Rabu, Mac 4

vintage.


kau pernah ke cyberjaya?

jika kau seorang yang berkulit putih dan tidak bersyukur dengan tona warna tersebut dan mengimpikan proses menggelapkan kulit di spa dan gim ternama tapi tiada duit, silalah ke cyberjaya. anda hanya perlu keluar dari kereta, bentang tikar, berbogel(atau jika segan, pakailah spenda), dan berbaring di atas jalan. nescaya anda akan mendapat hasil yang mengagumkan sambil berkata "oh david arumugam, wait for me!"

dan di sini juga kau dapat melihat golongan-golongan yang menggunakan teknologi terkini dari segi pemakaian yang mengalahkan adidas dan nike. dalam baju mereka, terdapat penghawa dingin. cubalah ke lim kok wing atau mmu, kau akan dapat melihat segelintir golongan yang ke kelas memakai sweater atau hoodie dan berjalan di tengah panas terik sambil membuat muka cool seperti berada di netherlands. impressive.

dan kau pernah melihat hantu di siang hari? datanglah ke cyberjaya. silakan ke lim kok wing. kau akan melihat kuntilanak versi jepun memakai beg louis vuitton.

1 ulasan:

LiLoHoNeY berkata...

haha..

aku xnk ke sana lah kalo mcm tu..

seriauuuu~~~

xD