Selasa, Oktober 13

konserto terakhir pt4.

"macha! teh ais satu! indomee double satu telo mata. joe, ko tak makan?"

aku menggeleng kepala.

"siap!"

"hmmpf. bodoh mamak ni. aku baru je order kot. die blom buat lagi dah kate siap?" kata kob.

"kau ni ape cerita? tadi kau apahal?" sambung kob lagi.

"takde pape la bang."

"butoh la wei. orang gile je lepak atas jalan time hujan. kau apahal wei?"

"ntah la bang. ade masalah sikit la."

"awek?"

"lebih kurang la."

"apahal?"

"saya kene tinggal la bang. die blah camtu jek. saya tatau pun ape salah saya. tu yang saya jadi camtu tu."

"ha macha. teh ais sama indomee dabel." seorang mamak mencelah sambil menghantar makanan kob.

"sape macha? lu ar macha." sindir kob kepada mamak itu. mamak itu tunduk, akur dengan ketentuan tuhan. air mata mengalir tanpa sedar.

kob memakan makanannya dengan lahap. dengan cepat makanan beliau dihabiskan. amat mengagumkan. macam singa laut. lalu kob membakar rokok.

"hmm. kau umur berapa nih?" tanya kob.

"17 tahun."

"budak lagi. ape kau nak kesah sangat pasal pompuan ni. kau bukan takde muka. awek ni kan, kau butoh-butoh kan je."

"butoh-butoh kan?"

"ye. kau ni jangan la tegak sangat. butoh-butohkan tu maksudnye kau takyah nak peduli sangat."

"hmm. entah la bang. dia tu kira macam first love gak la. susah bang nak terima."

"kau ni kan. entah la. kau rilek boleh kan. kau ni aku rasa hensem dah ade dah. badan dah sedap."

suasana tiba-tiba sepi. terdengar bunyi angin sepoi-sepoi bahasa. cengkerik bersembang sesama sendiri.

"wei kau sial kan? kau pandang aku lain macam pastu kau ingat aku gay kan? hotak la wei. aku puji dengan ikhlas ni. nafsu aku tetap kepada pompuan wei." marah kob.

"ye bang ye. saya tak kata pape pun bang." balas aku.

"bagus. hah kereta aku camne? benda dah pecah dah ni. camne?"

"entah la bang. agak-agak berapa saya kena bayar bang?"

"cincai kire, rm500 la."

"kalau saya bayar sebulan rm100 boleh tak bang?"

"kau nak pakai duit ape nak bayar kereta aku?"

"duit makan saya la."

"duit makan kau? hmm. aku rasa dah macam makan duit anak yatim pun ade sekarang ni."

aku mendiamkan diri.

"kau boleh main instrument? gitar ke, drum ke, et cetera, et cetera..?" tanya kob lagi.

"saya boleh la main gitar sikit-sikit. dulu masa saya tinggal kat holland abang saya ada ajar sikit-sikit." aku menjawab.

"kau pernah tinggal kat holland ke? hot la setan." tanya kob lagi.

"takde la hot. sejuk gak la kat sane." aku menjawab.

kob memandang aku dengan muka serius.

"kau ni bangang gak la. takpe la abaikan. lagu ape kau boleh main?" tanya kob sambil menghembuskan asap rokok.

"entah la. nape bang?"

"aku nak kau bayar hutang aku. tapi aku kesian kat kau. so camni. aku ada band. tapi gitaris aku masuk lokap kantoi jual dam. so aku da buang da mamat tu dari band aku. so sekarang aku tengah cari orang nak ganti."

"dam?"

"dam tu ganja. dam haji tu atok kau main kat kedai kopi."

"owh ok. atok saya tak main dan haji. dia main chess." jawab aku.

"kau pernah makan nasik pakai straw?"

"boleh ke?"

"lagi sekali kau jawab bukan-bukan, aku ajar kau makan nasik pakai straw."

"owh. baiklah." jawab aku.

"so camne? kau masuk band aku. main gig, aku tolak hutang dari duit gig. sampai dah abes hutang pastu terpulang kat kau la kau nak main lagi ke tak ngan aku. tapi lepas hutang dah abes duit gig tu kau bole amek la."

"hmm. ok la gak tu. tapi abang main muzik camne?"

"dangdut. hotak kau la. kau pernah dengar explosions in the sky? mogwai? sigur ros?"

"pernah. dorg tu bukan main post rock ke?"

"pandai. hah lagu camtu la aku main. amacam? nak in ke tanak in?"

"hmm. boleh je la. abang tanak try dulu ke takut saya tak layak ke nak masuk band abang?"

"takde masenya aku nak try. kau tak reti pon kau kena bagi reti sebab sekarang kau berhutang ngan aku. esok kita jamming. aku bawak budak aku. sabtu ni ade gig kat cm."

aku mengangguk tanda setuju.

"dah jom balik. rumah kau kat mana?"

"dekat dengan tempat abang langgar saya tu la."

"aku langgar kau? cantek sket wei. kau yang langgar aku. dah jom aku hantar kau. ingat esok jamm. make sure kau dtg."

"dekat mane?"

"jamming studio dekat ngan ampang point tu. nanti kau da sampai ko roger la aku. nah kad aku."

"agen insuran?" tanya aku.

"sebab tu aku suka bersembang." jawab kob.

sinis.

aku mengangguk tanda setuju. dan kami pun berlalu pergi.

bersambung..

5 ulasan:

Il@ni3 berkata...

aha..mkn mcm singa laut kn encik bermo..cantekkk~!

pije berkata...

lagi bok.
lagi bok.
kem slm kat akob eh.hahaha

chipsmore berkata...

aisehhh..bersambung plakkk

Aman berkata...

haha..lawak2...
tgh tunggu smbungan lg ni...
Cepat!!

Bok berkata...

kepada ilani: bukan ke?

kepada pije: die jawab waalaikumussalam.

kepada chipsmore: chipsmore ek?

kepada Aman: ngaum.