Rabu, April 1

certain shade of green.


orang malaysia sebilangan besarnya suka tengok bola. dan aku tak maksudkan melihat sebuah(?) bola dari pelbagai sudut. aku maksudkan perlawanan bola. dan yang paling popular sekali ialah epl ataupun english premier league.

dan cubalah bertanya kepada peminat bolasepak di malaysia. tanyalah apakah team bola yang paling mereka minati.

jawapan yang paling banyak aku dengar ialah manchester united, chelsea, arsenal dan liverpool.

aku ada seorang kawan. beliau ialah hidup mati chelsea. beliau dilahirkan sambil memakai jersi team chelsea. dan beliau menyukai gianfranco zola.

dan aku juga ada seorang kawan. beliau mengaku beliau peminat setia chelsea. atas dorongan seorang senior idola beliau yang juga peminat chelsea, maka beliau memilih chelsea sebagai team hidup mati. semua pemain chelsea beliau kenal. dan beliau mula menonton perlawanan bolasepak pada tahun 2004, di mana ketika itu chelsea sedang popular dan kaya kerana roman abramovich, jutawan minyak russia, yang tidak tahu pasal bola membeli team chelsea kerana anak perempuannya yang masih di tadika menyukai team chelsea. dan beliau tidak mengenali gianfranco zola.

aku? aku sokong fulham f.c. dan aku tidak kenal seorang pun pemain fulham. bukan masuk exam pun.

3 ulasan:

.kakijalan. berkata...

membe aku pon suka sangat dengan chelsea. kalau menang habis team lain kena kutuk. kalau kalah mula lah senyap je buat muka sedih.

pali berkata...

nasib baik kau tak kutuk team lain..fan chelsea dalam hati ada taman..

Bok berkata...

kepada .kakijalan.: aku ada gak sorg member sokong chelsea. kalu kalah je terus bunuh diri.

kepada pali: eheh.eheheheh. eheheheheheh.