Sabtu, Disember 12

siri bercakap dengan jin: jin mamak

Kembali lagi dalam siri bercakap dengan jin. Untuk kali ini, dalam versi aku pula. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Sebab itu-lah kita tidak boleh berkompromi dengan kaum-kaum yang sewaktu dengan nya. Kali ini, giliran aku pula untuk berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman salah seorang rakan ku yang dialami beliau beberapa hari yang lalu.

Si Azman (bukan nama sebenar, benar, bukan nama sebenar ya), seorang remaja yang suka menjalan-kan aktiviti memburu hantu (salah satu aktiviti urban pada masa kini). Bezanya, aktiviti ini mengalahkan seorang pawang mahupun bomoh kerana ia-nya lebih moden, dengan penggunaan kamera berteknologi night-mode yang lebih advance, jika dibandingkan dengan asap menusuk hidung berkepul-kepul di udara.

Walaubagaimana pun, si Azman tidak begitu sebenarnya. Si Azman hanya banyak menghabiskan masa si Azman dihadapan komputer membunuh jin-jin serta syaitan merasuk manusia dalam left4dead. Setelah selesai berjihad, si Azman seperti biasa akan terus ke kedai berhampiran untuk meneguk secawan teh. Aktiviti membuang masa seterusnya dijalankan dengan berborak-borak kosong serta gelak ketawa bersama rakan-rakan (nama pun urban).

Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam. Setelah lama berborak, air yang diteguk habis jua. "Ane! Ane! Ais kosong satu eh", minta si Azman. Mamak pun menyahut sambil mengangguk-angguk setelah datang ke meja selepas dipanggil, "Okay boss!". Kemudian si Azman meneruskan lagi perbualan bersama-sama rakan-rakan si Azman.

Sedar tak sedar, 30 minit berlalu, kemudian rakan-rakan si Azman ingin pulang ke sarang masing-masing setelah azan Subuh pun hampir berkumandang.

Si Azman berasa janggal, kerna si Azman merasakan, dia terlupa tentang sesuatu perkara. Seperti proses sinap tidak dapat dijalankan ketika itu. Seperti ada satu kekurangan tentang diri si Azman.

Tiba-tiba, ketika ingin mengangkat kaki untuk keluar dari kedai tersebut, si Azman ternampak mamak yang amat familiar di mata si Azman, sedang duduk bersembang sakan bersama-sama dengan pekerja mamak yang lain. Mamak tersebut seperti buat-buat tidak kenal dengan si Azman. Sedangkan, hampir setiap malam si Azman di situ. Misteri.

Mengapa ya? Mengapa mamak tersebut buat-buat tidak kenal bila berhadapan dengan si Azman? Kenapa mamak itu amat familiar di mata si Azman? Mengapa mamak itu seperti tidak ada kerja? Mengapa sampai 30minit si Azman dan rakan-rakan di situ? Seram bukan jika begitu? Misteri bukan? Adakah ini kerja jin atau syaitan?














Di manakah ais kosong si Azman? Bertemu lagi kita dalam siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Tiada ulasan: