kembali lagi dalam siri bercakap dengan jin. untuk kali ini, kisah yang tidak kurang seramnya juga, dan mungkin kerap kali berlaku dalam kehidupan anda sekalian. kita ikuti kisahnya.
si A ialah pelajar di sebuah universiti swasta di cyberjaya. universitinya agak terkenal kerana banyak banyak shooting drama lemah akal dilakukan di sini. dan universitinya juga terkenal dengan pelajar-pelajar yang ke kelas macam nak pergi parti buih. namun si A baik dan tawaduk orangnya. beliau tidak mudah mengalah kepada situasi begitu. beliau sembahyang punya orang.
si A tinggal di rumah sewa di pulau meranti, puchong bersama kawan-kawan sama tempat belajar. kehidupan si A amatlah simple. beliau suka menghabiskan masa di rumah menonton drama nur kasih, intan, la usurpadora dan paling faveret, tom tom bak. kawan-kawannya pula suka menghabiskan masa dengan menghabiskan duit.
oleh yang demikian, tidaklah keterlaluan jika dikatakan si A ini memang selalu berada di rumah keseorangan diri. banyak kali juga beliau terdengar bunyi-bunyi pelik dari luar rumah seperti bunyi anjing menyalak meminta alpo dan terlihat singa laut terbang memakan super ring tapi beliau membuat bodoh. beliau sangat champion dalam bidang membuat bodoh. jika seram itu tidak dapat dihandle, beliau akan mengangkat controller xbox beliau dan bermain guitar hero main lagu enter sandman.
pada suatu hari, ketika kawan-kawannya sedang bersiap untuk ke parti di quattro, si A tengah sedap tidur. pabila bangun kawan-kawannya sudah tiada di rumah. si A senyum sinis, mungkin kerana menyedari dirinya sangat membosankan.
lalu si A pun mahu mandi. lalu diperginya ke bilik air. membuka paip air lalu mandi dengan gembira sambil ditemani lagu kasihnya laila yang dipasang di laptopnya. dicapainya syampu, diletakkan sedikit di tapak tangan lalu dilumurkan di rambutnya. buih sabun memenuhi kepalanya. sambil menggosok rambut beliau melihat bilik airnya secara random. kebetulan shower tempat mandinya bersebelahan dengan mangkuk tandas, jadi memang mangkuk tandas itu ialah tempat pertama yang di lihatnya dalam sesi pemerhatian random. dalam kekaburan dan diselubungi sabun, dia terlihat satu benda yang pelik. di dalam mangkuk tandas. difokuskan penglihatannya. dilapkan sabun di matanya. lantas dia terkejut dan separa menjerit.
dia terlihat ketulan pepejal separa keras, berwarna coklat terapung di dalam mangkuk tandas.
bagaimanakah secara tiba-tiba ketulan pepejal itu berada di dalam mangkuk tandas?? milik siapakah ketulan itu?? adakah itu ialah pepejal dari alam ghaib??
amat seram bukan? berjumpa lagi dalam siri bercakap dengan jin yang akan datang.
2 ulasan:
hahahaha. bengong tak pam jamban.
haha! bodoh la sial! kapal selam?
Catat Ulasan