Isnin, Januari 5

cable plug.


aku baru lepas potong rambut. dan aku rasa aku seperti budak sekolah yang mula bersekolah hari ini. bodoh punya amoi. harap je nama salon, tapi aku mintak lain kau potong lain. damn.

aku sedang dalam perjalanan balik dari mersing selepas menghantar adik aku ke MRSM mersing yang macam kubur jepun, apabila tiba-tiba aku teringatkan seorang kawan aku yang dah lama aku tak ketemu. namanya, Fiz.

aku kenal dengan beliau ketika aku masih menuntut di uniten lagi. universiti pembunuh cita-cita. heh. dan, beliau antara orang-orang terawal yang aku kenali di sana. beliau agak(bukan, bagi aku dia sangat) jambu, ingin menjadi punk rocker dan sering emo. beliau datang dari gunung rapat, perak. kawasan yang agak kampung dan terpencil di perak. ketika beliau baru belajar hidup di kuala lumpur, memang keadaan dia sangat noob. dia masih sedang melalui fasa mempelajari adat orang lain.

aku tinggalkan uniten dan belajar di tempat lain. ditakdirkan satu hari itu, aku bertemu dengan beliau secara tidak sengaja.

"woo bro, ape kabar bro? malam ni dtg la havana, gua open table. siap butterfly and jackd 4 botol. dah lama tak jumpe kene la celebrate kaw-kaw kan?"

setiap permodenan dan peningkatan taraf hidup, ianya juga hadir dengan kemunculan sosialis yang tumbuh seperti cendawan. orang kampung tidak terkecuali.

Tiada ulasan: