Rabu, November 11

siri bercakap dengan jin: jin lighter.

sesungguhnya di dunia ini, kita sebagai manusia hendaklah mempercayai, bahawa di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang tinggal. ada lagi makhluk yang lain. makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin lighter. ikuti ceritanya.

dua orang sahabat sedang bersembang apabila seorang darinya, A, , mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya lalu dikeluarkan sebatang. diraba seluarnya, mencari lighter tapi gagal dijumpai lalu si A meminta lighter dari B. lalu B mengeluarkan lighternya dan juga kotak rokoknya untuk menghisap rokok bersama A.

20 minit berlalu, lalu A meminta diri untuk pulang ke rumah. lalu B membawanya ke pintu dan A berlalu pergi. kemudian B mengeluarkan kotak rokok dari seluarnya untuk menghisap rokok. dan meraba poketnya untuk lighter.

hairan. lighternya sudah hilang.

pada masa yang sama, si A sedang dalam perjalanan ke rumahnya sambil menghisap rokok.

bagaimana si A secara tiba-tiba mempunyai lighter lalu berjaya menghisap rokok sedangkan ketika melepak bersama si B beliau tiada lighter?

misteri, bukan? adakah ini kerja makhluk halus?

jumpa lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

4 ulasan:

Larasati berkata...

sumpah saya tak amek lighter B. haha.

hani YUNANAH. berkata...

hurm,setahu ak makhluk halus lyn lighter zippo jer.
jnme cricket neh dia wat nk idopkan unggun api jer.

*teori basi*

Bok berkata...

kepada Larasati: ya saya tahu itu. anda jgnlah risau.

kepada hani YUNANAH: ni stok makhluk halus desperate. semua sapu. mancis pun layan. inikan pula dapur gas.

The Dato' berkata...

Sesungguhnya jin lighter kini telah tertambah bilanganya..dan ya...collectionnya sungguh byk,,,