Sabtu, Januari 31

Ini Bukan Novel

Bab 4 : Hati Panas. Kaki Ringan.

kejengkelan matlan semakin meletup-letup..aku hampir kehilangan fikiran waras kerana ketiadaan sivik beliau..mujurlah pada masa itu aku masih menganggap beliau sebagai seorang rakan..jika tidak pasti rekod "perbuatan ku yang tidak bermoral" bertambah bilangan nya..

begini kisah nya..

pada malam ari sabtu, aku berada di hadapan tv sambil mengunyah coklat..tiba2 encik bok mesej aku..mesej itu tertera "jon, jom lepak malam ni kul 10..matlan ajak kuar lepak..mari lah..tak kan hanya aku dengan matlan sahaja yang melepak kan diri malam ni"..maka aku pun membalas "baiklah.." aku kesian pada encik bok sebenarnya..encik bok sudah bosan mendengar luahan tidak berperasaan dari matlan itu..encik bok ingin menggunakan aku sebagai jalan keluar dengan berbual bersama ku dan tidak melayani matlan..

jadi pergilah aku bersama encik bok di tempat yang dijanjikan..aku juga menyuruh encik bok mengajak encik r dan encik p bersama..di satu table yang tidak berapa jauh dari kaunter casher, duduklah aku, encik bok, encik p, dan encik r..masing-masing dengan harapan matlan pun akan muncul..

pukul 10.30 p.m
masing-masing mengepulkan asap rokok dan menyedut minuman..kami berborak seakan-akan sudah dua tahun tidak bersua muka..padahal hari-hari jumpa muka yang sama..aktiviti melepak di kedai mamak sudah dijadikan perkara wajib bagi kami..bosan dowh kat umah malam2..baik lepak dengan membe betul..

pukul 11.30 p.m
sudah puas kami bergelak..tiba2

encik r : eh, mana matlan ni..lambat nya datang..
encik p : a'ah..dia yang ajak lepak kan..dia pulak yang lambat..
encik aku : ntah bok..mana matlan? dia yang ajak ko kuar kan..
encik bok : tatau la..aku rasa dia tengah tipu awek dia kot..awek dia kan tak kasi dia kuar lepak malam2..jadi dia kelentong awek dia mengatakan dia akan tido tepat kul 12 malam..sekarang ni dia tengah bergayut laa nih..

begitulah ujar encik bok..memandangkan encik bok yang paling rapat dengan matlan, jadi encik bok tahu segala tentang matlan..tapi aku berasa tidak senang hati..lalu

encik aku : laa, ko da tau kul 12 baru dia bole kuar..napa ko ajak lepak awal sangat..
encik bok : ntah..dia kata dia bole kuar kul 10 lebih..aku rasa dia tengah gaduh dengan awek dia kot..ko pon tau kan dia hari2 gaduh dengan awek dia..
encik aku : (sambil menghembus kan asap rokok berbentuk 0) oh! betul juga

jadi kami berbual lagi sambil menunggu kelibat dato' itu..

pukul 12.30 a.m
matlan masih belum menunjuk kan tanda2 beliau dah tiba..hati semakin panas..gelas yang ke dua sudah hampir habis..tapi aku masih cool..aku tak kesah sebenarnya jika matlan datang atau tidak..tapi yang aku kesah ialah aku keletihan kerna sibuk di siang hari..jadi cadangan awal ialah aku tak nak lepak malam ni..encik bok juga tak nak lepak malam ni sebenarnya..tapi di atas pujukan matlan dan di atas dasar menjaga hati membe, encik bok berjaya membawa aku ke situasi yang menguji kesabaran..tapi aku tau bahawa encik bok tidak bersalah dalam soal ini..

pukul 1.30 a.m
badan semakin lemau..watak utama belum hadir..masing2 sudah bermata kuyu..

encik p : matlan mana bok?
encik bok : ntah..td dia mesej aku katanya dah nak datang..
encik aku : pundek!!

aku dan encik p serta encik r sudah sepakat mahu balik..bukan kerana kami jenis selalu balik awal..walhal kami selalu lepak sampai azan subuh menjelma..tapi disebabkan masing2 kepenatan dan sudah lemau, jadi kami mahu balik..tapi

encik bok : weh..lek dulu..tunggu la dia jap kesian dowh kat dia..kang dia sampai kita da balik..kesian la kat dia..mungkin dia bukan sengaja nak lambat..

jadi kami termakan hasutan itu..bukan kerana kesian kan matlan..tapi kerana kesian kan encik bok sebab begitu berusaha untuk memujuk kami..lalu kami duduk kembali..dalam hati ku masih menjerit "fuck!!"

pukul 2.30 a.m
benar sangkaan ku..matlan seorang tan sri yang tidak bertauliah..situasi ini benar2 menguji kesabaran aku..masing2 sudah berbahasa kesat..mencarut dan penghinaan bagaikan oksigen..

encik aku : weh bok..aku dah lama tak makan sup tulang..matlan jadi datang ke tak?
encik bok : ntah la fit..dari tadi dia mesej kata nak datang tapi tak datang2 jugak..babi!

encik bok semakin menampak kan perut nya..muka beliau semakin senget..ya, kalau encik bok marah mukanya seperti meneran pepejal di kala Syabas memotong air di rumah nya..

kami menunggu lagi dengan penuh kemarahan..

pukul 3.30 a.m
kemarahan memuncak..ane mamak menjadi mangsa..bukan mangsa pukul..tapi mangsa kutukan..kami mentertawakan misainya yang ala2 rambut rajnikanth di sikat tepi..ane itu berlari ke belakang kedai..mungkin menangis di bahu rakan nya..atau mencari gunting di bilik air..yang pasti nya kami dah tak nampak ane itu lagi sampai ke hari ini..mungkin sudah di tukarkan ke kedai mamak yang lain tanpa alasan kukuh..hmm sangat misteri..

berbalik pada cerita asal..matlan masih belum muncul..tiba2

encik bok : weh kawan2..matlan mesej aku ni..
encik p : oh. apa kata nya
encik bok : (membaca mesej matlan dengan nada speaker masjid) weh sori rr bok..aku tak dapat lepak rr malam ni..aku gaduh dengan awek aku..awek aku tak kasi aku kuar umah..

sunyi~~

lalu kami balik ke rumah masing2 dengan perasaan hampa..


pandangan ku :
matlan, kalau kau tak boleh nak lepak, tak payah la ajak lepak..menyakitkan hati aku je..lagipun kalau kau tak boleh datang, atau lambat datang, atau dah cuba untuk datang tapi gagal, cubalah bagitahu kami awal2..jangan meletak kan taraf diri kau itu seumpama anak raja..damn! kau memang suka menyakiti hati kawan2..kau sanggup membiarkan kawan2 menunggu kau selama 5 jam tanpa rasa bersalah..kau lebih rela menurut perintah awek kau sehingga sanggup mengambil risiko dibenci oleh kami..kau memang babi! aku tak tahu sama ada kau sedar atau tidak ( masa tu beliau belum sedar ) tapi sikap kau itu amat bangsat dan sukar untuk aku terima..matlan, kau seorang bangsat!


To Be Continued lagi..
maaf..aku kesuntukan masa..aku akan sambung lagi di dalam bab 5..

2 ulasan:

ajiz cabalero berkata...

kebansatan matlan mmg terserlah..hehehe..

Fit berkata...

btul!
matlan memang bangsat..