Jumaat, Januari 30

ini bukan poyo bai. ini betul-betul.


ada yang bertanya kepada aku.

watak A: wei bok, apsal name blog ko sandiwara paradigma? ape maksud die?
aku:(sambil menghembus asap rokok dengan muka cool) entah la bai.

begini. sebenarnya aku sendiri tak tahu apa maksudnya. tapi, nama itu ada sejarah. sejarah mungkin berulang. owh tomok.

sebenarnya, sandiwara paradigma itu ialah nama band aku dahulu. band yang kini telah berkubur. kami menubuhkan band ini ketika masing-masing baru lepas peperiksaan spm. di mana ketika itu masing-masing sedang menganggur dan malas mencari kerja part time di kfc, mcd, 7eleven dan sebagainya.

dan genre musik apa yang kami bawakan ketika itu? hmm. ketika zaman itu, punk rock sedang popular. dan seperti kebanyakan lepasan spm yang lain, kami juga mahu mengikut trend. maka kami pun bermain musik punk rock. dan kami berjamming ibarat sampah ketika itu.

kemudian, masing-masing membawa haluan sendiri selepas mendapat tawaran ke universiti. bila cuti semester baru berpeluang berjamming bersama. tapi ketika itu, selera masing-masing sudah berubah. ada yang dah jadi mars volta. ada yang dah jadi children of bodom. ada yang dah jadi pink floyd. lalu, sesi jamming menjadi semakin sampah.

kini, 6 tahun sudah berlalu. dan kini kami bercadang untuk bermain musik semula. tapi bukan lagi musik punk atau emo atau hardcore shit itu lagi. kami mahu bermain musik ibarat zaman mak bapak korang masih bercinta. seperti musik-musik dari sweet september, ben e king, neil sedaka, ogy ahmad daud(betul ni bai), dan sebagainya. dan mungkin akan memasukkan sedikit elemen jazz. tapi ada juga terlintas untuk membawa genre post rock. hmm entah.

tapi ada satu masalah. kami tiada vokalis.

jadi di sini aku ingin bertanya. kau nak jadi vokalis tak?

2 ulasan:

teRi berkata...

nak!
krohhhhh..
krohhhhh..
aummmmmm!
aummmmmm!
ok tak audition aku bai?

Bok berkata...

terbaeekk bai!