Jumaat, Februari 27

misai.

hidup.

kadang-kadang kau berada di atas. dan sering kali berada di bawah. dan ketika di atas, kau malas memandang ke bawah. dan pabila kau di bawah, kau akan selalu memandang ke atas.

kau pernah dengar kisah sang kancil dan buaya? di mana si buaya meminta pertolongan dari sang kancil untuk menyelamatkan beliau yang tersepit kerana di himpap kayu?

dan selepas si buaya diselamatkan, si buaya ini berplan baekk untuk memakan sang kancil?

dan akhirnya si buaya dikantoikan dan akhirnya tersepit kembali.

cerita indah untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca. happy ending. selepas itu boleh keluar main bola dan main layang-layang pastu balik lepas maghrib pastu kene sepak ngan bapak. muka masam pastu esok pergi sekolah main ting tong.

tapi, benarkah perkara sang kancil dan buaya tersebut berlaku dalam kehidupan? jap biar aku fikir.

hmm. tidak. tidak sama sekali.

anggap kehidupan sebagai seekor pisau. dan pisau itu dicucuk di badan kau. dan dipulas perlahan-lahan.

kau boleh biarkan pisau itu di badan kau. dan darah kau akan semakin menitis. sehingga kau kekurangan darah, pucat, kulit kau akan berkedut dan akhirnya mati.

atau kau boleh meminta pertolongan dari orang lain. menunggu untuk dihantar ke hospital. menunggu doktor merawat kau. memberi ubat kepada kau. baring di wad dan akhirnya dibebaskan dari hospital.

atau juga kau boleh keluarkan pisau. membalut luka dan ke hospital untuk menjahit luka. kemudian pulang ke rumah seperti biasa.

mana-mana pun pilihan kau, ianya akan tetap meninggalkan parut. dan parut itu bukti kau menjalani hidup kau sebagai seorang manusia. sama ada yang di bawah, atau yang di atas.

pour quelqu'un : merci pour l'enseignement-moi comment apprécier ma vie. vous voir en enfer.

4 ulasan:

ShelasCRAPlols berkata...

carot perancis ke?

Tanpa Nama berkata...

ce que jamais, il est, je pense que c'est la meilleure façon de choisir. ses plus pour nous. Je sais peut-être que je vais le regretter un jour, mais pour l'instant, c'est tout ce que je peux faire.

Bok berkata...

kepada ShelasCRAPlols: well~ ohoh.

kepada Tanpa Nama: Je ne sais pas qui vous êtes, mais vous semble comprendre ce que j'essaie de dire. nous avons rencontré avant?

makanbudak berkata...

bok, ko ade masalh ape bok? sadis gler ayat ko.. jap bok, aku akan post lagi sadis gler dari ko.. tunggu ar...wahwah..