Isnin, Disember 21

Microsoft XP_Mission Impossible



Bermulanya misi ini pada beberapa hari yg lalu..

Kelas bermula pada pukul 10pg. Aku ke kelas seperti biase. Terus aku duduk dipenjuru belakang sekali. Tepat jam 10.05pg, lecturer (bangladeshi) pun masuk ke kelas. Disebelahku duduknya seorang foreigner dari Burma (kerana segan negaranya dipanggil myanmar) yg mukanya seperti org melayu (bukan racist). Maka bermulanya kelas kami.

Pembelajaran di kelas itu sgt memayatkan pelajar. Lecturer yg mempunyai slow voice, flat tone, mata yg sgt sepet atau memang taknak bukak mata dan paling terutamanya mulutnya yg hanya dibuka pada ukuran 1mm sahaja. Hanya barisan pertama sahaja yg dgr. Yg belakang2, nmpk lecturer tersebut seperti patung yg hanya berdiri di satu tmpat shj. jam 10.06pg, hampir 99% pelajar sudah tido.

Melihatkan perkara tersebut berlaku, pelajar disebelah aku memulakan misi mustahilnya. Dalam fikirannya, beliau ingin bermain internet menggunakan laptop kecil beliau. Tp, terkejut melihatkan bahawa dia lupa memasangkan bateri dilaptopnya. Hanya ada satu cara sahaja yg dapat mengatasi masalah ini iaitu memasang charger terus dari laptopnya. Beliau mencari power point untuk mencucuk charger beliau dan menjumpaiinya dibarisan kedua dihadapannya. Selama 10minit die berfikir cara hendak ke power point itu tanpa disedari oleh semua org (hanya aku sahaja yg sedar). Beliau menjumpai idea dan memberitahu aku yg misi beliau adalah menyelinap dibawah meja secara senyap ketika lecturer memandang kearah lain.

Secara fokus beliau melihat lecturer itu dan menunggu tepat pada masanya. 10minit kemudian, beliau mendapat kesempatan tersebut dan terus menyembunyi dibawah meja (walaupun besar badannya seperti Malik Noor ketika kurus).. Secara perlahan beliau menyelinap dan tercapai misi beliau apabila chargernya dapat dicucuk. Secara senyap dia kembali di mejanya.

Sambil memandang sinis tanda sgt lopek kepada aku, die terus membuka laptopnya. Ketika itu dikelas hanya terdengar bunyi cicak dibilik sebelah. Sangat sunyi dan sepi. Tiba2!! Keheningan kelas tersebut pecah dgn bunyi Opening Microsoft XP dari laptop beliau. Terus semua pelajar didalam kelas itu pandang ke arah beliau.. Dengan rasa malu, beliau memandang ke luar dan menutup perlahan2 semula laptop beliau. Dan aku pula?

Mestilah ketawa kuat2 sambil menuding jari pada beliau..PADAN MUKA!!

p/s - Selamat Tahun Baru pada semua yg beragama Islam dan Tahniah pada Datuk Bung Mokhtar Radin atas perkahwinan beliau dengan Zizie..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau memang jenis manusia yang tak sayang bahasa.