Selasa, April 28

gua pon mau cari makan maa




semalam aku lepak di kedai mamak area tempat tinggal aku bersama membe aku yg dah lama tak dengar khabar berita...sedang syok berborak gaya rapping ammar, tiba2 datang seorang penjual dvd pirate berbangsa cina ingin mempromosikan dvd movie terbaru yang sedang hangat di pasaran...sambil membuat muka kesian dengan harapan aku ingin membeli dvd tu, beliau berkata "bos, dvd baru keluar wayang maa...mau beli kaa?" lalu aku membuat muka pengemis tiada duit dengan menjawab "takpe laa bos. semua wayang saya suda tengok." walaupon pada hakikat nya aku jarang tengok wayang sebab aku mempunyai kawan yang tak nak ajak aku kalo mereka g tgk wayang...lalu penjual dvd itu pon blah dari situ kerana memahami aku memang tiada duit...

tahun lepas aku makan tengah hari di satu kedai melayu di bawah ofis bapak aku...makanan nya sgt mahal kalo nak di kira dari segi harga pasaran...tapi aku makan jugak kat situ sebab kat area situ kedai tu je kedai melayu...mungkin pemilik kedai tu nak ambil peluang ini untuk menjadi kaya dengan cara pantas...sedang aku makan secara lahap, tiba2 seorang penjual minyak wangi berbangsa melayu berumur sekitar baru lepas spm datang menyapa aku yang tengah bermulut comot...

"bang, nak beli minyak wangi tak? minyak wangi ni ori dari france baru kuar kat market. sekarang tgh offer murah punye. sebotol 100ml rm20." sambil mengelap mulut dengan tisu aku berkata "eh, tak kan laa murah sangat. biasa saya beli perfume harga rm100 lebih punye. botol 100ml pulak tuh. nak2 benda ni dari france." kata ku dengan nada membidas sebab aku memang bengang kalo tengah makan orang kaco macam ni..."biasalah bang. dah nama pon tgh offer. tak kan la nak jual mahal pulak kott." kata mamat penjual tu dengan nada tak puas hati...dengan niat tak mau panjang kan hal ni, aku pon berkata "takpe laa bang. terima kasih yee." tapi mamat penjual tu tak mahu berganjak dari situ dan dengan nada yang amat kerek bagai mintak kaki di muka, beliau berkata "alaa bang. pakai smart2 ni tak kan tak nak beli pulak. tak kan rm20 pon takde." lalu beliau pon blah dari situ meninggal kan aku yang sedang menahan kemarahan.

ya, beliau gagal untuk menjual perfume itu pada aku tapi beliau telah berjaya membuat kan aku membenci semua penjual2 jenis direct selling yang berbangsa melayu...

2 ulasan:

.kakijalan. berkata...

aku nak ofer ko berus gigi lah.
mesti beli!
hahak.

Fit berkata...

kepada kakijalan : kalo ade pakej skali dengan ubat gigi aku nak beli..tapi ko kena jadi orang cina dulu r..hahaha