aku, Larry Page (bukan penyanyi Brit-pop ya) serta Sergey Brin merupakan saintis komputer agak bersifat keterbukaan dengan bersikap lebih open, which means, tidak takut untuk menghadapi serta melakukan kelainan dalam style bekerja mereka. Pekerja-pekerja di Google juga turut mengalami sifat serta meng-adapt cara ini tanpa rasa ragu-ragu atau timbul sebarang rasa takut untuk melakukan suatu kelainan hari demi hari dalam menempuh kerjaya mereka.

Dan, aku rasa ini yang diperlukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia (kata One Malaysia braahh..) macam mamat dalam video bawah ni cakap, "We try to avoid bureaucracy, and i think, encik hatikudus memang handsome sekali..."



Working enviroment dalam Malaysia? Macam mana nak avoid bureaucracy dow? Cakap senang la...sebab cakap senang-lah aku menulis tentang ini..

By the way, mamat Larry Page dengan Sergey Brin ni menghabiskan pengajian Ph.D. mereka di Stanford. Tak boleh nak kata apa la kan. And money is everything. Kalau ada duit, tapi tidak mempunyai apa-apa effort untuk melakukan kelainan, useless la jugak.

Well then, kudus tidak semestinya baik. Apa pendapat anda semua?

Baru-kah?

Seperti insan kudus yang lain, pertama sekali aku ingin memanjatkan kesyukuran
kepada-Nya dengan jalan yang ditunjukkan-Nya ini, agar segala coretan, lakaran,
hasil penulisan yang terhasil di sini diberkati oleh Yang Maha Agung di hati semua,
Allah Yang Maha Esa.

Posting aku yang pertama, right? Di sini sepatutnya aku memperkenalkan diri aku.
Aku, hatikudus.
Aku kini adalah bekas Komando Tentera Di-Raja Malaysia. Dahulu badan ku eight packs,
stamina ku agak tinggi jika dibandingkan dengan tentera-tentera yang lain.
Tapi,
banyak ranjau aku lalui, latihan serta dugaan di medan perang, menyaksikan pengorbanan rakan-rakan ku yang hopefully, berbaloi. Dan kini aku merasakan seperti ingin menulis.
Boleh bukan?

Banyak yang ingin dicoretkan, mungkin pada permulaannya, semangat datang dengan rakus, penuh nafsu untuk ditulis, MUNGKIN pada permulaannya sahaja.
(ala, kat blog ni pun dah boleh kita observe ramai-ramai bukan?no offence Encik Fit)

Banyak sekali.
Aku ingin menulis tentang latihan ketenteraan di Malaysia dan apa nasib mereka selepas bersara.
Aku ingin menulis tentang gejala rasuah di kalangan rakyat kita sendiri
(OneMalaysia bukan? Sharing is caring )
Aku ingin menulis tentang sistem pembelajaran di Malaysia, Institusi
Pengajian Awam serta Swasta (di sini, OneMalaysia my ass)
Aku ingin mencoret tentang cara pemikiran serta perangai anak-anak
muda masa kini dan masa lampau.
Tentang Liga Bola Sepak Malaysia serta Liga Bola Sepak England.
Tentang cara perniagaan Melayu, Cina, dan India (sedikit racist bukan?)
Tentang apa yang penting dalam kehidupan.
Tentang kenapa banyak nigga dalam Malaysia (ya, aku memang racist)
Tentang abang-abang gedang 3 line Malaysia.
Tentang tycoon-tycoon ganja di Colombia, minyak di negara Arab, dan
DVD cetak rompak di Malaysia.

Banyak bukan?
Tapi seperti yang aku kata kan sebelum ini, MUNGKIN banyak yang ingin ditulis pada permulaannya sahaja.

Last but not least, thanks to you Encik Bok, untuk peluang ini. Maaf karena belum apa-apa lagi sudah nampak 'kelewatan' nya. Hehe.
Baru tidak semestinya nothing. Baru tidak semestinya experience-less.
Well then, smell you later casanova and casablanca.

Oh, kudus tidak semestinya baik bukan? Sekian.
Perlu attach gambar ke?

Selasa, Disember 8

korek-korek.

hari ini dalam sejarah.

sejarah mungkin berulang.

marilah pulang ke rumah.

rumah itu amatlah indah.

indah ibarat bayu biru.

hari ini ada penulis baru.

revolusi berlaku, sistem apartheid dihapuskan.

selamat menulis encik hatikudus. jangan jadi pemalas macam 2 orang writer yang dah sedia ada dalam blog ini.

sekian, terima kasih.

Ahad, Disember 6

siri bercakap dengan jin: jin tahi.

kembali lagi dalam siri bercakap dengan jin. untuk kali ini, kisah yang tidak kurang seramnya juga, dan mungkin kerap kali berlaku dalam kehidupan anda sekalian. kita ikuti kisahnya.

si A ialah pelajar di sebuah universiti swasta di cyberjaya. universitinya agak terkenal kerana banyak banyak shooting drama lemah akal dilakukan di sini. dan universitinya juga terkenal dengan pelajar-pelajar yang ke kelas macam nak pergi parti buih. namun si A baik dan tawaduk orangnya. beliau tidak mudah mengalah kepada situasi begitu. beliau sembahyang punya orang.

si A tinggal di rumah sewa di pulau meranti, puchong bersama kawan-kawan sama tempat belajar. kehidupan si A amatlah simple. beliau suka menghabiskan masa di rumah menonton drama nur kasih, intan, la usurpadora dan paling faveret, tom tom bak. kawan-kawannya pula suka menghabiskan masa dengan menghabiskan duit.

oleh yang demikian, tidaklah keterlaluan jika dikatakan si A ini memang selalu berada di rumah keseorangan diri. banyak kali juga beliau terdengar bunyi-bunyi pelik dari luar rumah seperti bunyi anjing menyalak meminta alpo dan terlihat singa laut terbang memakan super ring tapi beliau membuat bodoh. beliau sangat champion dalam bidang membuat bodoh. jika seram itu tidak dapat dihandle, beliau akan mengangkat controller xbox beliau dan bermain guitar hero main lagu enter sandman.

pada suatu hari, ketika kawan-kawannya sedang bersiap untuk ke parti di quattro, si A tengah sedap tidur. pabila bangun kawan-kawannya sudah tiada di rumah. si A senyum sinis, mungkin kerana menyedari dirinya sangat membosankan.

lalu si A pun mahu mandi. lalu diperginya ke bilik air. membuka paip air lalu mandi dengan gembira sambil ditemani lagu kasihnya laila yang dipasang di laptopnya. dicapainya syampu, diletakkan sedikit di tapak tangan lalu dilumurkan di rambutnya. buih sabun memenuhi kepalanya. sambil menggosok rambut beliau melihat bilik airnya secara random. kebetulan shower tempat mandinya bersebelahan dengan mangkuk tandas, jadi memang mangkuk tandas itu ialah tempat pertama yang di lihatnya dalam sesi pemerhatian random. dalam kekaburan dan diselubungi sabun, dia terlihat satu benda yang pelik. di dalam mangkuk tandas. difokuskan penglihatannya. dilapkan sabun di matanya. lantas dia terkejut dan separa menjerit.

dia terlihat ketulan pepejal separa keras, berwarna coklat terapung di dalam mangkuk tandas.

bagaimanakah secara tiba-tiba ketulan pepejal itu berada di dalam mangkuk tandas?? milik siapakah ketulan itu?? adakah itu ialah pepejal dari alam ghaib??

amat seram bukan? berjumpa lagi dalam siri bercakap dengan jin yang akan datang.

mmmphhff!

aku sedang berada di cc sekarang. dan aku melihat left4dead 2 di desktop pc ini.

sedih kan? nak update blog kena pergi cc. pastu nampak lak left4dead 2.

apakah left4dead2? left4dead2 ialah sekuel kepada left4dead, game membunuh zombie, jembalang, hantu tough, hantu lidah dan lain-lain.

aku sarankan agar anda cuba bermain game ini. maka anda akan merasai mengapa aku selalu pergi ke cc semata-mata nak main game ni.

macam geek kan? aku peduli hape. aku memang geek.

apakah geek? geek, ialah golongan yang obsessed kepada benda-benda elektronik, pelajaran dan lain-lain. aku, obviously, tidak obses kepada pelajaran.

tapi, aku benci dota. apakah dota?

dota ialah game paling bangang. sebab? aku terasa macam nak panggil game tu bangang.

dan kepada encik izzat, kesian ko tak dapat join main left4dead 2. jage diri bebaik kat sabah tu. kalau bosan, minum sabah tea.

apakah sabah tea? sabah tea ialah produk teh dari negeri sabah. jika di lihat iklannya di tv, ada cut scene dari filem p.ramlee dan disertai nyanyian promosi sabah tea mirip suara p.ramlee. seram.

kau pernah dengar cerita hantu dalam lrt?

biasanya yang paling femes ialah hantu p.ramlee mencangkung dalam lrt time train paling last. kalau nasib ko baik, ko dapat la tengok. dalam keadaan mencangkung, p.ramlee usha pekat kat ko. cool yoh!

ok la aku nak main game. chaloo bhete.

Jumaat, Disember 4

Burj Dubai


Al-Kisah Ismet Ulam Raja berkenaan dengan negeri Dubai

Negara yg sgt kaya dgn minyak mentah..namun, dijangkakan akan kehabisan minyak pada 20 ke 30 tahun akan dtg.

Jadi, pemimpinnya mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini adalah menggalakkan pelabur luar untuk melabur di negaranya dan menyimpan jualan minyak sebagai rizab negara. Salah satu cara nak tarik pelabur adalah menyuruh pelabur luar melabur dlm pembangunan Dubai. Dan segala rancangan ini diotakkan oleh sebuah company,Dubai World(Mcm GLC kat Malaysia), yg dikelolakan pemimpin mereka sendiri.

Satu demi satu idea yg pelik diutarakan dan diperbangunkan. Maka ramailah pelabur yg melabur dinegara itu dan beratus pembangunan mega dijalankan serentak dan dalam masa terdekat. Antara yg terhebat adalah Burj Dubai setinggi 808meter (bangunan tertinggi didunia), 2 pulau berbentuk palma, dan hotel al-Burj

Maka, oleh ketamakan pemimpin disana, maka tak terpikirlah mengenai satu perkara iaitu "EKONOMI". Jadi, pada tahun akhir 2008, terjadilah kemelesetan ekonomi dunia..Satu demi satu negara jatuh terutamanya sekali pelabur utama Dubai iaitu Amerika..Maka, tak terlepaslah Dubai dgn masalah ekonomi ini..satu demi satu projek distopkan..larilah pelabur2 mereka..

Kini, Dubai World mempunyai hutang melebihi USD60billion dan meminta kerajaan menanggung hutang tersebut yg hanya boleh bertahan selama 6bulan sahaja.. Maka, terpaksalah mereka menggunakan duit minyak mentah yg kononnya untuk disimpan kelak..Dan kemungkinan Burj Dubai merupakan bangunan tertinggi terakhir mereka walaupun tidak dilancarkan lagi(selamat sempat habiskan sebelum ekonomi teruk)..satu pulau palma sempat disiapkan dan lg satu tergendala dan terpaksa dikecilkan saiznya, taman tema Universal World umpama Hollywood diberhentikan..Saham mereka jatuh teruk ke paras negatif 2 angka(burukla tu)

P.S - Islam dah cakap, berbelanja biar berpada2, bantu org yg memerlukan, berzakat, bersedekah..Jgn Tamak..Allah amik sekejap je rezeki tu balik..cepat naik, cepatla turun

Sabtu, November 28

krisantimum.

aku sedang berada di cc sekarang. mengupdate blog. laptop aku problem. takleh masuk webpage.

biasanya aku akan ke cc bermain game. left4dead dan counter strike. dua game tu je yang aku reti main. aku biasanya main game ngan kawan-kawan di kawasan perumahan aku.

hari ini, ada lagi satu minggu sebelum member aku, encik izzat, di hantar bekerja ke kota kinabalu, sabah. gud luck kepada anda. ada rezeki aku datang melawat kau.

encik syukor mungkin akan ke kl pada ahad ini. so kepada sesiapa yang mengenali beliau, ambillah kesempatan ini untuk peluang mengambil gambar dengannya dan sesi autograf. kalau dia tak datang, maka aku dan konco2 akan melawat syukor ke sana.

aku rasa, hidup aku tak tenang sekarang. aku baru lepas final exam, tapi aku tak rasa bebas.

aku ada rasa marah. marah yang tak boleh nak keluarkan.

aku mulai bencikan manusia. aku nak kawan dengan kucing. kucing best. pandai menyamar mati.

kebelakangan ini, aku banyak mengunjungi blog orang lain. aku dah semakin malas nak update blog.

tapi, aku rasa aku memang bencikan pendapat orang lain. ataupun aku memang bencikan orang lain. aku tak boleh terima apa yang di tulis oleh orang lain pasal hidup dorang.

sebagai contoh, seseorang ini bercerita tentang kekayaan dan kecantikan dirinya sehingga menarik perhatian model agency. aku rasa tahi.

seseorang cuba bercerita tentang kisah cinta hidup dorang. sungguh manis cerita beliau. aku rasa tahi.

seseorang menjadi bitch. cuba bercerita tentang kehidupan di kl. setiap malam berparti. aku rasa tahi.

seseorang bercerita bapanya mahu belikan beliau rumah berharga rm2.6M. aku rasa tahi.

seseorang yang mahu mencuba ganja tapi akhirnya menjadi stoner. aku rasa tahi.

seseorang cuba mengutuk spek mata kanye west. ala yang ade garis2 tu. aku rasa tahi.

seseorang menulis tentang raya haji tak meriah kat malaysia berbanding kat arab. aku rasa tahi.(aku nak komen camni."biasa la tu, orang malaysia ikut adat malaysia la. buat ape nak tiru orang arab. ade orang arab yang dtg sini ikut cara orang malaysia? setakat ni aku x jumpe pon." guna name anonymous tapi tak jadi.)

kadang-kadang, aku tak tahu nak respon macam mana. perlukah aku berlakon seperti aku bersetuju dan mengomen orang lain dengan kata-kata membina dan memuji dengan harapan orang akan suka aku? lalu menambahkan follower dan hits setiap hari lalu blog menjadi femes, menjadi trend setter?

atau aku perlu menjadi diri aku, sepertimana yang aku selesa selama ini?

aku sedang menulis update ini. aku rasa tahi.

selamat hari raya aidil adha.



Rabu, November 25

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Hari Raya Aidil Adha.

atau lebih sinonim dengan nama raya haji atau raya korban.

masa ni la semua umat islam yang berkemampuan akan menjalankan rukun islam yang ke lima dan masa ni la golongan2 makbapak akan sibuk nak buat korban atau aqiqah lembu, kambing, unta, kibas, dan ape2 je la.

tapi aku pelik cket r. nape orang kelantan ngan terengganu sambut raya ni kaw2 punye. dorang buat kenduri r, open house r, pendek kate macam sambut raya aidilfitri. tapi yang tuka langsir baru, tuka set pinggan mangkuk perancis, tuka sofa, tu tak sempat tanye pulak. tak kot. berapa kali pulak nak tuka perabot rumah korang tu. botak kepale bapak korang nak membayar.

tapi betul la wei. aku pon pelik gak. membe aku r yang tanye bende ni. die budak kelantan. die cakap kat tempat lain tak camtu. kat kelantan ngan terengganu je. apa? korang cakap sebab kelantan ngan terengganu tu orang pas? maaf, ini bukan blog politik. sila beredar.

kalo nak di ikutkan, raya aidiladha ni lagi penting dan besar makna nya dari raya aidilfitri. takbir raya aidilfitri tu sekejap je. dari maghrib malam raya sampai la semayang raya esok nye tu. takbir raya haji ni pulak 3 hari beb. lagipon kalo kite tgk kat arab tu, dorang sambut raya aidiladha ni lg meriah dari sambut raya aidilfitri. dorang sambut raya aidilfitri ni sehari je bai. kite je yang lebih2 sampai sebulan nak raya. siap ade lagu raya la, rancangan2 bersama artis di hari raya la, nak2 lagi trek selebriti tu. jelik pulak aku tengok. tapi, itu la rakyat malaysia.

kalo aidiladha, ape yang ade kat tv? ade dorang buat sambutan aidiladha bersama artis? besama ustaz ade la. artis kat malaysia ni tak sambut aidiladha ke? tak penah pulak ade rancangan artis sembelih lembu bersama pak imam, atau lagu raya aidiladha yang best2. abes kuat pon raihan, hijjaz, dan kumpulan2 nasyid punye lagu. band nasyid je ke yang sambut aidiladha?

kalo korang tgk pengumuman raya aidilfitri kat tv tu, semua muka happy gile siap terlompat2 masa main bunga api. tapi kalo tanye bile raya aidiladha, masing2 buat muka ketat. aku penah tanye kawan aku bile raya aidilfitri, sepantas mengorek hidung dia menjawab, " 21 september 2009 ". pastu aku tanye pulak tarikh raya aidiladha, dengan sepantas mengorek hidung juga dia menjawab, " kesah pulak aku ". mengapa begitu?

pastu pulak, kalo raya aidilfitri, sume orang sebok nak g raya umah kawan2, sedara-mara, cikgu sekolah ko, pakcik sebelah umah, dan juga melawat kubur. tapi, masa aidiladha, ramai yang duk lepak umah tgk tv dan tido. perlu di tekan kan di sini, aku kate ramai, bukan semua.

aku bukan nak jadi ustaz kat sini, tapi aku cuma luahkan pendapat aku je. korang pikir-pikir kan la. aku pon sama je dengan ape yang aku cite kat atas ni. apa bole buat, kite kan rakyat malaysia.

dan akhir kata, aku nak ucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA RAKYAT MALYSIA "

salam.

Ahad, November 22

ngaum pt2.

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit deja
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas

Moi je t'offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu'apres ma mort
Pour couvrir ton corps
D'or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l'amour sera roi
Où l'amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas

Ne me quitte pas
Je t'inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants là
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser
Je te racont'rai
L'histoire de ce roi
Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu'un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s'épousent-ils pas
Ne me quitte pas

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
À te regarder
Danser et sourire
Et à t'écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L'ombre de ton ombre
L'ombre de ta main
L'ombre de ton chien
Ne me quitte pas

ini ialah update tanpa berfikir lalu copy paste datang membantu ketika kebetulan aku sedang mendengar lagu ini.

Sabtu, November 21

ngaum.

aku tiada idea. kontang.

update pada hari ni ialah tahukah anda dalam satu tin coca cola mempunyai 18 sudu gula?

bukan 9 sudu gula sebenarnya.

sekian update pada hari ini.

Rabu, November 18

luffman menthol.


aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan kata-kata keramat ini.


SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM KEPADA KANAK-KANAK DI LKW!

sekian, terima kasih. anggaplah seperti rajnikanth memberi semangat kepada anda.

Selasa, November 17

mode : belang tarung


dalam hidup korang penah ada hari yang paling sial? hari paling sial tu mungkin korang kene xcident ke, handphone ilang ke, kene marah ngan awek korang ke, clash ngan awek ke, jumpe pocong ke, tersandung batu pastu jatuh terkangkang depan sekumpulan awek ke, korang lepak kat hartamas dengan muke belagak kaye pastu tetibe korang baru perasan zip seluar tak tutup sejak dari rumah ke, ade kan?

pastu pulak yang lagi menambah sial nye kalo korang kene nasib malang 3,4 kali dalam satu hari. memang rase x bole blah kan? mesti korang rase cam nak g bunuh diri ke, pukul orang ke, koyak2 kan teddy bear adek korang ke, pau aiskrim budak kecik yang kebetulan lalu kat sebelah korang ke, g sepak budak2 emo ngan indie yang baru nak up mase dorang tgh shuffle kat belakang timesquare ke, korang mesti rase nak buat camtu kan? kan? kan?

aku pulak tgh rase nak g sewa sepang circuit tu pastu nak ajak mat rempit yang lepak kat tepi longkang belakang umah pakcik hamzah tu lumbe pakai basikal roda tiga. pastu sape kalah kene berlari keliling balai polis trafik jalan bandar dengan pakai spender je. spender tu pulak warna putih yang bercop " hak milik kerajaan ". pastu g cakap kat pakcik polis tu ko nak ajak anak die kawin kat siam. pastu kalo pakcik polis tu x kasi, ko ajak pakcik polis tu kawin. tapi kalo aku agak2 xde duit nak sewa sepang circuit tu ( ade pulak aku duit ), aku nak g jumpe bomoh mintak die jampi lecturer aku kasi die kene penyakit kusta sampai die pencen.

ape? puncanye? hah ape lagi. sebab result aku fail la. fak! ( cakap gaya rempit )

Kata-Kata Hikmah " Janganlah kita melupakan apa yang berlaku pada hari semalam. Kerana apa yang berlaku pada hari semalam tidak akan berlaku pada hari esok. Dan apa yang berlaku pada hari esok, tidak akan berlaku pada hari semalam. Kerana semalam dan esok tidak akan bertemu. Apa yang penting, kerjasama. "

Jumaat, November 13

siri bercakap dengan jin: jin handphone.

ya. kembali lagi di dalam siri bercakap dengan jin. pada siri yang lepas, kita bercerita tentang jin lighter yang amat menyeramkan. pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin yang lain, jin handphone.

ikuti ceritanya.

si B baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya. badan beliau luka-luka dan kulit tangannya terkoyak di bahagian siku. kemalangan motosikal. dan kebetulan si B akan menghadapi final exam pada keesokan harinya. dengan tangan yang luka, badan penuh luka, memang satu dugaan terbaik untuk mengambil final exam.

keesokan harinya, selepas exam, si B pulang ke hostel. badannya memang penat. sangat penat. dia amat memerlukan rehat. selepas bermesej dengan aweknya, dan menghubungi bapanya untuk meminta bapanya mengambilnya pulang ke rumah, dia meletakkan handphonenya di sebelah bantalnya lalu tidur. dengan lena.

B dikejutkan apabila dia terperasan ada seseorang di biliknya. dia membuka mata dan melihat kelibat seorang lelaki di depannya. kemudian baru dia perasan bahawa itu ialah kawannya, si E. B menegur E tapi E seperti dalam keadaan tergesa-gesa. kemudian E keluar dari rumah. si B berasa pelik tapi membuat tidak peduli.

kemudian B mencari handphonenya untuk menghubungi bapanya. pelik, handphonenya tiada di sebelah bantal. B terasa bingung. lantas di carinya di seluruh bilik. tidak dijumpai. kebetulan bapanya pun sampai. bapanya memarahi B kerana tidak dapat mnghubunginya. B pun berkata dia tidak menjumpai handphonenya. bapanya pun memahami.

pada minggu kemudiannya, si B terdengar perbualan dari seorang kawannya.

"wei B, ko tau, si E dah tukar handphone dowh. memang sibijik macam handphone ko yang hilang aritu. aku tau ko ade buat tanda kat handphone ko tu. hah tanda tu pon ada. ko tak rasa pelik ke?"

ya. kami semua berasa pelik. bagaimana si E secara tiba-tiba menukar handphone. dan bagaimana handphone itu boleh kebetulan sama dengan handphone si B yang hilang? pelik, bukan? dan apa yang si E buat ketika si B sedang tidur? adakah itu ialah si E, ataupun jin yang macam setan?

bagaimana? amat seram, bukan? bertemu lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Khamis, November 12

mari mengaji.


hari ini dalam sejarah.

encik roshairi bin roslan, seorang pemilik satria merah, akhirnya, setelah 3 tahun berkenalan dengannya, dan setelah 3 tahun mendengar niat beliau yang tidak pernah tercapai, pada hari ini, beliau telah berjaya menunaikan niat beliau.

kereta beliau kini sudah mempunyai sport rim. tahniah. tahniah. hebat sungguh. aku patut buat kenduri doa selamat untuk kau.


Rabu, November 11

siri bercakap dengan jin: jin lighter.

sesungguhnya di dunia ini, kita sebagai manusia hendaklah mempercayai, bahawa di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang tinggal. ada lagi makhluk yang lain. makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin lighter. ikuti ceritanya.

dua orang sahabat sedang bersembang apabila seorang darinya, A, , mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya lalu dikeluarkan sebatang. diraba seluarnya, mencari lighter tapi gagal dijumpai lalu si A meminta lighter dari B. lalu B mengeluarkan lighternya dan juga kotak rokoknya untuk menghisap rokok bersama A.

20 minit berlalu, lalu A meminta diri untuk pulang ke rumah. lalu B membawanya ke pintu dan A berlalu pergi. kemudian B mengeluarkan kotak rokok dari seluarnya untuk menghisap rokok. dan meraba poketnya untuk lighter.

hairan. lighternya sudah hilang.

pada masa yang sama, si A sedang dalam perjalanan ke rumahnya sambil menghisap rokok.

bagaimana si A secara tiba-tiba mempunyai lighter lalu berjaya menghisap rokok sedangkan ketika melepak bersama si B beliau tiada lighter?

misteri, bukan? adakah ini kerja makhluk halus?

jumpa lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Isnin, November 9

hati sayu.


korang bace metro jumaat lepas? alaa muke depan metro kot. ade sorang budak ni kene pukul dgn ustaz die. pecah muke wei. sampaikan budak tu kene lari g bilik pengetua pasal takut kene pijak kat situ. teruk bai cikgu zaman sekarang ni. mentang2 r budak2 sekolah tu kecik2 lagi, sesuke ati die je nak labi2 kan dorang. yang ustaz ni pon satu hal. ko tu da la cikgu silat. ustaz pulak tu. malu la cket wei ko nak g pukul budak sekolah. kalo nak cari lawan pon cari la yang setaraf. sengal tul. sesuke ko je nak pukul anak orang, makbapak dorang pon x pukul anak die sampai camtu skali. kalo pon makbapak die nak pukul pon suke hati die la. da name pon makbapak. tapi ko sape? dah la ustaz ni pulak memang jenis kerek. sound org pulak ikut sedap mulut je. sesuke ko je nak sumpah budak sekolah tu x lulus spm. ko igt ko sape? tuhan ke? ustaz atas name je. tapi hati busuk. itu pon ntah la die tu ada tauliah ustaz. memang padan r muke ko kene tangkap. cube ko pikir balik. ape gune sekolah? nape kite kene sekolah? ape guna cikgu? lu pikir la sendiri.

Ahad, November 8

Poker Face Ma~ Ma~ Ma~ Ma~~



Kesengalan seorang penyokong bolasepak di Malaysia

Pada suatu malam, seorang pemuda yg sgt nerd orgnye sgt gembira kerana dpt tiket free (walaupun memang xpyh byr pon untuk masuk) untuk menyaksikan satu perlawanan bolasepak antara 2 team bola yg sgt biasa teamnye (perlawanan bolasepak antara sekolah rendah daerah selayang)..biasala, first time die tgk match kat stadium selayang..die sgt meminati salah satu team itu..(sebab pernah sekolah di situ)

Sebelum perlawanan, die membeli air (air soya, campur cincau dan sedikit air bandung) untuk minum yg di isi dalam plastik berharga 50 sen. (korang taula yg mcm mane kan)..

jd perlwnan pon bermula.. sepak sana...sepak sini... akhirnya team tu men tgh2 je,satu pon tak ke kwsn petak penalti lawan..(anda dpt rasakan betapa boringnya perlawanan itu (mane xnye, budak2 men)..jd begitula keadaannya sepanjang 40 minit (budak sekolah rendah men hanya 50 minit)..tapi pemuda itu sgt gembira dan ada kalanya marah, menjerit2 pada team kesukaannya mcm nak pecah tekak..(walaupun penonton hanya dia dan ibubapa2 yg sejemput aja)

tetiba, pada minit ke 49, seorang striker (team lawan) telah mendapati keeper (team kesukaannya) berlari menjadi striker kerana melihat teamnye sgt sengal dan pergi menuju kehadapan..segara merampas bola lalu merembat dari tgh padang.. pemuda itu sedar pada keadaan itu, lalu menjerit menyuruh keeper tersebut lari menyelamatkan bola dari di sumbat gol.. tapi apakan daya, keluasan padang terlalu jauh menyebabkan keeper tersebut xsempat lari balik ke kotak penalti.. dan GOLLLLLLLL!!!!!!! 1-0..Terus referee meniupkan wisel penamat..

pemuda itu terus menangis dan marah.akibat terlalu bengang dan kecewa melihatkan kesilapan keeper tersebut, dengan tekad (yg sgt membara hatinya) mengambil keputusan untuk membaling air ke padang..ini kerana hanya satu yg bermain di kepalanya dan ditangannya (pernah tgk org baling botol kat pemain waktu match kat tv kerana frust).. dengan sekuat hati,membaling air dalam plastik yg dibelinya td.. tp apakan daya, air itu jatuh betul2 atas kepala seorang lelaki yg sgt sasa bernama Malik Noor (parent bdk2) satu row didepannya..dengan sgt marah tahap incredible hulk, mengoyakkan bajunye (cara Hulk Hogan) dan memakai minyak pada badan, menjerit kepada org belakang, mencari2 nak patahkan tgn orng yg baling air itu

melihatkan keadaan itu berlaku, pemuda itu terus memandang kebelakang, kononnye mencari2 juga org yg membaling air itu..pemuda itu ingat die sudah selamat dgn trick itu, tp apakan daya, die duduk di tempat duduk paling atas sekali... die menoleh utk melihat pada lelaki itu balik, tp lelaki itu trus hilang dari tmpat duduknya. Dengan lega pemuda itu ingat die sudah selamat kerana melihat lelaki itu sudah tiada lagi..lalu berdiri dan ingin balik ke rumah..rupa2nya, lelaki itu tadi berada disebelahnya.. terus lelaki itu menerkam pemuda tersebut, mengangkat dan membalingnya seakan2 patung Barbie Doll (berat pemuda itu hanya 45kg)..lalu membuat F-U(cara john cena) dan pedigree (cara triple H)...lalu lelaki tersebut pinned pemuda itu dan mula mengira 1 2 3 dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang dan menjulang tali pinggang kejuaraan..pemuda itu terdampar di situ dan mengalirkan air mata..dan di situ juga berjanji akan menukar minat dari bola sepak ke Dota All Star..

Jumaat, November 6

dota all stars.

hari itu, hari lahirnya yang ke 60. beliau mendengar pintunya di ketuk. dengan perlahan beliau membuka pintu. seorang jururawat, berusia lingkungan 30-an berada di depannya. memegang kek. dan bersama dengannya beberapa orang warga emas. masing-masing tersenyum. lalu, mereka beramai menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. beliau bernama talib.

talib memang terkenal dahulu. siapa yang tidak kenal talib? pada usia muda, talib ialah super hero di malaysia. dilahirkan bersama kembar, seekor anak harimau sindrom down, talib memang dari sejak lahir dianggap istimewa. malangnya kembarnya, seekor anak harimau sindrom down, mati pada usia 2 tahun. namun, setelah kematian kembarnya, talib ibarat mendapat kuasa luar biasa. pada usia 2 tahun, 2 hari selepas kematian kembarnya, talib sudah pandai berjalan, bercakap, dan membuat add math. dan pada usianya 3 tahun, kuasa sebenarnya keluar.

pada ketika itu, ibu talib membawanya ke pasar. ibu talib sedang sibuk membeli ikan jelawat apabila talib, yang baru merasai bebas berjalan di dunia luar, merayau keseorangan ke tengah jalan besar. sebuah lori balak sedang laju dengan pemandunya, seorang india, berada juga di atas jalan yang sama. pemandu itu terlewat menyedari yang ada seorang budak kecil juga berada di atas jalan yang sama. dan untuk menambahkan lagi cliche perlanggaran lori, brek lori itu tiba-tiba gagal berfungsi. untuk mempercepatkan cerita, lori itu melanggar talib.

lori itu hancur teruk. pemandunya mati di tempat kejadian. talib, cool seperti biasa. seperti tiada apa yang berlaku. dan pada hari itu, talib mula menjadi terkenal. sejak dari hari itu, ramai yang datang ke rumah talib, baik wartawan atau orang biasa, samada mahu menangkap gambar, menemu ramah, atau berubat tradisional. biasalah, orang melayu mana boleh nampak benda pelik-pelik. mesti nak mintak berubat. budak tu bukan pandai pun. letak air putih, talib baca abc sambil nyanyi lagu 4u2c pastu tiup pastu mula lah kata air tu mujarab.

sepanjang hidupnya, talib banyak membantu orang dalam kesusahan. panggil saja nama talib, beliau akan datang dengan segera. macam superman. orang ramai memang sayangkan talib. talib juga dianugerahkan pingat datuk oleh kerajaan pada usia muda kerana berjaya membantu malaysia mendapatkan pingat emas dalam olimpik dalam acara boling padang.

beliau berkahwin pada usia 28 tahun dengan seorang model dari amerika, bo derek. mereka dikurniakan 3 orang anak. namun panas tidak sampai ke petang, beliau bercerai ketika usia perkahwinan mereka 13 tahun. bekas isterinya meminta hak penjagaan anak-anak dan memandangkan pada ketika itu siapa yang pandai bercakap bahasa inggeris dipandang tinggi, maka bekas isterinya memenangi hak penjagaan itu.

talib amat kecewa. talib mulai menjadi panas baran dan suka menumbuk dinding rumah dan dinding pejabat. tidak menyedari kuasanya yang luar biasa itu, dinding pejabatnya pecah dan roboh, bosnya amat marah dan memberhentikannya kerja. sekali lagi, talib kecewa.

satu pagi yang hening, talib sedang membetulkan dinding rumahnya yang pecah ditumbuknya. tiba-tiba datang seekor harimau. bermuka sindrom down. berada di depannya.

"talib." harimau itu bersuara.

"hahh? kau boleh bercakap?" jawab talib dalam nada terkejut. "siapa kau?"

"aku lah kembar kau dahulu. sepatutnya aku hidup lama, tapi disebabkan aku sindrom down, aku mati awal." jawab harimau itu lagi. "dan hari ini, aku datang untuk menuntut hak aku."

"hak kau? hak ape?" jawab talib. kali ini suaranya tegas.

"kuasa yang kau ada. itu hak aku. dengan kuasa itu, aku tidak akan menjadi sindrom down lagi. aku akan menjadi harimau yang bebas dan riang. aku tidak perlu lagi dijadikan pameran apabila golongan dermawan datang ke tempat asuhan aku" jawab harimau itu.

talib memandang ketat.

"kau bukan dah mati ke? mase bile ko tinggal tempat asuhan?" tanya talib.

"jasad aku mati. tapi aku masih hidup. dan aku merasuk harimau lain. tapi disebabkan aku sindrom down, maka aku hanya boleh merasuk harimau sindrom down sahaja. dan hidup aku selama ini hanya merasuk sahaja sebab lifespan harimau sindrom down ni singkat." jelas harimau itu.

"oh. hmm. ahhh jangan harap kau boleh dapat kuasa aku ni. kuasa ni hak aku. bukan kau!" marah talib.

"kalau begitu, bersedialah. hiaaaggggrrrhhhh!!!!"

dan mereka berdua bergaduh. harimau itu menang. dan talib, kehilangan kuasanya. dan berada dalam keadaan koma.

10 tahun kemudiannya talib sedar dari komanya. beliau sudah berumur 50 tahun pada ketika itu. beliau berada di dalam hospital. beliau tiada sesiapa pada ketika itu. sebatang kara. setelah stabil, beliau ditempatkan di rumah orang-orang tua.

kini sudah 10 tahun talib berada di sini. hari ini ialah hari jadinya. dan ditemani kawan-kawan yang berusia emas sepertinya. masing-masing menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. dan sedih. sudah 10 tahun beliau menanggung perasaan yang sama.

talib menjenguk ke luar tingkap memandang permandangan dari luar katilnya. sambil mengira waktu-waktunya untuk pergi. tanpa meninggalkan nama.


Rabu, November 4

super ring.

korang sedar tak, blog ni sebenarnya ada 3 orang penulis?

kalau korang perasaan, kat belah kiri blog ni ada 3 nama. bok, fit dan makan budak. macam membazir ruang.

tapi, kalau korang sedar, dalam blog ni, macam ada satu penulis je yang aktif.

dan aku, selaku admin, apa patut aku lakukan? adakah aku patut menjadi bos melayu atau bos cina? adakah aku patut membuat lucky draw? house warming party? tupperware party? ladies night?

airwick.

my other half is learning how to play DOTA.

and i hate DOTA, very much.

and being surrounded by DOTA lover makes me wanna puke. its like a curse. and the curse has overwhelmed her.

ah i need my nicotine.

oh yeah, and i can't find any shop that sells my favorite cig. luffman, remember? yeah. and so i need to cough up more money just to buy my cig. rm3 for a box of 20's, and rm7.80 for a box of 20's. u do the math.

and yes, i effing hate parasites. PARASITES.

PARASITES! PARASITES!! GO FUCK URSELVES!

enough for today's update. ciao.




Sabtu, Oktober 31

futons.

aku pernah ada seorang kawan yang alim. selalu menegur orang jika terbuat kesalahan. selalu menegur wanita yang tidak memakai tudung. pernah menegur aku tidak baik bercouple.

pada suatu hari, beliau jatuh cinta dengan seorang perempuan. bertudung. mereka saling mencintai.

kemudian, tanpa diduga, si perempuan meminta putus.

kawan aku sangat kecewa. beliau mendiamkan diri. lama. agak lama.

sekarang, beliau sudah berubah.

beliau bukan lagi manusia yang lama. beliau sudah up to date.

beliau sudah pandai mengutuk orang yang masih dara.

ape da jadi ngan ko wei??

Selasa, Oktober 27

tahi.

wahai makan budak dan fit.





TUNAIKAN JANJI-JANJI MANISMU KEPADAKU!!

Jumaat, Oktober 23

konserto terakhir pt5.

deruan angin mendayu-dayu.
membawa parasaan jauh ke langit berawan.
resah menanti kesudahan.
kesudahan yang jelas bermain di wayang kehidupan.

"Oh... angin malam bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Karna kenangan"

"freddie mercury!" aku menjerit.

aku terjaga dari tidur. jam sudah menunjukkan pukul 11. aku baru teringat. aku janji dengan kob pukul 11.30 depan jamming studio. aku memandang pintu bilik air. malas. malas melampau.

aku datang dari keluarga yang agak kucar kacir. tapi satu saja pesanan ibu bapa aku yang paling aku ikut; jangan malas mandi. motif? banyak mandi membuatkan minda cerdas. dan juga menggosok gigi. pernah satu kali abang aku, john leguizamo, malas mandi kerana kelam kabut mahu ke kuliah. bapak aku terajang. patah kaki. tempang. sekarang menjadi tukang kasut. ironi. dan itu salah satu sebab mengapa sampai sekarang aku ikut pesanan yang itu.

aku memasang cd lagu untuk menemani aku mandi. lagu pertama "This is a call" dari Foo Fighters. aku membuka paip air. dan meneruskan mandian. mandian. mandian. ada ke perkataan mandian? mandrem?

aku membuka paip di singki. meletakkan ubat gigi di berus. menggosok gigi.

"hmm. bridget."

fikiran ku merawang jauh.

"Sweet dreams are made of these
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something
Some of them want to use you
Some of them wanna get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused"

eurythmics. versi marilyn manson. aku lagi minat versi marilyn manson. kau dapat rasa perasaan marah. macam faizal tahir nyanyi bukak baju. aku tahu dia tengah marah. lalu dia bukak baju. lepas tu dia kena marah. fair enough. lagi-lagi bila aku fikirkan tentang bridget.

"fuck. fucking A bitch."

aku mengenakan tshirt dan jeans. tshirt hitam coca cola. orang bagi. dan berjalan kaki ke jamming studio. tidak jauh. 5 minit berjalan kaki. sempat aku membeli roti sardin dan fresh orange. aku perlukan vitamin c. kalau aku bangun tidur, aku akan selesema. kawan aku cakap kalau aku selesema, banyakkan minum fresh orange. vitamin c baik untuk selesema.

jam sudah menunjukkan pukul 11.35. lewat 5 minit. aku lihat kob sudah berada di depan pintu studio. bermuka ketat. aku rasa beliau bukan sengaja bermuka ketat. mukanya memang dicipta begitu. dulu semasa aku menetap di The Hague, aku ada seorang kawan. aechte gerrit namanya. seorang perempuan yang agak cun semasa di sekolah aku dulu. mempunyai pakej sebagai seorang model. tapi terkenal dengan muka ketat. dan sombong.

kali terakhir aku dengar pasal dia, dia sekarang sudah menjadi pelacur di sana. abang aku yang cakap. pelacur cun bermuka ketat. hmm. rugi. macam budak-budak kelas aku di sini. ramai yang cantik. tapi jadi call girl. aku dengar je orang cakap.

"woi setan! sini! sini!"

kob berteriak ke arah aku. aku mempercepatkan langkah.

"sorry bang. terbangun lambat tadi."

"ngok! dah cepat naik. bebudak tu dah tunggu kau dah kat atas."

di atas aku diperkenalkan dengan kawan-kawan kob.

tomi, pemain drum. rambut panjang paras bahu mengerbang. aku terbayangkan cedric bixler dari mars volta bila aku terpandang dia. hmm. ada la lebih kurang. hisap rokok winston merah. sembang pun macam cool. ok la kot.

juan, pemain lead guitar. yang ni smart la sikit. nampak macam farid kamil. tapi farid kamil waktu tengah berak la. hisap dunhill. kaya2. macam kob, muka ketat boleh tahan.

kob. yang ni aku dah kenal. dia main bass rupanya. stereotype sungguh. apsal orang kalau badan besar mesti main bass atau drum?

joyce, pemain keyboard. seorang amoi tinggi lampai. pakai wayfarer tukar cermin putih. sembang orang putih berhabuk. tapi cool.

so nampaknya aku akan main second guitar. ok la tu. aku pun bukan pandai main sangat pun. takat chords biasa boleh la.

eh jap. ada seorang lagi awek. dressup macam budak-budak indie. tapi tak melampau.

"joe, ni shoshanna. vocalist kita" kata kob.

"vocalist? bukan abang cakap hari tu main post rock ke?" tanya aku.

"aku saja je cakap. post rock ni bosan. takde nyanyi. biasanya suara buruk takde vocalist sebab tu main post rock." jawab kob.

"poyo gile." pintas juan. kob memandang ketat.

"mew ada vocalist." pintas aku.

"mew? dorang lain. dorang bukan pure post rock. ah senyap la ko" marah kob.

"urm ok. so main lagu ape ni?" tanya aku.

"kali ni for real la. kau tau yeah yeah yeahs?"

"tau. ok la lagu dia. boleh la sikit-sikit,"

"bagus. hari ni kitorang nak test kau. kita main 3 lagu je. maps, cheated hearts ngan date with the night. kau boleh bawak tak?" tanya kob.

"rasanya boleh kot. kalau takleh guide la sikit-sikit." jawab aku.

"ok. jom start. wei, start maps dulu. senang sket." kata kob kepada semua.

tomi mengetuk stick drumnya 3 kali.

dan studio itu bergema dengan permainan muzik dari golongan amatur.

Khamis, Oktober 22

western whopper.


wei.

dah tengok inglourious basterds?

pergi la tengok wei. blah gak cite die. tak menyesal la tengok. salah satu filem terbaik quentin tarantino.

tapi kalu kau suka cite a razak mohaideen, aku rasa kau mesti menyesal tengok. pilihan masing-masing.

JT International.

kepada budak rumah aku.

tolonglah.

tolonglah bayar bil streamyx wei.

takkan la setiap kali aku nak bukak email kena pegi cc wei. pastu kena main tambah sejam lak sebab ralit main left for dead. pastu balik lambat. pastu esok g kelas tak siap assignment pastu bagi alasan "my dog ate my assignment." pastu cakap "you are a muslim, right?" pastu muka biru cover malu sambil awek sebelah usha gelak-gelak pegang assignment dorg dan awek kazakh usha ketat muka lawa kaki licin suara tough macam malik noor. pastu lecturer suh setel gak assignment submit before 9 p.m pastu cuak terus balik rumah bawak kete laju-laju tapi sebenarnya ada kelas lagi tapi ponteng terus sebab nak bagi setel assignment pastu dah submit call lecturer pastu lek je tak angkat bajet-bajet bos besar komponi jusmate 5 rambut belah tengah angin tiup gerak-gerak macam storm rider.

Selasa, Oktober 13

konserto terakhir pt4.

"macha! teh ais satu! indomee double satu telo mata. joe, ko tak makan?"

aku menggeleng kepala.

"siap!"

"hmmpf. bodoh mamak ni. aku baru je order kot. die blom buat lagi dah kate siap?" kata kob.

"kau ni ape cerita? tadi kau apahal?" sambung kob lagi.

"takde pape la bang."

"butoh la wei. orang gile je lepak atas jalan time hujan. kau apahal wei?"

"ntah la bang. ade masalah sikit la."

"awek?"

"lebih kurang la."

"apahal?"

"saya kene tinggal la bang. die blah camtu jek. saya tatau pun ape salah saya. tu yang saya jadi camtu tu."

"ha macha. teh ais sama indomee dabel." seorang mamak mencelah sambil menghantar makanan kob.

"sape macha? lu ar macha." sindir kob kepada mamak itu. mamak itu tunduk, akur dengan ketentuan tuhan. air mata mengalir tanpa sedar.

kob memakan makanannya dengan lahap. dengan cepat makanan beliau dihabiskan. amat mengagumkan. macam singa laut. lalu kob membakar rokok.

"hmm. kau umur berapa nih?" tanya kob.

"17 tahun."

"budak lagi. ape kau nak kesah sangat pasal pompuan ni. kau bukan takde muka. awek ni kan, kau butoh-butoh kan je."

"butoh-butoh kan?"

"ye. kau ni jangan la tegak sangat. butoh-butohkan tu maksudnye kau takyah nak peduli sangat."

"hmm. entah la bang. dia tu kira macam first love gak la. susah bang nak terima."

"kau ni kan. entah la. kau rilek boleh kan. kau ni aku rasa hensem dah ade dah. badan dah sedap."

suasana tiba-tiba sepi. terdengar bunyi angin sepoi-sepoi bahasa. cengkerik bersembang sesama sendiri.

"wei kau sial kan? kau pandang aku lain macam pastu kau ingat aku gay kan? hotak la wei. aku puji dengan ikhlas ni. nafsu aku tetap kepada pompuan wei." marah kob.

"ye bang ye. saya tak kata pape pun bang." balas aku.

"bagus. hah kereta aku camne? benda dah pecah dah ni. camne?"

"entah la bang. agak-agak berapa saya kena bayar bang?"

"cincai kire, rm500 la."

"kalau saya bayar sebulan rm100 boleh tak bang?"

"kau nak pakai duit ape nak bayar kereta aku?"

"duit makan saya la."

"duit makan kau? hmm. aku rasa dah macam makan duit anak yatim pun ade sekarang ni."

aku mendiamkan diri.

"kau boleh main instrument? gitar ke, drum ke, et cetera, et cetera..?" tanya kob lagi.

"saya boleh la main gitar sikit-sikit. dulu masa saya tinggal kat holland abang saya ada ajar sikit-sikit." aku menjawab.

"kau pernah tinggal kat holland ke? hot la setan." tanya kob lagi.

"takde la hot. sejuk gak la kat sane." aku menjawab.

kob memandang aku dengan muka serius.

"kau ni bangang gak la. takpe la abaikan. lagu ape kau boleh main?" tanya kob sambil menghembuskan asap rokok.

"entah la. nape bang?"

"aku nak kau bayar hutang aku. tapi aku kesian kat kau. so camni. aku ada band. tapi gitaris aku masuk lokap kantoi jual dam. so aku da buang da mamat tu dari band aku. so sekarang aku tengah cari orang nak ganti."

"dam?"

"dam tu ganja. dam haji tu atok kau main kat kedai kopi."

"owh ok. atok saya tak main dan haji. dia main chess." jawab aku.

"kau pernah makan nasik pakai straw?"

"boleh ke?"

"lagi sekali kau jawab bukan-bukan, aku ajar kau makan nasik pakai straw."

"owh. baiklah." jawab aku.

"so camne? kau masuk band aku. main gig, aku tolak hutang dari duit gig. sampai dah abes hutang pastu terpulang kat kau la kau nak main lagi ke tak ngan aku. tapi lepas hutang dah abes duit gig tu kau bole amek la."

"hmm. ok la gak tu. tapi abang main muzik camne?"

"dangdut. hotak kau la. kau pernah dengar explosions in the sky? mogwai? sigur ros?"

"pernah. dorg tu bukan main post rock ke?"

"pandai. hah lagu camtu la aku main. amacam? nak in ke tanak in?"

"hmm. boleh je la. abang tanak try dulu ke takut saya tak layak ke nak masuk band abang?"

"takde masenya aku nak try. kau tak reti pon kau kena bagi reti sebab sekarang kau berhutang ngan aku. esok kita jamming. aku bawak budak aku. sabtu ni ade gig kat cm."

aku mengangguk tanda setuju.

"dah jom balik. rumah kau kat mana?"

"dekat dengan tempat abang langgar saya tu la."

"aku langgar kau? cantek sket wei. kau yang langgar aku. dah jom aku hantar kau. ingat esok jamm. make sure kau dtg."

"dekat mane?"

"jamming studio dekat ngan ampang point tu. nanti kau da sampai ko roger la aku. nah kad aku."

"agen insuran?" tanya aku.

"sebab tu aku suka bersembang." jawab kob.

sinis.

aku mengangguk tanda setuju. dan kami pun berlalu pergi.

bersambung..

Isnin, Oktober 12

public service announcement.



wahai rakyat malaysia.

saya, sebagai rakyat malaysia yang juga seperti anda, membayar cukai jalan, berharap agar anda semua, yang juga pemandu kenderaan, juga seperti saya, agar tidak menjadi terlalu prihatin apabila berlaku kemalangan di jalan raya, lebih-lebih lagi jika kemalangan itu berlaku di seberang jalan.

aku amat memahami, sebagai rakyat kelas sederhana, adalah penting untuk mengambil no plat kereta yang mengalami kemalangan, untuk tujuan spiritual, atau pun untuk tujuan memewahkan diri sendiri agar impian memiliki nissan 350z tercapai. namun, fikirlah tentang orang lain.

aku dan kau adalah pengguna jalan raya. aku dan kau juga mahukan keselesaan memandu di jalan raya. dan pembawa ambulans juga mahukan keselesaan memandu laju untuk menyelamatkan mangsa.

ingat. sikap prihatin melampau mengakibatkan kesesakan lalulintas. dan juga boleh mengakibatkan sebuah lagi kemalangan. dan apabila sebuah kemalangan lagi berlaku, maka kesesakan akan berganda. ambulans akan lambat sampai ke destinasi. bilangan kematian disebabkan kemalangan akan meningkat. kerajaan akan memaparkan statistik yang dahsyat di surat khabar. had laju kelajuan kenderaan di malaysia akan direndahkan. harga saman akan semakin tinggi. dan anda, sebagai rakyat malaysia, akan memarahi kerajaan anda sendiri disebabkan tindakan anda sendiri. owh ya, dan akan ramai mengunjungi kedai nombor ekor.

capisce?

Ahad, Oktober 11

konserto terakhir pt3.

"kau dah kenape, sial?"

aku cuba membuka mata. kepalaku sakit.

"wei setan, kau dah kenape?"

kelihatan kelibat seseorang di depan aku. kabur. aku cuba memfokuskan permandangan.

"bangun la wei. menyusahkan orang btol la kau ni."

seorang lelaki berada di depan aku. berbadan gempal. berambut panjang. memakai t shirt pink floyd. bermuka combat.

"hah dah bangun pun. syok tido?" tanya beliau.

"hah?"

aku masih runsing. tidak paham. sakit kepala.

"kau tau tak ape jadi kat kau tadi?" tanya beliau lagi.

aku membuat muka tak paham.

"aku tatau la otak kau problem ke atau kau bajet kau incredible hulk ke ape, tapi tadi kau aku nampak memang cool gile la jalan kat tengah2 jalan raya time hujan. aku nampak macam mistik gak la."

aku tekun mendengar.

"tapi lepas tu aku terlanggar kau kan, aku nampak kepala kau atas cermin kereta aku kan, lepas tu aku nampak kepala kau berdarah kan, aku tak rasa mistik dah. nak2 lagi lepas tu aku nampak cermin kereta aku retak pulak kan. bumper pun dah pecah. so sekarang camne?"

aku memegang kepala ku. berikat kain. sakit apabila bersentuh.

"so sekarang camne wei?"

"saya takde duit bang. saya student." jawabku.

"student. hmmpf. kau ingat ni kedai mamak amir ali ke cakap "saya student" dapat diskaun 50sen?"

aku mendiamkan diri. aku tau aku bersalah.

"bang, saya kat mane ni bang?" tanyaku.

"kat rumah aku. aku ingat nak je campak kau kat hospital tadi tapi aku malas nanti nak kene buat police report bagai. leceh. lagipon aku tengok kau pun takde la teruk sgt. terhentak sikit je. wei, bagi aku nombor phone rumah kau. aku nak call bapak kau." jawab beliau.

"saya takde mak bapak bang."

"huh?" beliau bersuara.

"mak saya dah meninggal dunia. bapak saya lak dah lama tak jenguk saya. saya sendiri pun tinggal rumah sorang2. bapak saya datang rumah sebulan sekali je. tu pun kalau dia rajin. kalau tak, dia biasa bank in kan duit makan minum saya kat bank. hal hidup saya mana dia ambik peduli. even saya sendiri pun tatau camne nak contact die." jelasku lagi.

"hmm. ape name kau?" tanya beliau.

"joe fitzgerald leguizamo. abang panggil saya joe je la."

"nama panjang macam setan. aku kob. dah2, jom ikut aku."

"pergi mane bang?"

"pergi bank. aku nak kau kuar duit. belanja aku makan. aku lapar da ni. nasib baik la kereta aku boleh jalan lagi."

"erm ok."

dan benarlah kata brader kob ini. bumper pecah. cermin retak. kereta satria berwarna biru langit. cantik. tapi dah berjaya diburukkan oleh aku. kob memanaskan enjin kereta. memasang lagu di radio.

lagu hatiku kau guris luka dari sweet september.

aku memandang kob dari atas ke bawah.

"dress up dah rocker. layan lagu jiwang. mende ni wei?" kataku dalam hati.

kob memandang aku. menyalakan rokok.

"kau kena paham. hati aku terluka sekarang. kereta aku dah buruk. pink floyd, pink floyd gak tapi bila sedih pink floyd tak dapat tolong wei."

aku tersenyum. dan kami bergerak menuju ke destinasi.

bersambung..

konserto terakhir pt2.

hari itu tenang seperti biasa. cuaca yang indah. aku juga seperti biasa akan menunggu bridget di luar sekolah. untuk berjalan kaki ke rumah bersamanya. sudah hampir setengah jam aku menunggu bridget.

sudah 45 minit. masih tiada kelibat beliau. aku mulai resah.

aku mencapai handphone dan menghubungi bridget. tiada jawapan.

aku pulang ke rumah. berjalan kaki. sorang. runsing.

keesokkan harinya, aku menunggu bridget lagi di luar sekolah. untuk pulang ke rumah bersama. aku menghubunginya dan tiada jawapan.

runsing.

lusanya, aku menunggu bridget di luar sekolah. untuk pulang ke rumah bersama. aku menghubunginya dan tiada jawapan.

runsing.

handphoneku berbunyi. aku mendapat mesej. dari bridget.

"am going back to US for good. sorry for not telling u much earlier. i love u but i think this is going to be my goodbye. u will be missed very much. thanks for being my good friend and lover. goodbye."

hari itu, awan menitiskan hujan. dan aku berjalan pulang ke rumah. sorang. dalam hujan. berbackgroundkan lagu crown of love dari arcade fire.(untuk tujuan penghayatan yang lebih.)

tanpa sedar, aku sebenarnya berjalan di tengah jalan raya. aku terdengar bunyi hon. semakin kuat. dan aku terlelap.

bersambung..

Sabtu, Oktober 10

konserto terakhir.

hai. nama saya joe. anda mungkin mengenali saya dari iklan2 di tv. ya, saya seorang model. saya menjalani hidup yang sempurna. banyak duit, popular, kacak, dan mempunyai model pakaian dalam sebagai kekasih.

kenal amber chia? bukan beliau. beliau hanyalah ex girlfriend saya dulu.

miranda kerr. ya. beliau lah. saya selalu ke australia untuk berjumpa beliau. kerana beliau tinggal di sana. tapi kini beliau sudah berpindah ke new york. terikat dengan victoria secret.

tapi ini bukan cerita pasal dia. ini cerita pasal aku. pasal joe.

kenapa aku ingin ceritakan tentang diri aku? sebenarnya, aku tiada sebab. aku terasa ingin menulis. tapi disebabkan aku ialah seorang model yang terkenal, maka aku merasakan anda mesti ingin mengenali aku dengan lebih dekat.

jika anda perasan, aku menggunakan perkataan 'saya' dan 'aku'. mulanya aku ingin seragamkan terus menjadi 'aku' sahaja, tapi poin utamanya ialah dalam bahasa melayu, kita boleh menggunakan 'saya' dan 'aku' untuk merujuk pada diri sendiri. dan mulai dari baris ayat ini, aku akan menggunakan perkataan 'aku' untuk merujuk pada diri aku.

aku dibesarkan di The Hague. di Netherlands. tapi, aku tidak pandai berbicara bahasa tempatan di sana. aku menggunakan bahasa melayu. pelik? jangan pelik. di sana ada penempatan orang melayu. aku tidak pernah keluar dari situ sehinggalah aku berumur 13 tahun apabila bapaku, seorang model seluar dalam Calvin Klein mendapat tawaran menjadi model minyak wangi one drop perfumes. maka kami berpindah ke Malaysia.

oh, aku masih belum bercerita tentang famili aku. bapaku, john, ialah seorang model seluar dalam. makku, katie, ialah seorang pelakon drama gred b di netherlands. aku mempunyai 2 orang adik beradik. kakakku, katy, penyanyi di new york dan abangku, john leguizamo, seorang tukang kasut. kami adalah satu famili yang bahagia, kemudian guruh berbunyi bila bapaku, ingin berkahwin lain. mak aku mengalami mental disorder dan kemudiannya membunuh diri menggunakan alat pemecah ais.

ok cukup pasal famili aku. aku berada di malaysia pada umur 13 tahun. dan aku bersekolah di sekolah antarabangsa fairview di jalan ampang. dan di situ, aku menemui cinta pertama aku.

beliau bernama bridget. seorang gadis dari amerika. berambut brunette. sebaya denganku.

pada ketika itu, handphone yang paling in ialah nokia n70. dan semua orang mempunyai n70, termasuklah aku dan bridget. dan kami juga mempunyai nombor telefon yang seakan sama.

kami benar-benar di lamun cinta. sehinggalah!

bersambung..

Jumaat, Oktober 9

mamma mia



pengarah, presiden atau canselor sesebuah universiti atau kolej tidak sepatut nya masuk campur dalam hal2 pembelajaran student2 ni. erti kata lain mereka hanya perlu duduk dalam opis berhawa dingin sambil menunggu gaji masuk tiap2 bulan hasil dari proses pengepauan duit student samada mara atau ptptn. zaman mereka jadi lecturer sudah lama habis. dan inilah yang akan berlaku apabila mereka sudah bosan dan xde keje lain nak buat.


en ahmed ( bukan nama sebenar ) : wa nak kasi lu olang punya carry mark.

aku : wah berapa agak nya carry mark aku ye. aku harap tinggi la. x payah nak cuak sgt mase exam nnt.

en ahmed : nanti wa cakap solang-solang la. lu duduk sana tunggu.

aku : baik bos.

tiba giliran nama aku di sebut.

en ahmed : oit. lu punya carry mark 14 per 50.

aku : aik. kenapa rendah sangat?

en ahmed : sukati wa la. lu lecturer ka wa lecturer?

aku : ( muka ketat )

en ahmed : gud luck in your exam ( sambil memandang sinis )

aku : ( muka aku jadi lebih ketat )

dan buat pertama kali aku mendapat carry mark bawah 20. damn!