Jumaat, Februari 6

perak.


di zaman ekonomi tak berapa nak blah ni, silalah rendahkan ego dan kurangkan tunjuk power di khalayak ramai. terutamanya melayu.

bila anda semua merusuh, kedai akan tutup. maka satu kerugian untuk pekedai. dan bila kedai tutup, barangan keperluan tidak dapat di beli. maka, keperluan melebihi kuantiti barangan. dan terjadinya inflasi. barangan runcit akan naik harga. siapa rugi? ya. anda.

dan bila anda merusuh, apa lagi akan terjadi? pelabur asing akan takut untuk melabur di negara kita. dan memandangkan ekonomi yang sangat meruncing, alasan rusuhan dan keganasan amat sesuai digunakan oleh pelabur-pelabur asing yang sudah sedia ada ni malaysia untuk tarik diri dari melabur di malaysia. siapa rugi? ya. anda.

dan bila ini semua terjadi, apa akan terjadi pada negara malaysia? bilangan pekerja yang dibuang semakin tinggi. kerajaan sedia ada akan dipersalahkan walaupun sebenarnya yang mewujudkan masalah ini ialah mereka sendiri. dan memandangkan pergaduhan di perak melibatkan dua parti politik yang pada asasnya melayu, persefahaman di dalam kalangan melayu itu sendiri sudah kurang. dan semua kerana kuasa. dan kaum lain menunggu peluang untuk bangsa yang satu ini betul-betul parah.

kesan jangka panjang? jangan terkejut jika kaum lain bakal memerintah malaysia. aku tiada masalah dengan itu. cuma akan rasa menyesal yang teramat sangat dengan perangai kaum sendiri. berfikirlah dengan waras.

cheerio.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni yang pertama.

aku hidup dalam dunia yang penuh dgn muslihat. aku terpk dgn masa dpn aku. apa akn jd dewasa nanti? dimana aku perlu pergi mencari rezeki di dunia penuh korupsi dan by standard ini? adakah rezeki yang ku beri pada keluarga ku adalah sesuatu yang halal nanti?

kerja kerajaan memangla hidupnya gerenti, tp gerenti ke ko nanti ko corruption free? atau ko hidup penuh dgn penyesalan? private? ekonomi memang menggelikan hati..

mgkn kita rasa kita masih muda lagi, masih perlu hiburan lagi tp apakah kt pk hari kt dikemudian hari? di malaysia ini, jika ko tidak ber'kawan' dengan orang yang berkuasa, ko tiada apa sebenarnya. hanya manusia jalanan yang orang jelingkan. ni kah yang kita cr? tentunya tidak..tp adakah kita akn menjilat balik ludah yang kita semburkan dari mulut kita? mgkn kerana tiada tiada apa yang pasti didunia kini.

aku ni tiada apa2 yang perlu dibanggakan atau dimegahkan, tp aku perlu teruskan hidup utk mencari rezeki yang halal kelak ini...

bok,fit, betul tak? atau sebaliknya?

Bok berkata...

beginilah.

aku nak kau pergi cari satu negara di dunia ni yang tiada korupsi.

kau rasa ada? arab saudi, mungkin. tapi benarkah?

dan jujurnya, aku tidak menyokong kedua-dua parti. aku benci kedua-duanya. maka sebenarnya aku tidak berpihak di mana-mana pihak.

dan sebenarnya jika difikirkan balik adakah semua mereka yang berserban dan sering berpenampilan warak itu semuanya alim?

bapak aku seorang kontraktor dan developer. dan bapak aku memerlukan tender. sebelum ini, pkns diterajui oleh orang dari bn. mereka kuat meminta rasuah. kemudian selangor jatuh ke tangan pkr. bapak aku pada awalnya lega. mungkin mereka "bersih". namun, mereka juga sama. tetap meminta rasuah.

bapak aku juga pernah berurusan dengan seseorang bergelar haji. beliau menurut cerita bapak aku kelihatan sangat alim dan serban tidak pernah lekang di kepala. beliau juga meminta rasuah yang agak ridiculous. perlukan set golf dan duit untuk renovate rumah.

n to think that pkr and pas led by the person who kept on saying "politik bn kotor dan penuh korupsi!"? beginilah. semua orang perlukan duit. dan semua orang mempunyai nafsu. nafsu tamak.

kita manusia. bukan malaikat.

Si Orang Biasa berkata...

setuju...

Tanpa Nama berkata...

bila dipk kan balik, kita ni serupa seperti monyet yang sedang lapar menatangkan pisang dari pelancong2 asing di zoo. mereka bergelak ketawa tp kita meronta2.actually, memang seperti yang digambarkan.

aku pun setuju dengan ko bok.sebab tu aku menulis ukiran pikiran ku di blog ni. untuk melepaskan apa di hati aku. takde siapa lagi boleh dipercayai lagi. hanya org yang beragenda yang menguasai dunia ini.

seperti yang ku katakan di ulasan ku di atas td, korupsi di mana2. kasihan bapak ko. mencari rezeki yang halal, haram juga di temuinya.semuanya bergantung pada diri kt sendiri..menanyakan hati dan iman ini, adakah kita ingin menjadi seperti bapak ko? mencari rezeki yang halal. atau menjadi seperti org pkns yang haram itu?

adakah kita rasa diri kita ingin menjadi tumpuan utama sekelip mata? atau menjadi tumpuan atas usaha kita sendiri?

aku sedih kerana korupsi paling teruk adalah dtgnya dari negara islam yang paling ramai orang islamnya.

yahudi dan kristian berketawa kerana melihat orang islam mencari neraka mereka sendiri. ulama di ketepikan, kerana yoga tidak menampakkan sembahannya. melayu paling marah yoga diharamkan.

apa nak jd? tepuk dada tanya iman dan logik sendiri.

akhir kata, bok,sudah lama ko tak mengajak aku lepak. aku dirumah, uia dekat, tp senyap je kan...

Bok berkata...

hmm. hmm. rashid2. ko yang reti nak msg aku ajak lepak. cis ko haha

Fit berkata...

apa yg aku tau laa..

korupsi pasti akan terjadi dan berlaku ke atas anda..bergantung pada diri sendiri samada ingin menghindar atau terjebak ke dalam dunia rasuah..

di dalam dunia ini pasti akan berlaku rasuah yg org melayu kita gelarkan sebagai imbuhan...tak kira imbuhan kecil atau besar pasti akan ada satu pihak meminta 'imbuhan' dan satu pihak yg terpaksa memberi 'imbuhan' kerana inginkan sesuatu projek...u know what i mean right...

yg paling sedih nya org melayu yg paling ramai terjebak dalam gejala ini..

dan bagi aku, pada zaman sekarang ini, jika kau ada sebuah syarikat, syarikat kau tidak akan maju dan susah untuk 'hidup' jika kau tak memberi rasuah...

pandai2 laa kau pikir sendiri..