Khamis, April 30

proses osmosis songsang.


aku berhadapan dengan situasi yang paling mengemukimakkan. esok, 1 may 2009, ialah cuti hari pekerja. kebanyakan anda yang bekerja pasti menantikan esok kerana cuti ini bersambung dengan cuti sabtu dan ahad. so boleh enjoy dan clubbing lebih sket. dan kepada pelajar, gerenti anda pun mendapat cuti, tempias dari cuti hari pekerja ini.

tapi tidak bagi aku. tidak sama sekali.

aku ada test esok. caaannntekkkkkkkkkk!!! faaaakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

long chan trading co.


kadang-kadang dalam hidup, kau takkan sedar apa yang kau pernah miliki sampailah benda itu hilang.

dan kau akan mula menyesal. dan kau akan mula berikrar untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

kau yakin kau seorang yang tabah, tapi sebenarnya kau seorang yang lemah.

sedarlah. ini semua ditakdirkan untuk menjadi drama hidup yang lebih menarik. dan kau sebagai watak utama, kau patut main peranan. dan peranan kita ialah menjalani hidup yang lebih baik.

belajarlah dari kesilapan.

"The sooner you make your first five thousand mistakes the sooner you will be able to correct them."
-Kimon Nicolaides.

Rabu, April 29

rokok penyebab kelahiran bayi pra-matang.


kau tahu apa itu seekor babi?

babi ialah seekor binatang yang comel dan berekor spring. babi pada amnya berwarna pink dan ada juga berwarna hitam dan coklat. dan babi haram untuk orang islam.

di malaysia, perkataan babi sering kali digunakan untuk mengutuk orang. "kau ni macam babi la sial!" adalah salah satu cara penggunaan ayat babi yang basic. "bapak kau tinggal dalam kandang babi lepak main pakau dengan ketua kampung babi!" adalah cara pengunaan ayat babi yang sedikit advance. "comelnye budak ni. macam babi kan?" adalah satu ayat soal yang membuatkan penyoal kelihatan seperti babi.

aku ada membeli seekor babi. dan untuk membela babi ini, aku dikerah untuk membayar rm130 sebulan.

nama babi aku ialah maxis broadband. beliau sungguh lembab dan bahalol macam babi.

Selasa, April 28

gua pon mau cari makan maa




semalam aku lepak di kedai mamak area tempat tinggal aku bersama membe aku yg dah lama tak dengar khabar berita...sedang syok berborak gaya rapping ammar, tiba2 datang seorang penjual dvd pirate berbangsa cina ingin mempromosikan dvd movie terbaru yang sedang hangat di pasaran...sambil membuat muka kesian dengan harapan aku ingin membeli dvd tu, beliau berkata "bos, dvd baru keluar wayang maa...mau beli kaa?" lalu aku membuat muka pengemis tiada duit dengan menjawab "takpe laa bos. semua wayang saya suda tengok." walaupon pada hakikat nya aku jarang tengok wayang sebab aku mempunyai kawan yang tak nak ajak aku kalo mereka g tgk wayang...lalu penjual dvd itu pon blah dari situ kerana memahami aku memang tiada duit...

tahun lepas aku makan tengah hari di satu kedai melayu di bawah ofis bapak aku...makanan nya sgt mahal kalo nak di kira dari segi harga pasaran...tapi aku makan jugak kat situ sebab kat area situ kedai tu je kedai melayu...mungkin pemilik kedai tu nak ambil peluang ini untuk menjadi kaya dengan cara pantas...sedang aku makan secara lahap, tiba2 seorang penjual minyak wangi berbangsa melayu berumur sekitar baru lepas spm datang menyapa aku yang tengah bermulut comot...

"bang, nak beli minyak wangi tak? minyak wangi ni ori dari france baru kuar kat market. sekarang tgh offer murah punye. sebotol 100ml rm20." sambil mengelap mulut dengan tisu aku berkata "eh, tak kan laa murah sangat. biasa saya beli perfume harga rm100 lebih punye. botol 100ml pulak tuh. nak2 benda ni dari france." kata ku dengan nada membidas sebab aku memang bengang kalo tengah makan orang kaco macam ni..."biasalah bang. dah nama pon tgh offer. tak kan la nak jual mahal pulak kott." kata mamat penjual tu dengan nada tak puas hati...dengan niat tak mau panjang kan hal ni, aku pon berkata "takpe laa bang. terima kasih yee." tapi mamat penjual tu tak mahu berganjak dari situ dan dengan nada yang amat kerek bagai mintak kaki di muka, beliau berkata "alaa bang. pakai smart2 ni tak kan tak nak beli pulak. tak kan rm20 pon takde." lalu beliau pon blah dari situ meninggal kan aku yang sedang menahan kemarahan.

ya, beliau gagal untuk menjual perfume itu pada aku tapi beliau telah berjaya membuat kan aku membenci semua penjual2 jenis direct selling yang berbangsa melayu...

Ahad, April 26

rokok penyebab penyakit gangren.


tadi, aku bersama encik syukor, encik sopi, encik lee chiko dan tunangnya, cik nana pergi makan malam di restoran vichudda di puchong.(ko ingat vichudda ade kat uptown damansara je ke? lopek la sial korang.)

kami menonton perlawanan bolasepak antara manchester united dan tottenham hotspur.

ya. manchester pukimak. macam sial belasah sampai 5. tamak. sombong dan sumbing.

kami sedang mencarut terhadap manchester united apabila secara tiba-tiba kedengaran bunyi yang sungguh syahdu.

bunyi motosikal bersepah di jalanraya. penunggangnya, seorang lelaki india, terpelanting dan terlanggar pokok. masih hidup tapi kaki disyaki patah.

***
awal bulan ini, aku dan budak rumah aku di cyberjaya keluar menonton wayang. the fast and the furious 4. cerita bajet best rosakkan kereta. setelah mengalami krisis dalaman dengan bangsa berlainan jantina, aku mendapati menonton filem yang menampilkan keganasan dan kehancuran adalah amat menenangkan. maka aku amat khusyuk menonton filem tersebut.

dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bersembang tentang filem itu. secara tiba-tiba kelihatan seorang lelaki sedang berterbangan di udara dengan riang.

seorang penunggang motosikal dilanggar dari depan oleh kereta vios. helmet bersepah. kami berhenti dan melihat keadaan lelaki itu.

kepala koyak. tapi masih hidup. keadaan agak blur.

***

3 tahun lepas, aku bersama encik syukor dan encik yunus melepak di restoran a malik, di danau kota. sudah lewat pagi, lalu kami mahu pulang. aku menghidupkan enjin kereta dan pulang bersama-sama mereka.

dalam perjalanan pulang, secara tiba-tiba kelihatan ramai manusia di atas jalan. kerana merasakan ada gig di tengah jalan, maka kami bertiga pergi mengusha keadaan.

seorang lelaki, terbaring di bahu jalan, helmet bersepah. kepala pecah. otak terabur. motosikal beliau leper. beliau mati di tempat kejadian.

***

4 tahun lepas, aku melepak sementara menunggu solat jumaat bersama-sama kawan-kawan bekas sekolah menengah aku. masing-masing lama tidak ketemu kerana semua sudah masuk universiti. jimi, seorang budak kelas aku, kelihatan senyap. biasanya beliau agak kecoh.

pada malamnya aku mendapat satu panggilan telefon.

cik asilah:"wei bok, jimi accident. sekarang kat icu hbkl. pergilah tengok dia."

menurut cerita, jimi sedang membawa motosikal apabila seorang rempit budak hingusan takde lesen keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan. dan beliau tercampak dan landing kepala dulu.

beliau meninggal dunia, 4 hari selepas kemalangan tersebut.






al-fatihah kepada allahyarham mohd faiz fahmi bin tambi.

Sabtu, April 25

after we have left our houses.


bapok.

aku benci perkataan itu. dan aku lagi benci melihat golongan yang memiliki personaliti itu. aku benci sehingga boleh berasa fobia melihat bapok walaupun mereka berada jauh dari aku.

ketika aku di zaman muda-mudi twist dahulu, aku pernah berjalan-jalan bersama kawan-kawan sejahanam untuk melihat scene bapok di kl. ketika itu, port paling baeek ialah di esso ampang, depan gleneagles hospital. ibarat masuk kelab malam, tapi versi stesen minyak. siap ada kereta pasang lagu hiphop kuat-kuat bajet tokyo drift. dan pelayan anda ialah bapok.

seram.

dan sepanjang di situ, aku berada di dalam kereta, bermuka cemas dan ketat. dan ada satu ketika aku berasa seperti nak menangis bila salah seorang dari bapok itu menghampiri kereta kami. seperti melihat kangkung berjalan.

aku seorang realis. aku tidak boleh menerima suatu perubahan yang sebenarnya tidak boleh diubah langsung. dan apabila aku melihat awek yang cun peha putih tapi suara garau black metal berhalkum, ianya boleh membuatkan aku mati pucuk selama 5 minit.

di tempat belajar aku, golongan nigga dan pak arab selalu membuat hal bajet kuat. mereka ingat mereka ghetto dan liar.

pada suatu hari, kawan aku, encik lee chiko pergi membuat assignment di study room di kondominium depan kawasan perumahan aku di cyberjaya bersama group membersnya. dan tiba-tiba segolongan nigga mengacau mereka.

lalu encik lee chiko menelefon aku dan kawan-kawan aku untuk meminta pertolongan. dan seperti wonderpets yang berjanggut, kami datang memberi pertolongan.

dan di tempat kejadian.(ayat telah di alih bahasa. jangan jadi bodoh sangat nak percaya nigga boleh sembang melayu fluent.)

kami: ko ni da kenapa bai? apsal kurang ajar sangat? ko tak nampak orang tengah buat assignment apsal ko nak kacau?

nigga: mane ade bai. aku tak kacau pun dorang ni. da si bapok tu layan sembang ngan aku so aku layan ar. salah ke? tak en?

lalu aku melihat sekeliling. aku tidak melihat seorang bapok pun di dalam study room ni.

kami: ko agak-agak ar nak ngarut pon. aku tak nampak sorang bapok pon kat sini. bibir ko da la besar dan hitam en. sepak gak kang.

nigga: betul la jon. aku nak tipu buat ape. ko tanye la member ko ni ade ke tak bapok kat sini.

kami: wei lee, ade bapok ke dalam bilik ni tadi?

lee:(bernada cemas) erm. ade. sorang group member assignment aku bapok. die pegi tandas jap.

kami: so sebenarnye camne cite ni? si nigga ni kacau korang ke tak sebenarnye ni?

lee: die kacau bapok tu je. tapi sebab aku da rase takleh blah sebab si nigga ni tak paham bahasa orang dah suruh blah en, tu sebab aku call korang ni.

dan aku tidak boleh menerima kenyataan bahawa aku(dan termasuk member-member aku yang juga anti bapok) telah memback up seorang bapok pada hari itu. sial.

Jumaat, April 24

organic food is good. try ganja.


semalam, aku telah dipanggil oleh lecturer aku. lecturer yang aku tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh pembelajaran aku di universiti aku.

sebab?

kerana aku tidak pernah masuk ke kelasnya walaupun tinggal setengah semester lagi.

tadi kali pertama kami bersua muka.

dan ya.

aku telah jatuh cinta dengan lecturer yang seorang ini. sungguh comel ketika beliau sedang memarahi dan memaki aku.

malang, beliau sudah berkahwin.

selamat malam. dan selamat pagi. cheerio.

Khamis, April 23

kurang oksigen ke otak.


ada seekor monyet liar. namanya donkey. dia seekor monyet yang miskin dalam kelompok kawanan monyet di sebuah perkampungan monyet. dia selalu di buli oleh teman-teman seperjuangan monyetnya. dia sangat sedih dan malu dengan dirinya.

bapanya, seekor monyet yang selalu kalah judi. dalam pertandingan meneka pisang paling manis, bapanya selalu kalah dan terpaksa membayar pisang kepada bapa monyet yang lain. dan itu salah satu punca kemiskinan mereka.

ibunya. seekor suri rumah monyet yang rajin dan patuh pada suami. namun, bapanya selalu memukul ibunya apabila kalah pertandingan meneka pisang paling manis.

donkey sering murung dengan hidupnya dan perangai bapanya.

donkey perlu bertindak.

lalu dia meminta diri untuk mengubah nasibnya di bandar dari ibu bapa monyetnya. dan di bandar monyet, tiada seekor monyet mengetahui dan mengenali dirinya. donkey gembira.

lalu donkey berjaya mendapat kerja sebagai seorang kerani di syarikat pembinaan pokok di bandar. sepanjang tempoh bekerja, donkey seekor yang rajin.

lalu, pada suatu hari, seorang pekerja baru masuk ke tempat kerjanya. namanya shelly, seekor monyet betina yang menggiurkan dan cantik. dan libido donkey meningkat. donkey mahu berkenalan dengan shelly. dan beliau mengatur langkah.

dan nasib donkey baik. shelly juga suka padanya.

dan adalah ditakdirkan bahawa shelly ialah anak bos kepada syarikat tempat kerjanya. dan mereka ingin berkahwin.

setelah berkahwin, ayah mertua donkey menaikkan pangkat kepada pengarah syarikat dan syer syarikat sebanyak 20%. donkey sangat gembira. dan atas kenaikan pangkat itu, shelly, bini donkey ingin meraikannya di sebuah kelab malam ekslusif di bandar monyet.

dan pada hari itu, donkey mendapat apa yang diinginkan. kehidupan yang disegani dan bergelak ketawa berfikir tentang wang.

10 tahun kemudiannya, ibu donkey meninggal dunia.

5 tahun kemudiannya, bapa donkey meninggal dunia.

donkey kini seekor bos kepada syarikatnya dulu. dan donkey, sudah 20 tahun berada di bandar. dan selama itu, beliau bercita-cita ingin mengubah nasibnya. dan selama itu, beliau tidak pernah jejakkan kaki ke kampung halaman.

dia berjaya mengubah nasibnya. dia berjaya melupakan penderitaan lalunya.

dan beliau berjaya melupakan asal usulnya.

Jumaat, April 17

snow and lights.


hepi bufday to u. hepi bufday to u. hepi bufday to Dayangku Hajjah Noryoul Elia Fatimah. hepi bufday to u!

anda sudah 30 tahun! yeay!

pin pin pon pon!!!



arrgghhh
kepenatan melanda secara zalim
jadual futsal dah macam seorang pemain BPL
tiap2 hari main futsal
terer nya tetap tak jugak
balik dari futsal mengadap komputer
tangan menggigil mata stim dah macam kene stone
tapi tetap nak main tenet jugak
tapi tu lah
main tenet ari2 tp baru la ari ni nak posting
encik bobok semakin mencarot
sbb aku malas nak posting
bukan nye ape
sbb takde bende menarik pon yg berlaku kat aku
tu lah aku tatau nak post ape
kelas pon aku tak pegi
haih satu permulaan yg malas di awal2 semester ini
pointer semakin menurun
SHIT!!! dammit all
eh terspeaking carot pulak
berbalik pada cerita td
aku masih terasa penat
tp esok aku kene g umah encik bobok
kene practice main drum
kata keramat " practice make better "
jadi aku kene laa practice slalu
walaupon aku ni tak sehebat Mike Portnoy
tapi kata orang aku saing2 Lars Ulrich
haih entah laa tu org yg cakap

adios amigos~~~~~~~

Rabu, April 15

perfectionists in tobacco.


tadi aku menjalani proses blogwalking(betul ke ayat ni? aku tak pandai sgt ayat2 hype ni. makan pandai r). ianya proses menziarahi blog kaum lain dengan suka-suka tanpa prejudis.

setelah menjalani proses itu, aku mula hilang akal. aku berasa seperti berada di planet lain. cuak dan gigil bercampur aduk. untuk seketika, aku menginsafi diri.

rupa-rupanya, aku ketinggalan zaman.

aku sepatutnya menulis seperti ini.

"hi guys! awww i penat taw today. tadiey i went shopping wif my besties! yeay! we ol ke pavilion taw tadiey. byk taww kami borong tadiey. seronok sgt3!! sayang u guys muahxx xoxo gossip girls!

then, kitorg hang out di starbucks. mamak? eewww! lol!!

then we noticed ade this so delicious hunk. comelllllllll sgt taw! macam jonas brothers taww! then, si comel itew start staring me. i pown apew lagiey terus lawan mata dgn diew. syokkkk sgt!! then he asking my phone num. i pown gave the num to him. sweet taw!

then, we ol pun nak balik. i pown contact my parents in case they r around tapi both of them bz sgt2! n kami pown keletihan. money is tight sbb dah habis shopping kann! so kami balik naik bas leng seng.

lotsa love,
xoxo
princess of darkness."

begitewlah.

Selasa, April 14

cold wind blowing.


aku ialah seorang penghidap penyakit "cinta kedaimamakphenia". penyakit yang paling banyak melanda manusia di malaysia tanpa mengira kaum dan umur. ianya ibarat barah. barah yang senyap. menular di setiap darah-darah manusia yang tulus dan kudus.

bagi aku, kedai mamak ialah tempat yang sangat "in". kau lepak kat starbucks pun tak rasa macam kat kedai mamak. sekurang-kurangnya di kedai mamak ada tv boleh tengok bola dan dvd cetak rompak. kat starbucks tak boleh. sebab starbucks ada kelas. kat kedai mamak ada gelas je.

dan bagi golongan-golongan yang memang mengenali aku, mereka memang tahu kedai mamak memang pilihan aku. aku pernah ada awek yang fed up dengan aku sebab aku memilih kedai mamak sebagai tempat dating. aku bukannya sengkek dan tiada kelas. setiap manusia ada kelas tersendiri. kelas mengaji, sebagai contoh. cuma, aku tidak terlampau bodoh untuk membazirkan duit aku untuk sesuatu yang overrated dan tak sedap. kadang-kadang boleh lah.

dan mengapa aku ceritakan semua ini?

tadi aku melepak bersama encik pali. beliau seorang pelajar dari uitm lendu, melaka.

beliau berkata, ada beberapa golongan gadis -gadis di sana yang pernah berkata begini pada beliau, yang mana membuatkan encik pali yang mempunyai penyakit yang sama dengan aku, terasa down seperti system of a down.

"i tak boleh la lepak kedai mamak. kite lepak tempat yang ok sket la, boleh?"

nasib baik lah kawan-kawan tempat belajar aku di limkokwing cyberjaya tak pernah cakap macam tu kat aku.

Isnin, April 13

goodbye blue sky.


"hahahaha. hahaha."

"ok la wei, aku blah dulu. ngantuk dah ni bai."

berjalan ke kereta lalu menghidupkan enjin.

membuka tingkap sambil mendengar lagu yang berkumandang di radio.

indah.

memandang cermin sisi kiri. tiada kenderaan.

memasukkan gear undur dan menekan minyak.

kereta berundur dan aku pusingkan stereng ke arah kiri.

"pin!! piiinnn!! "

apakah?

kelihatan dari arah bertentangan, sebuah motosikal 135lc membawa laju sambil penunggangnya memandang panas terhadapku.

"woi bodoh! kau dah buta ke ape? baru belajar bawak kete ke?!"

si rempit budak-budak bermuka hingus. dan berlalu pergi dengan lajunya.

aku terdiam. memandang ke arah sebuah papan tanda.

papan tanda berjenama "laluan sehala".

aku berada di laluan yang betul. mengikut arah laluan sehala itu.

kau pula si rempit, di laluan yang salah.

mungkin aku patut masuk kelas memandu balik. lesen memandu aku zaman linkin park. mungkin di zaman shuffle sekarang, laluan sehala membawa maksud lain.

(antichrist television blues)


aku berdiri dan memandangmu.

dan kau juga memandangku.

dan aku tahu kita serasi.

aku ingin memilikimu.

ingin ku sentuh dirimu.

membelaimu.

bermain denganmu.

ku ingin mendengar suaramu yang lunak.

indah sekali.

bentuk badanmu yang ramping dan menggiurkan.

semua tertarik denganmu.

dan aku.

aku tidak akan menghampakan dirimu.

tidak sama sekali.

tapi mengapa.

mengapa kau jual mahal pada diriku.

mengapa?

apakah salahku?

kapitalisme.

mereka menghancurkan peluangku denganmu.

mereka memang tidak paham.

kalaulah mereka tahu cinta kita teguh.

selamat tinggal.

gibson les paul ku sayang.

Ahad, April 12

deer dance.


mak aku baru pulang dari korea.

dia kata amoi-amoi korea cun dan superb. dia juga kata mamat korea hensem tapi aku tak amek port tentang itu.

aku sudah berfikir masak-masak dan nekad.

sudah tiba masanya untuk aku berhijrah ke korea. aku tidak mahu membiarkan kim ah-jung menunggu aku terlalu lama. aku bukan lelaki begitu. ah~

Sabtu, April 11

Hard Gay! Fooo....!

aku telah dikenalkan dgn watak yg hebat ini.. aku mula mengenalinya di cerita downtown, satu cerita lawak buatan jepon..

setelah meneliti cerita2 dari Razor Ramon "Hard Gay" Sumitani ini, aku telah mendapati sgt kagum bagaimana die ni sggp jd sgt gay tanpa segan silu..dan sgt berani meluahkan ape rase hatinay demi membantu org yg meminta pertolongannya.. malah berani aku ckpkan yg ramai kanak2 kecil sgt takutkan die.. seperti pennywise the clown dlm cite IT..Pennywise adalah seram smpi terkencing malam..tp Hard Gay adalah seram yg sgt seram..sgt2

aku juga dapat menyelami diriku ini dan mendapati, diriku ini boleh ketawa tanpa henti sprti orang tak cukup nafas bile aku tgk cite Hard Gay ini..aku telah beberapa kali pengsan tak cukup nafas sbb ketawa..

aku sarankan sesiape yg duka, atau putus cinta bersama lelaki, lelaki? pk2 la mencari cite lelaki yg hebat ini..

Foooooo.....!!!!!

Selasa, April 7

sloan's liniment.


ada seorang pemuda bernama berbatov. beliau tinggal bersama ibunya yang tua di sebuah rumah usang di pinggir sungai nil. berbatov seorang anak yang baik. sejak kematian bapanya 10 tahun yang lalu, beliau bersumpah untuk menjaga ibunya sebaik mungkin.

namun beliau ialah seorang pemuda yang sepi. beliau sudah berumur 34 tahun. dan masih belum berkahwin. dan beliau selalu mengimpikan seorang wanita yang cantik dan berbadan cantik. ibarat katy perry.

pada suatu hari, berbatov sedang bercucuk tanam apabila terjumpa sebuah objek berbentuk kapsul di dalam tanah. maka memandangkan berbatov berasa hairan lalu beliau mengambil kapsul itu. menelitinya lalu menggosoknya. kapsul itu lalu berasap dan mengeluarkan objek pelik yang berwarna pink. berbatov berpeluh dingin.

"apa khabar. namaku majinbuu." kata objek pelik itu.

"err. khabar baik. adakah kamu boleh menelan orang menggunakan ekor di kepala itu?" tanya berbatov.

"haha. tidak lagi. aku sudah menjadi baik. akira toriyama sudah tidak melukis maka aku kini melepak bersama encik satan mempelajari erti kehidupan dan cara menjaga kucing" jelas majinbuu.

"owh begitu. erm mengapa encik majinbuu berada di dalam tanah? saya ingatkan pil hidroxicut hardcore tadi. baru ingat nak makan dan menjadi tough" kata berbatov.

"itulah yang aku pelik. kali terakhir yang aku ingat ialah aku sedang memasak spaghetti carbonara apabila aku ditembak dari belakang menggunakan bb gun. apabila sedar aku sudah berada di sini." jelas majinbuu.

berbatov mengangguk tanda paham dan khusyuk mendengar cerita. hari sudah menjadi gelap. lalu berbatov meminta diri.

"sebentar!" jerit majinbuu.

"disebabkan kau menyelamatkan aku dari menjadi kapsul maka aku boleh melunaskan satu impian kau. katakan padaku apa yang kau mahukan dan voila! ianya di depan mata." kata majinbuu lagi.

lalu berbatov pun berfikir panjang.

"aku mahukan seorang perempuan yang cantik dan berbadan cantik" kata berbatov.

"perempuan cantik? bagi aku perempuan yang cantik mempunyai ekor di kepala seperti aku. adakah itu juga definisi cantik bagi kau?" tanya majinbuu.

"owh bukan. i like a woman who got face and body like katy perry you know what i'm saying my nigga? po po po po poker face." kata berbatov sambil rapping.

"katy perry? fred perry aku kenal. dulu aku skinhead sharp." kata majinbuu.

berbatov sudah hilang akal. lalu dia berfikir tentang gadis idamannya iaitu katy perry supaya dapat beliau menerangkan serba sedikit tentang gadis idamannya itu.

"majinbuu. aku sudah tau. aku mahukan seorang wanita yang mukanya jika dilihat mengingatkan kau tentang betapa indahnya hidup dan betapa masalah kau hilang semuanya. cuma aku tidak mahu yang mempunyai ekor di kepala. dan badannya ramping ibarat makhluk yang sering bekerja tanpa rasa penat dan lelah." kata berbatov.

majinbuu mengangguk tanda paham. lalu langit bertukar menjadi sangat gelap dan kilat sabung-menyabung.

"hiyaaargghhh!!" majinbuu membuat kuasa.

lalu muncullah sebuah objek di depan mereka.

seekor kerengga bersaiz manusia dan berkepala wang kertas juta-juta.

Ahad, April 5

lumbago.

buang semua puisi
antara kita berdua
kau bunuh dia sesuatu
yang ku sebut itu cinta.

lirik yang amat menenangkan buat masa ini.

Sabtu, April 4

bohemian rhapsody.


aku telah di tag oleh encik kaki jalan. dan disebabkan tidak mahu dipanggil sombong, bongkak, haloba, dan sifat-sifat nakal yang lain, maka aku merajinkan diri membuat tag ini pada pukul 4.59 a.m kerana tidak boleh tidur lagi. hoorah for insomnia.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
<> duit. kalau takde duit camne aku nak beli dunhill kotak gambar seram lagi?

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
<> rokok batang. 50 sen sebatang bai. mane nak cari kat kl ni harga camtu.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
<> kat kampung siap ade band pakcik-pakcik main. syahdu bai.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
<> ape cer?

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
<> suam-suam kuku.

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
<> kedai burger depan desaria condo. ade nasik ayam leleh.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
<> diary, a novel. chuck palahniuk tulis.

8. Nama penuh anda?
<> boca juniors. name pendek bok.

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
<> dua-dua bagi duit.

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
<> robert smith.

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
<> encik s.
<> encik fit.
<> encik p.
<> encik ros.
<> encik makan budak.
<> encik lee cheeko.
<> encik ag.
<> jim morrison.


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
<> soalan memandang rendah. kurang ajar. mestila hantar dobi.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
<> aku nak pegi bandung lagi. terbaik jon.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
<> penjual burger.
<> pemilik blog.
<> kaki dia brand jalan.
<> tengok gambar macam kerja kat kompeni pandai.
<> muhammad rafiq bin hasruddin.

15. 8 perkara yang saya gilai..
<> gibson les paul.
<> fender telecaster.
<> nikon d80.
<> nissan 350z.
<> nissan gtr.
<> awek kaki putih.
<> amoi kazakh.
<> hamid gurkha.

16. Pelukan atau ciuman?
<> kalau aku nak dedua nanti kena panggil pervert? ape cer?

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
<> iqra buku 1.
<> iqra buku 2.
<> iqra buku 3.
<> iqra buku 4.
<> iqra buku 5.
<> iqra buku 6.
<> mari belajar origami.
<> buku panduan pengakap.

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
<> made in thailand.
<> jaipong.
<> transmission .
<> singkong dan keju.
<> the youth.
<> i'm a realist.
<> tonight you belong to me.
<> titian perjalanan sirat.

19. mari main TAG 8 orang lain..
<> yang ade kat bloglist aku. jangan tak buat. berdarah kang.

Khamis, April 2

love reign o'er me.


terbeliak.

damn. aku tak boleh tidur. aku dah rasa macam sial. kelas pukul 9 pagi. memang terbaik.

aku guling kiri. guling kanan. hadap siling. meniarap. tak dapat.

meneguk air mineral semulajadi jenama cactus. dengan harapan badan berasa sejuk lalu aku cuba tidur.

yes. tetap tak dapat. aku mula resah.

aku mencapai sebatang dunhill dari kotak bergambar seram. aku sedut. hembus. sehingga tinggal puntung.

aku bermain psp ku. baiklah sudah mengantuk.

tidur.

............

babi. terbangun balik. aku terdengar suara gelakan kecil.

membesarkan telinga sambil dalam keadaan statik dalam mode berlakon tidur.

cengkerik. bukan suara gelak.

jap. nape makin kuat bunyi cengkerik ni? macam bunyi ju-on sikit lebey kurang.

abaikan. mata dan telinga terlampau berat. lalu tertidur.

.........

terbangun. sudah pagi. encik lee chiko naik ke bilik aku dengan tujuan ingin mengejut ke kelas. beliau berasa kagum aku bangun dahulu.

"wei cargas mandi. breakfast kat plaza."

plaza ialah sebuah warung makan di tempat belajar aku.

lalu aku bangun dan mandi. mengelap badan. mengenakan seluar jeans dan tshirt.

sambil menunggu encik lee chiko habis mandi, aku membaca novel. sambil berbaring di atas katil.

"50 facts that should change the world". nukilan jessica williams.

pilihan buku yang silap. aku terkunci pintu bilik aku. dan aku tertidur mati ibarat beruang berhibernasi.

kesian encik lee chiko. aku tak boleh bayang berapa juta kali kau ketuk pintu bilik aku tapi tiada jawapan. mesti rase macam ufo.

Rabu, April 1

certain shade of green.


orang malaysia sebilangan besarnya suka tengok bola. dan aku tak maksudkan melihat sebuah(?) bola dari pelbagai sudut. aku maksudkan perlawanan bola. dan yang paling popular sekali ialah epl ataupun english premier league.

dan cubalah bertanya kepada peminat bolasepak di malaysia. tanyalah apakah team bola yang paling mereka minati.

jawapan yang paling banyak aku dengar ialah manchester united, chelsea, arsenal dan liverpool.

aku ada seorang kawan. beliau ialah hidup mati chelsea. beliau dilahirkan sambil memakai jersi team chelsea. dan beliau menyukai gianfranco zola.

dan aku juga ada seorang kawan. beliau mengaku beliau peminat setia chelsea. atas dorongan seorang senior idola beliau yang juga peminat chelsea, maka beliau memilih chelsea sebagai team hidup mati. semua pemain chelsea beliau kenal. dan beliau mula menonton perlawanan bolasepak pada tahun 2004, di mana ketika itu chelsea sedang popular dan kaya kerana roman abramovich, jutawan minyak russia, yang tidak tahu pasal bola membeli team chelsea kerana anak perempuannya yang masih di tadika menyukai team chelsea. dan beliau tidak mengenali gianfranco zola.

aku? aku sokong fulham f.c. dan aku tidak kenal seorang pun pemain fulham. bukan masuk exam pun.

sentimental kepada si hati.



Where have you gone again my sweet?
Everybody wants to know
Where have you gone again my sweet?
Everybody wants to know
Where you gone?

I'm just a ghost, i'm on your street
Waitin', when you comin' home?
Gone so long
Where you gone?
On a long slow goodbye?
On a long slow goodbye...

In every voice, i hear you speak
Waitin' by the telephone
I close my eyes, i just can't sleep
Roll & tumble all night long
All night long
Where you gone?

I close my eyes, i just can't sleep
Where have you gone again my sweet?

On a long slow goodbye?
On a long slow goodbye...

Goodbye.