Kembali lagi dalam siri bercakap dengan jin. Untuk kali ini, dalam versi aku pula. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Sebab itu-lah kita tidak boleh berkompromi dengan kaum-kaum yang sewaktu dengan nya. Kali ini, giliran aku pula untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman salah seorang rakan ku yang dialami beliau beberapa hari yang lalu.
Si Azman (bukan nama sebenar, benar, bukan nama sebenar ya), seorang remaja yang suka menjalan-kan aktiviti memburu hantu (salah satu aktiviti urban pada masa kini). Bezanya, aktiviti ini mengalahkan seorang pawang mahupun bomoh kerana ia-nya lebih moden, dengan penggunaan kamera berteknologi night-mode yang lebih advance, jika dibandingkan dengan asap menusuk hidung berkepul-kepul di udara.
Walaubagaimana pun, si Azman tidak begitu sebenarnya. Si Azman hanya banyak menghabiskan masa si Azman dihadapan komputer membunuh jin-jin serta syaitan merasuk manusia dalam left4dead. Setelah selesai berjihad, si Azman seperti biasa akan terus ke kedai berhampiran untuk meneguk secawan teh. Aktiviti membuang masa seterusnya dijalankan dengan berborak-borak kosong serta gelak ketawa bersama rakan-rakan (nama pun urban).
Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam. Setelah lama berborak, air yang diteguk habis jua. "Ane! Ane! Ais kosong satu eh", minta si Azman. Mamak pun menyahut sambil mengangguk-angguk setelah datang ke meja selepas dipanggil, "Okay boss!". Kemudian si Azman meneruskan lagi perbualan bersama-sama rakan-rakan si Azman.
Sedar tak sedar, 30 minit berlalu, kemudian rakan-rakan si Azman ingin pulang ke sarang masing-masing setelah azan Subuh pun hampir berkumandang.
Si Azman berasa janggal, kerna si Azman merasakan, dia terlupa tentang sesuatu perkara. Seperti proses sinap tidak dapat dijalankan ketika itu. Seperti ada satu kekurangan tentang diri si Azman.
Tiba-tiba, ketika ingin mengangkat kaki untuk keluar dari kedai tersebut, si Azman ternampak mamak yang amat familiar di mata si Azman, sedang duduk bersembang sakan bersama-sama dengan pekerja mamak yang lain. Mamak tersebut seperti buat-buat tidak kenal dengan si Azman. Sedangkan, hampir setiap malam si Azman di situ. Misteri.
Mengapa ya? Mengapa mamak tersebut buat-buat tidak kenal bila berhadapan dengan si Azman? Kenapa mamak itu amat familiar di mata si Azman? Mengapa mamak itu seperti tidak ada kerja? Mengapa sampai 30minit si Azman dan rakan-rakan di situ? Seram bukan jika begitu? Misteri bukan? Adakah ini kerja jin atau syaitan?
Di manakah ais kosong si Azman? Bertemu lagi kita dalam siri bercakap dengan jin yang akan datang.
Tolong-lah. Tolong cari dvd cetak rompak atau pun download sahaja di Internet, kemudian ajak rakan-rakan yang lain untuk tonton bersama-sama cerita ini - Paranormal Activity (2009)
Bagi aku, cerita ber-genre kan keseraman ni, mencapai level keseraman yang sesuai untuk ditonton beramai-ramai supaya bergoncang ulu hati korang. Aku tak takut mana pun, aku bekas komando kan. Dah dilatih untuk benda-benda seperti ini.
Saksikan trailer di bawah. Sumber: Pernah dengar Youtube.com?
Jom support cetak rompak. (di edit dengan penuh bergaya atas arahan admin)
Di petang hari, tanpa sebarang angin bertiup sepoi-sepoi di celah aluran telinga caping ku ini. Aku merasakan seperti badai yang tak kan berlalu sepanjang bulan ini. Kenapa aku perlu begini dan aku tidak mahu begini.
Ok2, cool semua. Keadaan sebegini seringkali terjadi setelah aku selesai workout untuk mendapatkan tubuh yang buff (eight packs perlu selalu maintain bro..)
Anda semua tentu perasan dengan trend yang pernah melanda Malaysia suatu ketika dahulu, kamera Digital Single Lens Reflex atau dengan nama yang lebih ringkas DSLR. Kamera ini semasa zaman aku masih di dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja lagi (sekitar tahun 1993) sudah pun mempraktik-kan penggunaan nya ketika dalam aktiviti menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Mogadishu. Tentu ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, bukan? Kamera ini, yang pada masa itu mempunyai nilai harga yang amat tinggi tetapi hanya dengan spesifikasi yang average jika dibandingkan dengan harga-nya pada masa sekarang. It's not worth it bak kata orang Caucasian.
Tapi, apa yang aku cuba katakan di sini, bukan pasal kamera DSLR mahu pun Rejimen Askar Melayu Di Raja. Ini yang cuba diperkatakan, which is worth it.
Sumber: tidak dapat diingatkan semula. Maaf. (Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Dinihari tatkala matahari belum lagi sampai ke puncak nya yang menandakan waktu dimana para syaitan aktif berkeliaran, aku terasa urat ku menegang (jangan salah faham) kerana ketandusan upaya untuk melakukan apa-apa sepertimana yang diharapkan setiap hari (sebenarnya, aku kurang pasti macam mana aku mahu mulakan posting ini).
Korang tentu pernah lihat iklan di mana TM Streamyx dan P1W1MAX saling being directly sarcastic between each other (memang boleh bawak gaduh). Tapi ini dinamakan marketing options yang mewujudkan persaingan kental untuk syarikat masing-masing. Para pengguna lebih-lebih lagi orang Melayu kita memang suka perkara-perkara macam ni. Kontroversi, yang mana seboleh-bolehnya perlu dihindari. Tapi aku rasa agak bagus juga P1 buat macam ni, karena Streamyx berada di dalam situasi yang amat selasa di bawah TM (tidak ada sebarang persaingan, mereka antara pioneer broadband dalam Malaysia kot, mengapa perlu risau?) Satu lagi sebab ialah TM ni syarikat Melayu.
Apa sekali pun, aku suka iklan ni (aku Melayu kot, suka kan kontroversi)
double meaning kot? Ada unsur-unsur pakcik-pakcik 3 jalur.
Tapi sebenarnya situasi ini sudah pun berlaku di luar pelusuk negara kita. Seperti di Amerika Syarikat, Audi dah declare war dah lama dah dengan BMW. Memang cool gila. Lihat ini ya rakan-rakan.
Sumber dari: bmwblog.com (Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Ini juga aku suka (sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca, tidak salah bukan?)
(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas) Mula-mula BMW potong. Tapi kemudian-nya..
(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas) Audi potong semula. Laju-laju kereta mereka. Tapi, tidak semudah itu.
(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas) Senang-senang sahaja Subaru tapau mereka berdua. Ini yang aku cuba kata kan marketing options and opportunities yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain. Agak kurang adab bukan?
Anda tahu apa-apa tentang industri pengiklanan di Malaysia? Tahu kah anda bahawa sekira nya proses komunikasi banyak hala ini, dapat disampaikan dengan berkesan, sangat besar manfaat nya kepada para pelabur besar yang sanggup membayar berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapatkan kembali pulangan yang lumayan daripada consumer mereka.
Tapi, korang tahu atau tidak bahawa untuk menaikkan sebuah billboard di Malaysia memerlukan kos yang amat tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang disayangi, Indonesia? (Duhh..) Untuk menaikkan sebuah billboard, kita memerlukan sebidang tanah (depends on berapa besar papan tanda yang nak naik tu) yang memerlukan syarikat pengiklanan memiliki geran tanah tersebut daripada pejabat tanah, yang memerlukan mereka membayar cukai tanah, serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran untuk menaikkan sesebuah iklan? Itu belum diambil kira berdasarkan harga sebidang tanah lagi. Harga tanah yang berhampiran dengan jalanraya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga tanah di sebelah hutan (Hendak pula orang letak iklan dalam hutan kan?) Itu baru diambil kira dengan jalan persekutuan, belum lagi dibandingkan dengan jalan lebuhraya (benar bukan?)
Tetapi, jika dibandingkan dengan Indonesia yang disayangi, billboard mereka bersepah di merata-rata tempat. Selagi ada ruang di celah-celah bangunan yang sedia ada, selagi itu akan diselitkan iklan. Mengapa? Karena di sana, persaingan perniagaan amat lah tinggi. Sebab, mereka perlukan wang untuk membangunkan ekonomi negara mereka (sebab tu lah, berlambak orang mereka yang sedut duit kat negara kita) Sebenarnya di sana, peluang pengiklanan amatlah tinggi kerana pengeluaran kos untuk membuat sesebuah iklan adalah amat rendah. Kerajaan mereka tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tentang pemilikan tanah di sesuatu tempat (ini apa yang orang mereka cerita kat aku semasa berkursus persenjataan tentera di sana) Tanah kerajaan mereka tidak banyak di sana dan rakyat lebih berkuasa dalam hal-hal pemilikan. Sebab itu wujud nya yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin (Capitalism) Dengan ada-nya perkara seperti ini, maka wujud lah keadaan seperti di bawah:
(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas) Ini baru sikit. Oh, satu lagi sebab kenapa, kerajaan mereka loan duit dari bank dunia banyak sangat sampai susah nak bayar. Sebab itu lah barang mereka murah-murah.
Well then, aku mahu pergi push-up sebentar untuk mengekalkan bentuk badan ideal aku. Kalau ada yang salah silap di atas, harap diperbetulkan. With Love.