Ahad, April 26

rokok penyebab penyakit gangren.


tadi, aku bersama encik syukor, encik sopi, encik lee chiko dan tunangnya, cik nana pergi makan malam di restoran vichudda di puchong.(ko ingat vichudda ade kat uptown damansara je ke? lopek la sial korang.)

kami menonton perlawanan bolasepak antara manchester united dan tottenham hotspur.

ya. manchester pukimak. macam sial belasah sampai 5. tamak. sombong dan sumbing.

kami sedang mencarut terhadap manchester united apabila secara tiba-tiba kedengaran bunyi yang sungguh syahdu.

bunyi motosikal bersepah di jalanraya. penunggangnya, seorang lelaki india, terpelanting dan terlanggar pokok. masih hidup tapi kaki disyaki patah.

***
awal bulan ini, aku dan budak rumah aku di cyberjaya keluar menonton wayang. the fast and the furious 4. cerita bajet best rosakkan kereta. setelah mengalami krisis dalaman dengan bangsa berlainan jantina, aku mendapati menonton filem yang menampilkan keganasan dan kehancuran adalah amat menenangkan. maka aku amat khusyuk menonton filem tersebut.

dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bersembang tentang filem itu. secara tiba-tiba kelihatan seorang lelaki sedang berterbangan di udara dengan riang.

seorang penunggang motosikal dilanggar dari depan oleh kereta vios. helmet bersepah. kami berhenti dan melihat keadaan lelaki itu.

kepala koyak. tapi masih hidup. keadaan agak blur.

***

3 tahun lepas, aku bersama encik syukor dan encik yunus melepak di restoran a malik, di danau kota. sudah lewat pagi, lalu kami mahu pulang. aku menghidupkan enjin kereta dan pulang bersama-sama mereka.

dalam perjalanan pulang, secara tiba-tiba kelihatan ramai manusia di atas jalan. kerana merasakan ada gig di tengah jalan, maka kami bertiga pergi mengusha keadaan.

seorang lelaki, terbaring di bahu jalan, helmet bersepah. kepala pecah. otak terabur. motosikal beliau leper. beliau mati di tempat kejadian.

***

4 tahun lepas, aku melepak sementara menunggu solat jumaat bersama-sama kawan-kawan bekas sekolah menengah aku. masing-masing lama tidak ketemu kerana semua sudah masuk universiti. jimi, seorang budak kelas aku, kelihatan senyap. biasanya beliau agak kecoh.

pada malamnya aku mendapat satu panggilan telefon.

cik asilah:"wei bok, jimi accident. sekarang kat icu hbkl. pergilah tengok dia."

menurut cerita, jimi sedang membawa motosikal apabila seorang rempit budak hingusan takde lesen keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan. dan beliau tercampak dan landing kepala dulu.

beliau meninggal dunia, 4 hari selepas kemalangan tersebut.






al-fatihah kepada allahyarham mohd faiz fahmi bin tambi.

6 ulasan:

Pije. berkata...

woooho.
bk kali nya tgk eksiden?
creepy la weh.
al fatihah untuk mohd faiz.

ShelaBlurbSs berkata...

alfatihah untuk sahabat mung.

Lolita berkata...

Al-Fatihah.. g vichudda x ajak! xpe.. nasib baik 5-0..

Lolita berkata...

ok salah 5-2 hehe

Bok berkata...

kepada pije: tu la. sampai da bosan tgk.

kepada ShelaBlurbSs : ya. alfatihah kepada beliau.

kepada Lolita: nasib baik je tu. kalau tak kalah dah m.u tu. hoho.

.kakijalan. berkata...

ko kena cucikan mata ni.
mata ko mungkin masuk habuk.
selalu sangat tengok xcident.