Jumaat, Februari 27

misai.

hidup.

kadang-kadang kau berada di atas. dan sering kali berada di bawah. dan ketika di atas, kau malas memandang ke bawah. dan pabila kau di bawah, kau akan selalu memandang ke atas.

kau pernah dengar kisah sang kancil dan buaya? di mana si buaya meminta pertolongan dari sang kancil untuk menyelamatkan beliau yang tersepit kerana di himpap kayu?

dan selepas si buaya diselamatkan, si buaya ini berplan baekk untuk memakan sang kancil?

dan akhirnya si buaya dikantoikan dan akhirnya tersepit kembali.

cerita indah untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca. happy ending. selepas itu boleh keluar main bola dan main layang-layang pastu balik lepas maghrib pastu kene sepak ngan bapak. muka masam pastu esok pergi sekolah main ting tong.

tapi, benarkah perkara sang kancil dan buaya tersebut berlaku dalam kehidupan? jap biar aku fikir.

hmm. tidak. tidak sama sekali.

anggap kehidupan sebagai seekor pisau. dan pisau itu dicucuk di badan kau. dan dipulas perlahan-lahan.

kau boleh biarkan pisau itu di badan kau. dan darah kau akan semakin menitis. sehingga kau kekurangan darah, pucat, kulit kau akan berkedut dan akhirnya mati.

atau kau boleh meminta pertolongan dari orang lain. menunggu untuk dihantar ke hospital. menunggu doktor merawat kau. memberi ubat kepada kau. baring di wad dan akhirnya dibebaskan dari hospital.

atau juga kau boleh keluarkan pisau. membalut luka dan ke hospital untuk menjahit luka. kemudian pulang ke rumah seperti biasa.

mana-mana pun pilihan kau, ianya akan tetap meninggalkan parut. dan parut itu bukti kau menjalani hidup kau sebagai seorang manusia. sama ada yang di bawah, atau yang di atas.

pour quelqu'un : merci pour l'enseignement-moi comment apprécier ma vie. vous voir en enfer.

Isnin, Februari 16

seram.


siapakah perogol kucing ini?

Ahad, Februari 15

perubahan lagi



akhirnya blog ini mengalami perubahan lagi..penambahan watak penulis kepada 3 orang dengan secara rasmi nya bermula pada semalam..

setelah encik bok berbincang secara mulus dengan encik r selama hampir satu jam di cc, sambil aku di sebelah melakukan upacara menembak zombie, akhir nya encik r setuju untuk menjadi penulis dalam dongeng blog ini..

oh encik r juga telah menukar nama nya kepada encik badut aka makan budak..mungkin kerana beliau tidak mahu nama nya dikenali ramai dan di komersial kan..mungkin juga beliau ingin melarikan diri dari pemiutang2 yang mungkin menyamar sebagai pembaca blog..hmm aku keliru..

jadi aku ingin ucapkan selamat datang pada encik makan budak..

p/s: kami bukan three stooges..harap jangan terpedaya dengan gambar di atas..

Bagaimana Seorang Badut Yang Suci Hatinya Dapat Menghantui Hidup Ko Untuk Selamanya?


Salam perkenalan..beep beep ritchie!

pastinya korang dapat mengingati watak sadis ini.. begitu baik dan suci hatinya..tgk, putih mukanya..(haaa....(mengeluh sambil senyum) sangat bahagia rasanya waktu itu..)
memanggil2 budak2 ditepi jalan untuk memberi hadiah belon merah..secara free(sbb tak laku. mana taknya, jual dalam longkang. ada penah ko nak beli belon dalam longkang?)

jadi apa silapnya badut ini? ini kerana marketingnya x sesuai..dan rambutnya berwarna merah..
dan sbb inilah badut suci ini mencari sumber rezeki len dgn memakan budak2, menghantui hidup kanak2 dan mimpi2 mereka bila dewasa kelak...

pasti cite ini dapat mengembalikan mimpi ngeri anda..terkencing dalam seluar tak kira pagi dan malam..tidur dgn mak bapak semula walaupun korang dah umo 20an..tak dapat tido malam sbb takut die duk disebelah ko sambil makan kacang rebus yang di beli di pasar dan memegang belon merah..

jadi, fikir2kanlah kembali, berapa ramai hati badut2 yang suci telah korang lukakan? berapa ramai badut telah korang tolak tawaran mereka untuk membeli belon? dan berapa ramai badut yang korang tak ketawa dgn lawak2 mereka? hiburkanlah hati mereka...sebelum terlambat

ha..ha..ha........beep beep ritchie..mgkn anda selepas ini....

akhir sekali, aku adalah makan budak, salam perkenalan, moga dapat lebih byk idea lg untuk diletakkan di blog ini..wah..wah..

beruang.


owh aku sungguh tidak sabar. lagi 3 hari, aku akan kembali ke tempat belajar. setelah 3 bulan bercuti. dan akan menjalani kehidupan sebagai pelajar semula. owh. teruja.

dan apa yang telah aku peroleh selama 3 bulan meditasi dan hibernasi aku itu?

tiada.

owh. mungkin pengalaman ke indonesia. tapi itu sahaja.

selebihnya hanya dihabiskan di rumah untuk tidur dan melepak.

dan ya. selama 3 bulan aku menghabiskan masa sebegitu. tanpa bekerja. tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.

dan kau tahu apa yang paling indah di saat-saat akhir percutian 3 bulan aku ini?

melihat muka rakan yang kecewa setelah membeli tiket rihanna dan pada saat akhir rihanna membatalkan konsertnya. dan pada ketika itu, hampir 90% lirik lagu dari album-album beliau telah berjaya dihafal untuk tujuan sing along dan demi membuktikan dirinya peminat agung rihanna.

seminggu sebelum rihanna mengumumkan pembatalan konsertnya.

aku: lagu rihanna apa yang kau paling suka?

cik n: of course la umbrella.

aku menjangkakan pon de replay dari seorang yang mengaku peminat agung rihanna. owh aku tersilap rupanya.

nota kaki: akan ada seorang lagi penulis baru untuk blog ini. sila beri tunjuk ajar pada beliau. beliau botak tengah. haha aku suka bergurau.

Jumaat, Februari 13

ehem ehem



ok di sini aku ingin memohon maaf pada para pembaca yg tak suka dgn sketsa yg terjadi dalam blog ini..aku sudah lari dari tema asal blog ini..dgn ini aku akan memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi..

kepada bok, kau yg start dulu pasal politik ni..aku ikut je..ohoh..

sekian mekaseh

their satanic majesties request.


maaf kerana jarang update. aku agak sibuk kebelakangan ini dan maxis broadband aku dipinjam orang. maka aku tidak berkesempatan. dan hari ini. aku membuka kembali blog aku.

namun, aku notice beberapa perkara. blog aku sudah semakin berunsur politik dan perkauman. aku tidak suka. marah sungguh aku. marah seperti ingin menggosok gigi siung beruang.

maka di sini, aku ingin meminta maaf di atas posting baru-baru ini yang agak parental advisory explicit content. biasa lah. benda tengah panas lagi. sana sini orang bercerita benda yang sama.

dan fit, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. stay sharp. marilah bersama aku melihat pelangi dan mengira bintang di langit.

dan kawan-kawan, marilah kita bersyukur. sekurang-kurangnya malaysia negara yang aman. lihat palestin. lihat afghanistan.

sekian. astalavista. i'll be back.(tone seperti terminator)

Khamis, Februari 12

Melayu Zaman Sekarang



Martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

Rakyat Melayu berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.
Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.
Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.

Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

Hidup mewah

Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat.

Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.

Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.


Aku tak berat sebelah pada mana-mana parti baik Umno, BN, PKR, PAS, dan lain-lain..Masing-masing ada betul dan salah..Ini hanyalah pada pandangan peribadi aku sahaja..


salam

Rabu, Februari 11

aku dah bosan!!!!


gambar tu takde kena mengena dgn apa yg aku nk cerita ni..sebenar nya, aku dah bosan dgn keadaan politik kat malaysia skrg nih...makin teruk!! bukan nya aku nk kate dulu punye politik ok tp dulu perjuangan politik dorang hanya untuk kepentingan rakyat ( bg aku laa ) tp skrg ni korang tgk la sendiri...semuanya nak rasuah...untuk terpilih sebagai calon parti, kena rasuah..untuk menang dalam election, kena rasuah..da terpilih sbg adun, rasuah lg untuk jd menteri atau sekurang2 nya ade opis sendiri kat Putrajaya..semuanya memerlukan duit..dan duit untuk merasuah itu adalah duit rakyat..korang yg kaya semakin kaya..korang yg miskin tetap akan miskin..benda ni dah menjadi satu adat dalam politik..yg lg teruk, ada insan ni terpaksa gunakan nama pak mertua dia untuk menang election..sama ada dia x yakin bole menang atau dia ni mmg jenis duk bwah ketiak pak mertua, tu aku x tau..

skrg ni pulak pasal kes lompat2 katak..benda ni bukan benda baru dalam politik..dulu pon penah gak jadi kes lompat katak nih..tp yg kelakar nya ialah " ko lompat masuk parti aku boleh, tp ko x boleh lompat balik masuk ex-parti ko"..haha what the fuck! da terang2 ko amek org yg khianat parti sendiri..so ko x leh expect dia akan setia kat parti ko..org yg tak setia ni laa yg rakyat bg kepercayaan untuk jd adun..tup tup dia lompat blk kat ex-parti dia tuh..org mcm ni layak ke nk jadi pemimpin?? aku x tau laa dia da di rasuah untuk menjilat muntah sendiri tuh..tapi yang nyata nya org mcm ni x leh dipercayai..

pastu pasal kes menghina sultan..siap ada org yg budget power tuh nak saman sultan..what the fuck!! ko ingat ko bagus sgt ke nak lawan cakap sultan..sultan tu lambang kedaulatan org melayu..yg sedih nya ada pulak org melayu bodoh ni yg nk lawan dan menghina sultan..mana letak nya otak korang?? disebabkan perbezaan fahaman politik, korang nak berbalah sesama kaum sampai sanggup menghina sultan..jadi aku rasa politik ni bukan nya digunakan untuk membentuk perpaduan kaum, tapi demi untuk memecahbelahkan sesama kaum..sedar lah wahai melayu..jgn di sebabkan org macam korang nih, malaysia di takluki oleh bangsa lain..pastu baru nak menyalahkan sesama sendiri..bangkitlah melayu..jgn mata tu di gelapkan oleh politik wang yg kotor tu..

kalau nk berpolitik, gunakan sebaik2 anugerah Tuhan iaitu akal fikiran untuk menentukan siapa yg layak dan berhak untuk memimpin rakyat..

salam

Selasa, Februari 10

jampi serapah memohon otak,

ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea
ideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaideaidea


miu miu miu(bunyi laser).

apakahh?? sukar lihat! sukar lihat!!

lelaki bersut hitam datang. memanggil aku.

"ini otak kau. beliau pemalas" katanya.

insaf.

Isnin, Februari 9

wookie.




arcade fire, menyanyikan lagu cover dari france gall, poupee de cire, poupe de son.

Sabtu, Februari 7

centrino.


beliau bernama ellen degeneres. comel. mungkin tua sedikit. erm. ye tua banyak.

sayang, beliau lesbo.

Jumaat, Februari 6

perak.


di zaman ekonomi tak berapa nak blah ni, silalah rendahkan ego dan kurangkan tunjuk power di khalayak ramai. terutamanya melayu.

bila anda semua merusuh, kedai akan tutup. maka satu kerugian untuk pekedai. dan bila kedai tutup, barangan keperluan tidak dapat di beli. maka, keperluan melebihi kuantiti barangan. dan terjadinya inflasi. barangan runcit akan naik harga. siapa rugi? ya. anda.

dan bila anda merusuh, apa lagi akan terjadi? pelabur asing akan takut untuk melabur di negara kita. dan memandangkan ekonomi yang sangat meruncing, alasan rusuhan dan keganasan amat sesuai digunakan oleh pelabur-pelabur asing yang sudah sedia ada ni malaysia untuk tarik diri dari melabur di malaysia. siapa rugi? ya. anda.

dan bila ini semua terjadi, apa akan terjadi pada negara malaysia? bilangan pekerja yang dibuang semakin tinggi. kerajaan sedia ada akan dipersalahkan walaupun sebenarnya yang mewujudkan masalah ini ialah mereka sendiri. dan memandangkan pergaduhan di perak melibatkan dua parti politik yang pada asasnya melayu, persefahaman di dalam kalangan melayu itu sendiri sudah kurang. dan semua kerana kuasa. dan kaum lain menunggu peluang untuk bangsa yang satu ini betul-betul parah.

kesan jangka panjang? jangan terkejut jika kaum lain bakal memerintah malaysia. aku tiada masalah dengan itu. cuma akan rasa menyesal yang teramat sangat dengan perangai kaum sendiri. berfikirlah dengan waras.

cheerio.

Khamis, Februari 5

kapok.




jangan tegur jika kedua-duanya berada di atas jalan.
owh zad..

mane aku tau dowh...

aku da tgk drum 1200 tu..

mcm ok je..

ko kol la org tu..

pakai hp bil atau tepon umah..

sekian..








telepati.


owh fit.


aku sedang berbicara dengan kau ni.


dengarlah rintihan aku.


owh fit.


wei lahabi! drum bile nak sampai?? lazy brat!

Isnin, Februari 2

indie tidak patut dimainstreamkan.


kau ingat lagi pada inspector gadget?

semalam, masa aku melepak, ada satu geng budak indie lepak table sebelah.

ada seorang fanatik noh hujan, pakai jaket indie. yang kelihatan seperti jaket inspector gadget.

cool, aku gelak.

mata beliak.


aku menunggu.
dan menunggu.
dan terus menunggu.


beep.
satu masuk.
aku menaip.
aku menunggu.
dan menunggu.
dan terus menunggu.


beep.
5 masuk.
aku menaip.
aku menunggu.
dan menunggu.
dan terus menunggu.

beep.
7 masuk.
aku campak.

"fuck! kene beli hp baru! bodoh punye maxis!"

owwhoh.

aku baru pulang dari pulau pinang. penat bai.

minggu depan atau minggu satu lagi, aku kena ke kelantan.

aku perlukan oksigen. kuantiti maksimum.