Isnin, Mac 30

pringles sour cream & onion.


menakutkan.

aku sungguh tidak percaya.

ianya berlaku sekelip mata tanpa ku duga.

aku sudah risau untuk memandang kau.

bulu roma meremang-remang.

aku sudah tidak mahu berkawan dengan kau lagi.

selamat tinggal.

selamat tinggal.

selamat tinggal.

wiu wiu wiuuuu wiiiuuuuuu~~




tak dapat la jack. heh ko ingat kotak rokok gambar seram bole buat aku cuak? ptuuihh!

Ahad, Mac 29

godspeed you! black emperor.


tahniah kepada khairy jamaluddin kerana berjaya memenangi jawatan ketua pemuda umno walaupun diselubungi kes rasuah.

dengan berkat kesungguhan yang jitu dan kesabaran yang tinggi, beliau layak bertanding walaupun ada rakan seangkatan dengannya tidak layak bertanding disebabkan kes yang sama.

dan inilah yang dipanggil ahli politik tulen. and a total fucker i must say.

Rabu, Mac 18

widuri.


aku sedang berehat di depan tv apabila aku menukar saluran tv ke ntv7. dan aku sedang menonton the count of monte cristo versi telenovela latin.

dan aku amat teruja. biasanya telenovela latin memaparkan kisah keluarga kaya dan keluarga miskin, kisah cinta lelaki berbadan petak dan wanita bertetek besar, gangster yang mencukur kening dan keluarga bahagia yang akhirnya bergaduh kerana anak lelaki bongsu menghisap rokok. maka apabila aku melihat "monte cristo" tersebut, aku mula berpendapat telenovela latin sudah mengalami evolusi.

dan aku pun menonton dengan khusyuk. aku tidak sabar untuk menjadi saksi kepada sesebuah evolusi. adrenalin dalam badan menggelegak. peluh dingin mulai mengalir dari dahi.

tanpa aku sedar, mulut aku sudah berbuih pada 5 minit pertama aku menonton telenovela tersebut.

Ahad, Mac 8

tandus.


sedang menulis, kemudian ketandusan idea.

owh damn. mengusha blog orang lain. yahh ada orang tag. mari buat tag! terima kasehh shela!

TANDA
1.Tanda2 kamu badmood?
hari itu, aku tidak bercakap banyak.

2.Tanda2 kamu marah?
muka berubah menjadi mode keadaan meneran tahi. dan aku tidak bercakap banyak.

3.Tanda2 kamu sinting?
sinting? sinting??

4.Tanda2 kamu malu?
hari itu, aku tidak bercakap banyak.

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
hari itu, aku tidak bercakap banyak.

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
rokok akan habis. hari itu, aku tidak bercakap banyak.

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
aku akan kurang menghisap rokok.

APA
1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
hijau.

2.Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
tidak. tapi aku suka tengok orang shopping.

3.Apakah kamu percaya love at first sight?
bergantung kepada tahap luaran seseorang wanita dan pandangan lelaki terhadap wanita dari atas sampai bawah.

4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
seperti ingin melawat tandas.

5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
rasa anggur.


BILA
1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
20 Ogos 1986. kali kedua, abah kau la kali kedua.

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
melihat amoi berskirt yang bersepah di china.

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
setiap kali aku balik ke rumah dari cyberjaya.

4. Bila kamu akan married?
selepas aku kaya melampau.

BAGAIMANA
1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?
sakitkan hati beliau balik. revenge is good.

2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
dah bosan dah dengar perkataan tu.

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
life goes on.

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
dan aku akan bertanya soalan ini kembali kepada beliau.

5. Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api?
tidur balik dengan harapan semua itu mimpi. jika tak jadi, marilah mengucap.

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
dengar lagu. main gitar.

SIAPA
Siapa aku nak tag? anda yang membaca blog ini.

Sabtu, Mac 7

penah ko di dismiss dr Uni ko kerana cheating?


NAMA: MISS WORLD BERUK

PENCAPAIAN: JUARA BERUK DALAM WORLD UGLY PEAGENT 2009

CATATAN: MEMENANGI HADIAH BEKALAN ROTI PISANG D'MAMAK STYLE SEUMUR HIDUP



beep beep! hwah..hwah..hwah..!

pergh, hampir 3 minggu jgk ar aku x post..

aku baru mengalami minggu yang teruk.. terlalu teruk sampai nak di dismiss..

memang nasib malang..aku telah di cop oleh invigilator yang merasakan dirinya lecturer walaupun baru 4th year student.. degree plak tu.. aduyaii..

baru2 ni aku amik test, biasela tiru meniru ni, test je.. bukan final pon.. aduyai..... knpla ade invigilator mcm ni.. kalo aku jd invigilator, konpem aku adakan majlis tiru meniru beramai2 ni klas itu.. SIAP BACA DOA SELAMAT SKALI TU..ade penah ko tgk?.. so, boleh plak si 'invi' ni report kat madam aku..demm..

keesokan harinya, madam aku dengan muka yang serius wat pengumuman yang ade student telah di cop untuk dihantar ke legal unit untuk ditrialkan.. bersalah, dismiss Uni.. mula2 aku xtau, so aku ok je, tp bile dtg part aku xdpt paper ku, mmg aku saspek yang aku dikantoikan bersama rakan sebelah aku oleh invi yang intelligent ni sebab di pon xdpt paper die..

tiga hari aku hidup umpama gambar beruk di atas..makan roti pisang di d'mamak tiap2 hari, bulu badan semakin memanjang cm ke inci, gigi gugur2 sbb karies gigi..last2 rakanku tu mengaku tiru, tp memang dah pakat2 dgn aku pon..

selamatla madam aku ni baik orgnye..kami terlepas...hwah..muka kelegaan ku same mcm beruk tu jgk..

so, kalo korang nak tiru pon, jgnla smpi dikantoikan lg..tiru wat cara yg lebih intelligent, bwk buku dalam exam ckp bkn buku subject tu...xdela invi nak salah sangka..

Sekian..terima kasih kerana membaca

Rabu, Mac 4

vintage.


kau pernah ke cyberjaya?

jika kau seorang yang berkulit putih dan tidak bersyukur dengan tona warna tersebut dan mengimpikan proses menggelapkan kulit di spa dan gim ternama tapi tiada duit, silalah ke cyberjaya. anda hanya perlu keluar dari kereta, bentang tikar, berbogel(atau jika segan, pakailah spenda), dan berbaring di atas jalan. nescaya anda akan mendapat hasil yang mengagumkan sambil berkata "oh david arumugam, wait for me!"

dan di sini juga kau dapat melihat golongan-golongan yang menggunakan teknologi terkini dari segi pemakaian yang mengalahkan adidas dan nike. dalam baju mereka, terdapat penghawa dingin. cubalah ke lim kok wing atau mmu, kau akan dapat melihat segelintir golongan yang ke kelas memakai sweater atau hoodie dan berjalan di tengah panas terik sambil membuat muka cool seperti berada di netherlands. impressive.

dan kau pernah melihat hantu di siang hari? datanglah ke cyberjaya. silakan ke lim kok wing. kau akan melihat kuntilanak versi jepun memakai beg louis vuitton.