Isnin, Jun 29

vista.

how do you feel if you are far away from ur love ones, and u know that the person can be trusted, but then, that person end up being a bitch. and during the separation, u got so many choices, but u still believe that the person is the one for u.

and to think that separation is the best way to teach that person to be more sensitive and lovable, personally, i think it's just a waste of time.

this is my white flag. goodnight and so long.

Jumaat, Jun 26

oh! abang janggut licin



di bawah ini adalah komen encik bok dan encik makan budak tentang michael jackson.

dan ini pula komen diriku tentang beliau.

dan ini juga sebagai ingin melengkapkan hubungan trio kami di blog ini dalam penghasilan entri. dan ini juga adalah pertama kali kami bertiga menulis entri berpandukan pada subjek yang sama.

michael jackson ialah seorang lagenda penyanyi pop. kreativiti dan kegeniusan beliau telah berjaya menarik perhatian dunia melalui lagu2 hit beliau seperti beat it, billie jean dan black&white.

tipu la kalo sape cakap tak penah dgr lagu michael jackson masa kecik2 dulu. dulu aku yang layan nasyid ( ini benar ) pon penah jugak terhafal lagu black&white.

tapi hidup ini ibarat roda. kerana ketaksuban beliau dalam penghasilan hidung yang bermutu dan juga terhadap kanak2 yang tidak bersalah, akhirnya beliau terlingkup jua. heh, lingkup2 pon harta dia banyak kott. bilion mungkin. mungkin juga trilion.

manusia mati meninggalkan nama.........dan harta. kini beliau dah mati. atas sebab yang aku tak tau. mungkin misteri. atau mungkin kerna aku yang malas nak amik tau.

walau apa pon, al-fatihah pada beliau.

nota lemak : aku baru tau tadi yang MJ ni seorang muslim. encik bobok yang bgtau aku td. dan dari pengamatan beliau, MJ ni masuk islam tahun lepas. ntah, aku tak baca paper. aku cuma baca majalah urtv.

pall mall menthol.


di bawah ialah post encik makan budak tentang micheal jackson.

dan ini ialah post aku tentang micheal jackson.

micheal jackson ialah seorang penyanyi yang best. kepada anda yang poyo2 nak kate tak suke dengar lagu die la, tak pernah dengar lagu die la, cukup2 la tu. buang la ego anda. anda mungkin tinggal di dalam gua dan lepak bersama sekawan kelawar dan memakan unggas rimba jika anda berkata demikian. he's a legend dude. come on la. maybe dia ade sket2 kontroversi tapi biase la. manusia mane tak buat silap kan.

dan hari ini micheal jackson meninggal dunia. dan umum mengetahui beliau ialah seorang muslim. oleh itu, al-fatihah. R.I.P MJ. peace out! heeeee' heee!!(bunyi jerit micheal jackson)

A Tribute To The Great


Pagi jumaat, aku terbangun awal entah kenapa, mungkin kerana penat melihat perlawanan brazil dan afrika selatan yang sgt memboringkan telah membuatkan aku xdapat nak tido dengan lebih selesa.

rumah aku masih dlm keadaan yang gelap kerana anak buah aku masih dalam keadaan tido bergelimpangan. lalu, aku membuka tv untuk melihat berita awani. aku tau dengan melihat berita di tv, aku memang akan lebih senang tido. tiba2 di subtitle berita itu (Micheal Jackson Meninggal Dunia)....suasana sunyi sebentar....

aku terpegun sebentar,tiba2 aku seperti mendengar lagu Billie Jean dan Beat It kuat mendendang di telinga aku...semua bermain di minda aku, dari cerita seorang lelaki yang berkulit hitam ingin menjadi kulit putih, menari memegang kote, berjalan moonwalk, memakai hidung palsu ke seorang peminat kanak2 yang ceria...(sunyi sebentar)...

p/s..aku baru tau yg di dah masuk islam..so, Alhamdulillah. Hee'hee..(berjalan Moonwalk)

Rabu, Jun 24

system development method and tools.

video

idea gersang.

Selasa, Jun 23

fraternité.

memang benar apa yang orang kata.

manusia berubah. dan manusia takut untuk mengakui dengan ikhlas perkara itu.

zaman mudamu akan hilang ibarat pasir yang di tiup angin. foto akan menjadi lusuh. gelak tawa tiada lagi kedengaran.

dan tiada lagi sapaan dan gurau senda akrab.

selamat datang realiti kehidupan.

Isnin, Jun 22

French Revolution

Pernah melihat wajah anda di internet? aku mencubanya di google dan mendapati wajahku sangat hensem..

inilah wajahku di internet



anda pula bagaimana?

Jumaat, Jun 19

kuaci chacher.


dua ekor belut yang sedang lepak hisap rokok usha awek.


hari ini, aku memakan sup belut.

ianya dibuat bersama sayur-sayuran dan kuah sup yang biasa dihidang bersama daging. dan daging itu tukarkan kepada belut seperti gambar di atas. belut yang di potong-potong.

dan rasanya seperti rupanya. ianya bukan seperti unagi yang anda makan di sushi king. yang itu sudah dibuang kejijikan rupanya. ini ialah belut yang betul-betul berupa belut. siap nampak sisik lagi. dan tatkala melihat belut itu, aku terbayangkan bear grylls dari siri man vs wild yang dengan selamba adap menguyah kepala ular tanpa syak wasangka. dan di tambah dengan bau hanyir pasir.

dan aku benar-benar mual sekarang. mentaliti berjaya membunuh semangat inkuiri aku. dan juga berjaya membunuh selera 5 lagi orang yang bersama denganku ketika sesi ini dijalankan. paktam, sopi, ak jimbit, dede dan juga lee chiko. maafkan aku. salahkan belut itu.

Khamis, Jun 18

edifier.

ya, benar. aku akui. aku malas memotong janggut. shuffle je potong janggut. rock star tak potong. imam pun termasuk sekali.

dan tadi, aku telah memotong janggut. dan mereka memandang aku seperti aku insan dari zaman paleolitik. seperti bahan pameran. tidak kurang juga ada yang memberi komen serta teruja melihatku kemas.

dan untuk seketika, aku mendengar lagu sambil shuffle separa sedar. maklumlah dah potong janggut. tak shuffle tak clean cut la.

Sabtu, Jun 13

putik kapas.


malam itu, malam penghabisan. malam membalas dendam. malam yang dinanti setiap tahun.

aku: "wei, camne malam ni? ape plan? simple plan?"

encik fit: "mane aku tau. ko rase nak buat cmne?"

aku:" aku rase kite kene sorok kat port baekk punye. awek die da mesej aku da suh plan baek2. jgn rosakkan malam ni. anggap ianya pertempuran terakhir kita!"

encik izzat: "camtu? bestu bile nak jalan ni?"

encik amin: "ya. bila? aku dah ngantuk."

aku: "ok awek die dah suruh ready sekarang. dah2 jom."



sesampainya di tempat kejadian...



vrooomm.... vroooomm..

encik izzat: "korang dengar bunyik moto dia?"

kitorang: "dengar."

encik fit: "ok bitches. get in ur position. tak ready kene sepak."

maka kami menyorok di satu sudut yang mana sukar dilihat manusia berambut nipis. dan kami menanti. menanti untuk beliau turun dari motor. dan kami menanti ibarat kombat.

dan secara tiba-tiba terdengar suara syahdu.

encik makan budak:" dah la tu. cukup-cukup la tu. aku dah tau lame dah plan korang nak baling telur ngan tepung ni. amin dah kantoikan plan korang depan aku tadi mase aku lepak ngan dia."

kami tecengang. telur nutri plus omega3 sebanyak 10 biji yang berharga rm4.70 tersudut sepi di tepi. dan tepung. dan air mineral. dan kami terasa ingin melempang muka sendiri.

dan dari satu sudut, terlihat encik amin tersenyum riang. indah dan comel mukanya. seperti tidak bersalah.

melihatkan muka hampa yang dibuat kami, encik makan budak terasa bersalah.

encik makan budak: "yela. yela. baling la cepat kat aku. cepat la. aku dah redha dah ni."

dan mentari muncul lagi bersama berbiji-biji telur ayam di udara simbolik kepada satu tahun kehidupan yang perlu dilalui. dan pecahlah telur itu di muka beliau ibarat bayi yang kurang rambutnya. dan dengan sekali balingan tepung cap sauh, encik makan budak menjadi lempeng.

dan malam itu menjadi nostalgia. sehinggalah...

"hahahahahha. padan muka ko. padan muke ko!!"

burrrrpppppppppppp!!!!

suasana sunyi. adakah sendawa dari langit?

oh bukan. kelihatan seorang lelaki tidak berbaju dan berkepala botak bermuka kombat datang kearah kami. dan berdekatan terdapat seekor kucing sedang bermain. beliau mengambil kucing itu. memeluknya, lantas mendekatkan kucing itu di mukanya. sambil menutup mata, lelaki itu ibarat sedang mendodoi seorang anak kecil. dan beliau berkelakuan begitu di depan kami yang sedang hyper membaling telur. dan kami tercengang. lalu beliau membaling kucing itu ke bawah, lantas menyepak tin minuman yang turut berada di situ sambil kembali berjalan ke arah tengah jalan raya. dan sambil melawan arus, lelaki itu cuba menahan kereta yang sedang meluncur laju di jalan raya. tanpa berbaju. dan menurut encik izzat(yang mana seorang pemerhati yang sangat extreme), lelaki itu berjalan tanpa memakai zip seluar. dan sambil memegang ranting kayu.

APAKAH???

p/s: selamat hari jadi yang ke 23 kepada encik makan budak. semoga bayangan abang botak tidak menghantui hidup kau untuk tahun ini.

Selasa, Jun 9

air mineral semulajadi.

video

alfatihah kepada arwah ibu kepada cik alaiza dan arwah telor(member lee chiko). abaikan kemunculan sosok ghaib di belakang. beliau bukanlah ancaman. beliau juga suka makan nasi.

nota kaki: sila abaikan kepelatan yang berlaku kepada penyanyi. beliau dari paris, france.

dangerous and sweet.


good luck kepada semua kanak-kanak lim kok wing. semoga berjaya menjawab final exam dengan jayanya. dan ya, ini ialah salah satu cara update blog cara malas yang paling berkesan.

Khamis, Jun 4

Which One To Choose?

Hidup ni kite kena cari dan pilih perwatakan ape yg ingin kite jd bile kite masuk ke alam dewasa...

mgkn kita terlalu taksub pada teknologi, kite jd begini..



atau bile kite tak suka pada teknologi, kite mungkin akan jd begini..


untuk menjadi mereka, gunalah formula ini, pasti menjadi..aku gerenti!




Dory Previn



Fed up of girls in pretty dresses
With boys who want to teach them a lesson
Sick of the sight of my old lover

Went under sheets and covers to get away from him
He can’t see what it once meant to me

I think it’s time I put him out of my mind

So I took a glimpse of Montana
Now nothing else matters I’ll heal eventually How I adore you Dory Previn
Turned you up to eleven for the band’s ears to bleed

I can’t see what he once meant to me
Do you think it’s time I put it out of my mind Do you think it’s time I put it out of my mind
I can’t see what he once meant to me
Do you think it’s time I put it out of my mind
I can’t see what he once meant to me
Do you think it’s time I put it out of my mind
I can’t see what he once meant to me Do you think it’s time I put it out of my mind
I can’t see what he once meant to me
Do you think it’s time I put it out of my mind
I think it’s time I let my love for him die

Kepada sesiape yg patah hati, patah gigi, patah tulang dan sesiapela

Rabu, Jun 3

winston light box 20.


ingin jadi superman?

Isnin, Jun 1

monoamine neurotransmitter.


melihat mereka bermain.

kanak-kanak.

agaknya masih berumur 4 tahun.

dan sedang berlari.

dan terjatuh.

bergelak ketawa dan menangis.

seperti ingin memusing waktu.

bergurau senda dan berkejar-kejaran.

tersenyum.

angin bertiup.

mereka berlari mencari tempat berlindung.

dan jatuh tangisan dari langit.

mereka pulang kekecewaan.

tiada apa yang boleh dilakukan mereka.

selain menanti reda.

namun esok masih ada.

kerna langit tidak murung selalu.





and i am dying for anti depressant pills.