Rabu, Mac 18

widuri.


aku sedang berehat di depan tv apabila aku menukar saluran tv ke ntv7. dan aku sedang menonton the count of monte cristo versi telenovela latin.

dan aku amat teruja. biasanya telenovela latin memaparkan kisah keluarga kaya dan keluarga miskin, kisah cinta lelaki berbadan petak dan wanita bertetek besar, gangster yang mencukur kening dan keluarga bahagia yang akhirnya bergaduh kerana anak lelaki bongsu menghisap rokok. maka apabila aku melihat "monte cristo" tersebut, aku mula berpendapat telenovela latin sudah mengalami evolusi.

dan aku pun menonton dengan khusyuk. aku tidak sabar untuk menjadi saksi kepada sesebuah evolusi. adrenalin dalam badan menggelegak. peluh dingin mulai mengalir dari dahi.

tanpa aku sedar, mulut aku sudah berbuih pada 5 minit pertama aku menonton telenovela tersebut.

Tiada ulasan: