Jumaat, November 6

dota all stars.

hari itu, hari lahirnya yang ke 60. beliau mendengar pintunya di ketuk. dengan perlahan beliau membuka pintu. seorang jururawat, berusia lingkungan 30-an berada di depannya. memegang kek. dan bersama dengannya beberapa orang warga emas. masing-masing tersenyum. lalu, mereka beramai menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. beliau bernama talib.

talib memang terkenal dahulu. siapa yang tidak kenal talib? pada usia muda, talib ialah super hero di malaysia. dilahirkan bersama kembar, seekor anak harimau sindrom down, talib memang dari sejak lahir dianggap istimewa. malangnya kembarnya, seekor anak harimau sindrom down, mati pada usia 2 tahun. namun, setelah kematian kembarnya, talib ibarat mendapat kuasa luar biasa. pada usia 2 tahun, 2 hari selepas kematian kembarnya, talib sudah pandai berjalan, bercakap, dan membuat add math. dan pada usianya 3 tahun, kuasa sebenarnya keluar.

pada ketika itu, ibu talib membawanya ke pasar. ibu talib sedang sibuk membeli ikan jelawat apabila talib, yang baru merasai bebas berjalan di dunia luar, merayau keseorangan ke tengah jalan besar. sebuah lori balak sedang laju dengan pemandunya, seorang india, berada juga di atas jalan yang sama. pemandu itu terlewat menyedari yang ada seorang budak kecil juga berada di atas jalan yang sama. dan untuk menambahkan lagi cliche perlanggaran lori, brek lori itu tiba-tiba gagal berfungsi. untuk mempercepatkan cerita, lori itu melanggar talib.

lori itu hancur teruk. pemandunya mati di tempat kejadian. talib, cool seperti biasa. seperti tiada apa yang berlaku. dan pada hari itu, talib mula menjadi terkenal. sejak dari hari itu, ramai yang datang ke rumah talib, baik wartawan atau orang biasa, samada mahu menangkap gambar, menemu ramah, atau berubat tradisional. biasalah, orang melayu mana boleh nampak benda pelik-pelik. mesti nak mintak berubat. budak tu bukan pandai pun. letak air putih, talib baca abc sambil nyanyi lagu 4u2c pastu tiup pastu mula lah kata air tu mujarab.

sepanjang hidupnya, talib banyak membantu orang dalam kesusahan. panggil saja nama talib, beliau akan datang dengan segera. macam superman. orang ramai memang sayangkan talib. talib juga dianugerahkan pingat datuk oleh kerajaan pada usia muda kerana berjaya membantu malaysia mendapatkan pingat emas dalam olimpik dalam acara boling padang.

beliau berkahwin pada usia 28 tahun dengan seorang model dari amerika, bo derek. mereka dikurniakan 3 orang anak. namun panas tidak sampai ke petang, beliau bercerai ketika usia perkahwinan mereka 13 tahun. bekas isterinya meminta hak penjagaan anak-anak dan memandangkan pada ketika itu siapa yang pandai bercakap bahasa inggeris dipandang tinggi, maka bekas isterinya memenangi hak penjagaan itu.

talib amat kecewa. talib mulai menjadi panas baran dan suka menumbuk dinding rumah dan dinding pejabat. tidak menyedari kuasanya yang luar biasa itu, dinding pejabatnya pecah dan roboh, bosnya amat marah dan memberhentikannya kerja. sekali lagi, talib kecewa.

satu pagi yang hening, talib sedang membetulkan dinding rumahnya yang pecah ditumbuknya. tiba-tiba datang seekor harimau. bermuka sindrom down. berada di depannya.

"talib." harimau itu bersuara.

"hahh? kau boleh bercakap?" jawab talib dalam nada terkejut. "siapa kau?"

"aku lah kembar kau dahulu. sepatutnya aku hidup lama, tapi disebabkan aku sindrom down, aku mati awal." jawab harimau itu lagi. "dan hari ini, aku datang untuk menuntut hak aku."

"hak kau? hak ape?" jawab talib. kali ini suaranya tegas.

"kuasa yang kau ada. itu hak aku. dengan kuasa itu, aku tidak akan menjadi sindrom down lagi. aku akan menjadi harimau yang bebas dan riang. aku tidak perlu lagi dijadikan pameran apabila golongan dermawan datang ke tempat asuhan aku" jawab harimau itu.

talib memandang ketat.

"kau bukan dah mati ke? mase bile ko tinggal tempat asuhan?" tanya talib.

"jasad aku mati. tapi aku masih hidup. dan aku merasuk harimau lain. tapi disebabkan aku sindrom down, maka aku hanya boleh merasuk harimau sindrom down sahaja. dan hidup aku selama ini hanya merasuk sahaja sebab lifespan harimau sindrom down ni singkat." jelas harimau itu.

"oh. hmm. ahhh jangan harap kau boleh dapat kuasa aku ni. kuasa ni hak aku. bukan kau!" marah talib.

"kalau begitu, bersedialah. hiaaaggggrrrhhhh!!!!"

dan mereka berdua bergaduh. harimau itu menang. dan talib, kehilangan kuasanya. dan berada dalam keadaan koma.

10 tahun kemudiannya talib sedar dari komanya. beliau sudah berumur 50 tahun pada ketika itu. beliau berada di dalam hospital. beliau tiada sesiapa pada ketika itu. sebatang kara. setelah stabil, beliau ditempatkan di rumah orang-orang tua.

kini sudah 10 tahun talib berada di sini. hari ini ialah hari jadinya. dan ditemani kawan-kawan yang berusia emas sepertinya. masing-masing menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. dan sedih. sudah 10 tahun beliau menanggung perasaan yang sama.

talib menjenguk ke luar tingkap memandang permandangan dari luar katilnya. sambil mengira waktu-waktunya untuk pergi. tanpa meninggalkan nama.


5 ulasan:

makcikkantinsekolah berkata...

aishhh..meperek jek la..tp best la jugak...

Tanpa Nama berkata...

ngarut gile wey! ko reka sniri ke ape

Tanpa Nama berkata...

ada bakat.. teruskan menulis.. =)

Bok berkata...

mekaseh. mu kalah. mari membuat kenduri doa selamat.

The Dato' berkata...

pebende....