Khamis, Disember 10

Aku Idam-kan Ini - Bahagian 2

Dinihari tatkala matahari belum lagi sampai ke puncak nya yang menandakan waktu dimana para syaitan aktif berkeliaran, aku terasa urat ku menegang (jangan salah faham) kerana ketandusan upaya untuk melakukan apa-apa sepertimana yang diharapkan setiap hari (sebenarnya, aku kurang pasti macam mana aku mahu mulakan posting ini).

Korang tentu pernah lihat iklan di mana TM Streamyx dan P1W1MAX saling being directly sarcastic between each other (memang boleh bawak gaduh). Tapi ini dinamakan marketing options yang mewujudkan persaingan kental untuk syarikat masing-masing. Para pengguna lebih-lebih lagi orang Melayu kita memang suka perkara-perkara macam ni. Kontroversi, yang mana seboleh-bolehnya perlu dihindari. Tapi aku rasa agak bagus juga P1 buat macam ni, karena Streamyx berada di dalam situasi yang amat selasa di bawah TM (tidak ada sebarang persaingan, mereka antara pioneer broadband dalam Malaysia kot, mengapa perlu risau?) Satu lagi sebab ialah TM ni syarikat Melayu.

Apa sekali pun, aku suka iklan ni (aku Melayu kot, suka kan kontroversi)



double meaning kot? Ada unsur-unsur pakcik-pakcik 3 jalur.

Tapi sebenarnya situasi ini sudah pun berlaku di luar pelusuk negara kita. Seperti di Amerika Syarikat, Audi dah declare war dah lama dah dengan BMW. Memang cool gila. Lihat ini ya rakan-rakan.


Sumber dari: bmwblog.com (Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)

Ini juga aku suka (sekadar ingin berkongsi dengan para pembaca, tidak salah bukan?)



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Mula-mula BMW potong. Tapi kemudian-nya..



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Audi potong semula. Laju-laju kereta mereka. Tapi, tidak semudah itu.



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Senang-senang sahaja Subaru tapau mereka berdua. Ini yang aku cuba kata kan marketing options and opportunities yang boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain. Agak kurang adab bukan?

Credit goes to: ralatitunormal.blogspot.com

Anda tahu apa-apa tentang industri pengiklanan di Malaysia? Tahu kah anda bahawa sekira nya proses komunikasi banyak hala ini, dapat disampaikan dengan berkesan, sangat besar manfaat nya kepada para pelabur besar yang sanggup membayar berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapatkan kembali pulangan yang lumayan daripada consumer mereka.

Tapi, korang tahu atau tidak bahawa untuk menaikkan sebuah billboard di Malaysia memerlukan kos yang amat tinggi jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang disayangi, Indonesia? (Duhh..) Untuk menaikkan sebuah billboard, kita memerlukan sebidang tanah (depends on berapa besar papan tanda yang nak naik tu) yang memerlukan syarikat pengiklanan memiliki geran tanah tersebut daripada pejabat tanah, yang memerlukan mereka membayar cukai tanah, serta membayar cukai kepada Majlis Perbandaran untuk menaikkan sesebuah iklan? Itu belum diambil kira berdasarkan harga sebidang tanah lagi. Harga tanah yang berhampiran dengan jalanraya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga tanah di sebelah hutan (Hendak pula orang letak iklan dalam hutan kan?) Itu baru diambil kira dengan jalan persekutuan, belum lagi dibandingkan dengan jalan lebuhraya (benar bukan?)

Tetapi, jika dibandingkan dengan Indonesia yang disayangi, billboard mereka bersepah di merata-rata tempat. Selagi ada ruang di celah-celah bangunan yang sedia ada, selagi itu akan diselitkan iklan. Mengapa? Karena di sana, persaingan perniagaan amat lah tinggi. Sebab, mereka perlukan wang untuk membangunkan ekonomi negara mereka (sebab tu lah, berlambak orang mereka yang sedut duit kat negara kita) Sebenarnya di sana, peluang pengiklanan amatlah tinggi kerana pengeluaran kos untuk membuat sesebuah iklan adalah amat rendah. Kerajaan mereka tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tentang pemilikan tanah di sesuatu tempat (ini apa yang orang mereka cerita kat aku semasa berkursus persenjataan tentera di sana) Tanah kerajaan mereka tidak banyak di sana dan rakyat lebih berkuasa dalam hal-hal pemilikan. Sebab itu wujud nya yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin (Capitalism) Dengan ada-nya perkara seperti ini, maka wujud lah keadaan seperti di bawah:



(Sila klik imej untuk gambaran yang lebih jelas)
Ini baru sikit. Oh, satu lagi sebab kenapa, kerajaan mereka loan duit dari bank dunia banyak sangat sampai susah nak bayar. Sebab itu lah barang mereka murah-murah.

Well then, aku mahu pergi push-up sebentar untuk mengekalkan bentuk badan ideal aku. Kalau ada yang salah silap di atas, harap diperbetulkan. With Love.

4 ulasan:

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

aku tk pndai bab ni. tp aku rase aku phm kite perlukan byk duit klu nk tepek ikln kan?

hatikudus berkata...

ya..wang yang banyak serta idea yang bernas..bullshit jika tidak perlu wang..

izzy. berkata...

bahaha iklan tu laaaawaaakkkk gila

hatikudus berkata...

what else can i say, I'm so cool in here.