Khamis, Januari 29

temok temok temok.


ini bukan encik s. betul. bukan dia. percayalah.


aku ada seorang kawan. mari kita gelarkan beliau dengan nama encik s. encik s adalah seorang lelaki yang gilakan kerja. sepanjang zaman remaja beliau sehingga ke hari ini, beliau memang sangat pentingkan kerja. dan benar, beliau kelihatan seperti tiada hidup.

ketika zaman remaja beliau, ketika masih bersekolah. bayangkan hidup anda seperti ini. pagi ke sekolah sampai pukul 1 petang. pukul 2.30 petang, bekerja di salun. pukul 8 malam, sambung kerja di pusat gim. pukul 12 malam, kerja sebagai cashier di shell sehingga pukul 6 pagi. kemudian balik ke rumah, mandi(tapi kadang-kadang tak mandi), dan terus ke sekolah. dan memeritkan keadaan, mempunyai awek ketika di sekolah yang hanya tahu mengikis duit beliau. dan akhirnya meninggalkan beliau tanpa sebab. dan keputusan spm beliau agak kurang memberansangkan. dan kebanyakan guru dan rakan-rakan sebaya memandang rendah kepada beliau.

kemudian, beliau dipilih menyertai plkn selama 3 bulan. dan beliau ini bukan calang-calang manusia. berbekalkan muka yang agak jambu(aku sebenarnya taknak puji kau, tapi terpaksa. damn.), beliau berjaya mendapatkan seorang awek baru. nama beliau juga bermula dengan s. kita panggil beliau cik s.

cik s ini ialah seorang perempuan yang tidak sedar di mana bumi dipijak. beliau boleh la dikategorikan sebagai produk-produk uitm yang berlagak dan bajet hot.(no offence but that's the truth). mereka bercinta sehingga zaman encik s masuk ke universiti. dan ketika itu, encik s menggunakan skuter sebagai kenderaan harian. dan cik s, tidak suka menaiki skuter. cik s mahu naik kereta jika keluar berdating dengan encik s. lalu terpaksa encik s meminjam kereta dari encik bok, semata-mata kerana sayangkan cik s.

satu fakta menarik, cik s tidak sukakan encik bok. pada beliau, encik bok ialah seorang lelaki yang tiada standard, bersepah(benar, sampai sekarang aku bersepah), suka hisap rokok murah, dan sebagainya yang negatif. dan memandangkan personaliti encik bok begitu, beliau melabelkan encik bok sebagai golongan bodoh dan tidak terpelajar, sedangkan ketika itu encik bok sedang membuat degree dalam kejuruteraan elektrik dan elektrikal di uniten. ketika sebelum encik bok kena kick. haha. dan cik s ketika itu, sedang membuat diploma dalam bidang mass comm. ironi.

dan encik s. encik s seorang yang mementingkan kawan-kawannya. dengan poin-poin di atas, encik s memutuskan hubungan dengan cik s.

(dan sekarang kau dah tahu mengapa aku anti dengan golongan perempuan seperti ini, kan?)

di zaman universiti, beliau tidak bekerja. dalam tempoh 2 tahun setengah itu sajalah beliau tidak bekerja. beliau mengambil jurusan kejuruteraan komputer. dan mungkin rezeki beliau lebih kepada bidang komputer berbanding bidang biologi ketika di sekolah dulu. beliau menjadi genius komputer. tapi beliau bukan nerd. cuma genius komputer. beliau grad dari universiti dengan jayanya. god put a smile upon his face.

sekarang, beliau sudah senang. gaji sebulan beliau boleh mencecah sehingga 5 angka sebulan. dan habit gila kerja beliau masih tidak boleh dikikis sampai sekarang. beliau kini sudah mendapat awek yang baru(sebenarnya dah nak dekat 2 tahun dah). namanya cik j. dan cik j aku rasakan memang sangat sesuai dengan beliau. dua-dua sama sengal. dua-dua sama bengong. dan cik j ini bukanlah golongan paris hilton yang bajet hot dan berlagak kaya. itu yang paling mengagumkan.

tahniah kepada kau encik s. esok lusa belanja la aku makan. mekasehh.

2 ulasan:

LiLohOnEy berkata...

keh3..

"dua2 sama sengal,, dua2 sama bengong..."

ngee~~

Fit berkata...

kini encik s telah menjadi papa ku kerna aku sering membuat muka peminta sedekah sebelum bermain pool dan juga acara menembak zombi..time kaseh papa!