Jumaat, Oktober 23

konserto terakhir pt5.

deruan angin mendayu-dayu.
membawa parasaan jauh ke langit berawan.
resah menanti kesudahan.
kesudahan yang jelas bermain di wayang kehidupan.

"Oh... angin malam bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Karna kenangan"

"freddie mercury!" aku menjerit.

aku terjaga dari tidur. jam sudah menunjukkan pukul 11. aku baru teringat. aku janji dengan kob pukul 11.30 depan jamming studio. aku memandang pintu bilik air. malas. malas melampau.

aku datang dari keluarga yang agak kucar kacir. tapi satu saja pesanan ibu bapa aku yang paling aku ikut; jangan malas mandi. motif? banyak mandi membuatkan minda cerdas. dan juga menggosok gigi. pernah satu kali abang aku, john leguizamo, malas mandi kerana kelam kabut mahu ke kuliah. bapak aku terajang. patah kaki. tempang. sekarang menjadi tukang kasut. ironi. dan itu salah satu sebab mengapa sampai sekarang aku ikut pesanan yang itu.

aku memasang cd lagu untuk menemani aku mandi. lagu pertama "This is a call" dari Foo Fighters. aku membuka paip air. dan meneruskan mandian. mandian. mandian. ada ke perkataan mandian? mandrem?

aku membuka paip di singki. meletakkan ubat gigi di berus. menggosok gigi.

"hmm. bridget."

fikiran ku merawang jauh.

"Sweet dreams are made of these
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something
Some of them want to use you
Some of them wanna get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused"

eurythmics. versi marilyn manson. aku lagi minat versi marilyn manson. kau dapat rasa perasaan marah. macam faizal tahir nyanyi bukak baju. aku tahu dia tengah marah. lalu dia bukak baju. lepas tu dia kena marah. fair enough. lagi-lagi bila aku fikirkan tentang bridget.

"fuck. fucking A bitch."

aku mengenakan tshirt dan jeans. tshirt hitam coca cola. orang bagi. dan berjalan kaki ke jamming studio. tidak jauh. 5 minit berjalan kaki. sempat aku membeli roti sardin dan fresh orange. aku perlukan vitamin c. kalau aku bangun tidur, aku akan selesema. kawan aku cakap kalau aku selesema, banyakkan minum fresh orange. vitamin c baik untuk selesema.

jam sudah menunjukkan pukul 11.35. lewat 5 minit. aku lihat kob sudah berada di depan pintu studio. bermuka ketat. aku rasa beliau bukan sengaja bermuka ketat. mukanya memang dicipta begitu. dulu semasa aku menetap di The Hague, aku ada seorang kawan. aechte gerrit namanya. seorang perempuan yang agak cun semasa di sekolah aku dulu. mempunyai pakej sebagai seorang model. tapi terkenal dengan muka ketat. dan sombong.

kali terakhir aku dengar pasal dia, dia sekarang sudah menjadi pelacur di sana. abang aku yang cakap. pelacur cun bermuka ketat. hmm. rugi. macam budak-budak kelas aku di sini. ramai yang cantik. tapi jadi call girl. aku dengar je orang cakap.

"woi setan! sini! sini!"

kob berteriak ke arah aku. aku mempercepatkan langkah.

"sorry bang. terbangun lambat tadi."

"ngok! dah cepat naik. bebudak tu dah tunggu kau dah kat atas."

di atas aku diperkenalkan dengan kawan-kawan kob.

tomi, pemain drum. rambut panjang paras bahu mengerbang. aku terbayangkan cedric bixler dari mars volta bila aku terpandang dia. hmm. ada la lebih kurang. hisap rokok winston merah. sembang pun macam cool. ok la kot.

juan, pemain lead guitar. yang ni smart la sikit. nampak macam farid kamil. tapi farid kamil waktu tengah berak la. hisap dunhill. kaya2. macam kob, muka ketat boleh tahan.

kob. yang ni aku dah kenal. dia main bass rupanya. stereotype sungguh. apsal orang kalau badan besar mesti main bass atau drum?

joyce, pemain keyboard. seorang amoi tinggi lampai. pakai wayfarer tukar cermin putih. sembang orang putih berhabuk. tapi cool.

so nampaknya aku akan main second guitar. ok la tu. aku pun bukan pandai main sangat pun. takat chords biasa boleh la.

eh jap. ada seorang lagi awek. dressup macam budak-budak indie. tapi tak melampau.

"joe, ni shoshanna. vocalist kita" kata kob.

"vocalist? bukan abang cakap hari tu main post rock ke?" tanya aku.

"aku saja je cakap. post rock ni bosan. takde nyanyi. biasanya suara buruk takde vocalist sebab tu main post rock." jawab kob.

"poyo gile." pintas juan. kob memandang ketat.

"mew ada vocalist." pintas aku.

"mew? dorang lain. dorang bukan pure post rock. ah senyap la ko" marah kob.

"urm ok. so main lagu ape ni?" tanya aku.

"kali ni for real la. kau tau yeah yeah yeahs?"

"tau. ok la lagu dia. boleh la sikit-sikit,"

"bagus. hari ni kitorang nak test kau. kita main 3 lagu je. maps, cheated hearts ngan date with the night. kau boleh bawak tak?" tanya kob.

"rasanya boleh kot. kalau takleh guide la sikit-sikit." jawab aku.

"ok. jom start. wei, start maps dulu. senang sket." kata kob kepada semua.

tomi mengetuk stick drumnya 3 kali.

dan studio itu bergema dengan permainan muzik dari golongan amatur.

2 ulasan:

teRi berkata...

hambar.. haha.

Bok berkata...

tu la. blog aku kan tak femes. tak byk gossip dan tak guna gua lu gua lu. mane bole berjaya kat malaysia.