Khamis, April 23

kurang oksigen ke otak.


ada seekor monyet liar. namanya donkey. dia seekor monyet yang miskin dalam kelompok kawanan monyet di sebuah perkampungan monyet. dia selalu di buli oleh teman-teman seperjuangan monyetnya. dia sangat sedih dan malu dengan dirinya.

bapanya, seekor monyet yang selalu kalah judi. dalam pertandingan meneka pisang paling manis, bapanya selalu kalah dan terpaksa membayar pisang kepada bapa monyet yang lain. dan itu salah satu punca kemiskinan mereka.

ibunya. seekor suri rumah monyet yang rajin dan patuh pada suami. namun, bapanya selalu memukul ibunya apabila kalah pertandingan meneka pisang paling manis.

donkey sering murung dengan hidupnya dan perangai bapanya.

donkey perlu bertindak.

lalu dia meminta diri untuk mengubah nasibnya di bandar dari ibu bapa monyetnya. dan di bandar monyet, tiada seekor monyet mengetahui dan mengenali dirinya. donkey gembira.

lalu donkey berjaya mendapat kerja sebagai seorang kerani di syarikat pembinaan pokok di bandar. sepanjang tempoh bekerja, donkey seekor yang rajin.

lalu, pada suatu hari, seorang pekerja baru masuk ke tempat kerjanya. namanya shelly, seekor monyet betina yang menggiurkan dan cantik. dan libido donkey meningkat. donkey mahu berkenalan dengan shelly. dan beliau mengatur langkah.

dan nasib donkey baik. shelly juga suka padanya.

dan adalah ditakdirkan bahawa shelly ialah anak bos kepada syarikat tempat kerjanya. dan mereka ingin berkahwin.

setelah berkahwin, ayah mertua donkey menaikkan pangkat kepada pengarah syarikat dan syer syarikat sebanyak 20%. donkey sangat gembira. dan atas kenaikan pangkat itu, shelly, bini donkey ingin meraikannya di sebuah kelab malam ekslusif di bandar monyet.

dan pada hari itu, donkey mendapat apa yang diinginkan. kehidupan yang disegani dan bergelak ketawa berfikir tentang wang.

10 tahun kemudiannya, ibu donkey meninggal dunia.

5 tahun kemudiannya, bapa donkey meninggal dunia.

donkey kini seekor bos kepada syarikatnya dulu. dan donkey, sudah 20 tahun berada di bandar. dan selama itu, beliau bercita-cita ingin mengubah nasibnya. dan selama itu, beliau tidak pernah jejakkan kaki ke kampung halaman.

dia berjaya mengubah nasibnya. dia berjaya melupakan penderitaan lalunya.

dan beliau berjaya melupakan asal usulnya.

4 ulasan:

ShelaBlurbSs berkata...

touching seyh.!

pije berkata...

wah.
good one!

bagai donkey lupakan monkeys.

Bok berkata...

kepada ShelaBlurbSs: aww.

kepada pije: bagai aur dan tebing.

pali berkata...

ironi..muke aku macam tahan berak..