Sabtu, Januari 24

perangai.


aku sudah lama tak ke puduraya. semalam, aku ke puduraya untuk mengambil adik aku yang pulang dari mersing. dan puduraya tetap puduraya. tapi yang menarik perhatian, bilangan kewujudan gadis-gadis di sana.

sementara menunggu bas adik aku sampai, aku menunggu di luar puduraya, sambil meminum sekotak air milo dan menghisap sebatang dunhill. dan ya, bilangan gadis yang melintasi di depan aku agak ramai. setiap kali bas berhenti, akan turun satu lagi batch baru. ibarat bas-bas itu sebagai katalog. katalog gadis-gadis. aku sampai boleh bergurau dengan diri sendiri ; "ok ni katalog musim panas, yang ni pulak katalog musim sejuk." tiada maksud lain di situ.

satu hari nanti, aku akan ke puduraya. memakai sut lengkap dan memegang bunga ros putih. membuka katalog, lalu berkata "awak ni girlfriend azmi ke? bukan? takde boyfriend lagi? hai saya john abraham."

3 ulasan:

LiLoHoNeY berkata...

wah,,

katalog..

tiba2 mcm teruja plak ;p

meggi perisa ayam. berkata...

haha.menarik.smlm aku juga trun dr bas di puduraya. tp kurg pasti aku dr katalog msim apa. haha.

Bok berkata...

kepada LiLoHoNeY - teruja ek? aku lagi la teruja. haha.

kepada meggi perisa ayam - ko pon di puduraya? wow. puduraya memang mengeratkan silaturrahim.