Rabu, November 25

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Hari Raya Aidil Adha.

atau lebih sinonim dengan nama raya haji atau raya korban.

masa ni la semua umat islam yang berkemampuan akan menjalankan rukun islam yang ke lima dan masa ni la golongan2 makbapak akan sibuk nak buat korban atau aqiqah lembu, kambing, unta, kibas, dan ape2 je la.

tapi aku pelik cket r. nape orang kelantan ngan terengganu sambut raya ni kaw2 punye. dorang buat kenduri r, open house r, pendek kate macam sambut raya aidilfitri. tapi yang tuka langsir baru, tuka set pinggan mangkuk perancis, tuka sofa, tu tak sempat tanye pulak. tak kot. berapa kali pulak nak tuka perabot rumah korang tu. botak kepale bapak korang nak membayar.

tapi betul la wei. aku pon pelik gak. membe aku r yang tanye bende ni. die budak kelantan. die cakap kat tempat lain tak camtu. kat kelantan ngan terengganu je. apa? korang cakap sebab kelantan ngan terengganu tu orang pas? maaf, ini bukan blog politik. sila beredar.

kalo nak di ikutkan, raya aidiladha ni lagi penting dan besar makna nya dari raya aidilfitri. takbir raya aidilfitri tu sekejap je. dari maghrib malam raya sampai la semayang raya esok nye tu. takbir raya haji ni pulak 3 hari beb. lagipon kalo kite tgk kat arab tu, dorang sambut raya aidiladha ni lg meriah dari sambut raya aidilfitri. dorang sambut raya aidilfitri ni sehari je bai. kite je yang lebih2 sampai sebulan nak raya. siap ade lagu raya la, rancangan2 bersama artis di hari raya la, nak2 lagi trek selebriti tu. jelik pulak aku tengok. tapi, itu la rakyat malaysia.

kalo aidiladha, ape yang ade kat tv? ade dorang buat sambutan aidiladha bersama artis? besama ustaz ade la. artis kat malaysia ni tak sambut aidiladha ke? tak penah pulak ade rancangan artis sembelih lembu bersama pak imam, atau lagu raya aidiladha yang best2. abes kuat pon raihan, hijjaz, dan kumpulan2 nasyid punye lagu. band nasyid je ke yang sambut aidiladha?

kalo korang tgk pengumuman raya aidilfitri kat tv tu, semua muka happy gile siap terlompat2 masa main bunga api. tapi kalo tanye bile raya aidiladha, masing2 buat muka ketat. aku penah tanye kawan aku bile raya aidilfitri, sepantas mengorek hidung dia menjawab, " 21 september 2009 ". pastu aku tanye pulak tarikh raya aidiladha, dengan sepantas mengorek hidung juga dia menjawab, " kesah pulak aku ". mengapa begitu?

pastu pulak, kalo raya aidilfitri, sume orang sebok nak g raya umah kawan2, sedara-mara, cikgu sekolah ko, pakcik sebelah umah, dan juga melawat kubur. tapi, masa aidiladha, ramai yang duk lepak umah tgk tv dan tido. perlu di tekan kan di sini, aku kate ramai, bukan semua.

aku bukan nak jadi ustaz kat sini, tapi aku cuma luahkan pendapat aku je. korang pikir-pikir kan la. aku pon sama je dengan ape yang aku cite kat atas ni. apa bole buat, kite kan rakyat malaysia.

dan akhir kata, aku nak ucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA RAKYAT MALYSIA "

salam.