Isnin, September 20

Tahniah! Tahniah!

Knp tahniah? sbb blog ni sudah melebihi 20ribu org memerhatikan..mgkn penambahan ini kerana setiap penulis2 yg tertera di sini, sudah membuka blog ini lebih dr 5ribu kali setiap org..tp yg penting sekarang ni srg ni, aku cume nak menunjukkan wajah chef kamarul je..tu je..knp? sbb aku memang saje..jgn byk tanye lg..aku ckp saje je ok..haha



Khamis, Julai 1

Keisuke Honda



seperti kita lihat di atas, ini adalah rekaan terbaik pernah honda keluarkan dan masih lg yang terbaik..honda nsx..ia boleh diconsider sebagai antara kereta terbaik pernah dibina..harganya tak pernah menurun,malah meningkat..sama seperti Mclaren F1(yg kereta la bai..), harganya melonjak 3kali ganda dr harga asal..malah lebih dari itu..kereta "chick magnet"..atau penarik wanita(..that doesnt sound too good..)..tp kita digemparkan bahawa honda tak akan keluarkan lg model nsx dan telah menukarkannye kepada ini...







say hello to honda hsv..

picture speaks the words..dan apabila di makeupkan cantekk punye...








dan ya, betul..Celaka! sgt cantik la lahanat!!! aku nak bli satu!

Rabu, Jun 30

Xia Xuan Tze



aku telah melihat di kotak bergambar aku td..discovery channel..

program tu telah memunculkan cerita bagaimana sistem jalan raya dan pengangkutan di China..

setelah melihat program itu, pandangan ku terpancar sebentar pada suatu ketika..

"Chinese people in Mainland usually buy cars in cash..they bought their car relatively in a day to where they usually search for the right car for hours and sometimes they take more than 12 hours.. "

aku terpikir di mana encik bok telah memberitahu pengalamannya ketika berada di mainland China..

encik bok: ko tau tak hari tu aku g china, smpi sane aku terkejut..ko mesti fikir orang china ni lopek, ha...(nada kejutan)..ferrari dengan volkwagon aje yg ade di jalan raye..

wow......bagaimane agaknye dorang beli ferrari..? pakai t-shirt pagoda, sluar jeans smpai takat lutut, smpai but phua chu kang dan berjalan smbil mengorek hidung..

chinese mainland: aa..tauke ar, mau bili satu fellali 485 yang balu tu ar..belapa ar halege?

dealer: hmm..that cost about CNY6.5million, sir

chinese mainland; oo..talak manyak la tu..kejap ye..(smbil mengeluarkan walkie talkie)..ello ar ah beng, lu bagi undut skit loli aku tu..undut skit lali..ok..ok..bg tulun luet2 dari loli tu..ha..toke ar, ni luit tu..sume halege CNY 6.5 luta..wa ale luet, lu bagi wa kete fellali yg wa suke..oh ye, wa nak plet 8888888 kat fellali wa sbb wa sangat kaye

Isnin, Jun 28

Kisah-nya (Bahagian 2).

Alang-alang dengan post yg sangat pendek. Ini ada satu lagi untuk dikongsikan bersama-sama rakan serta kepada yg kisah.

4. Kisah-nya, it came from an Old English frēond, of Germanic origin; related to Dutch vriend and German Freund, from an Indo-European root meaning ‘to love,’ shared by free (Sekali lagi, pernah dengar Google? Ia sangat sensual).

Kisah-nya.

iii. Basically, it came from Old English lufu, of Germanic origin; from an Indo-European root shared by Sanskrit lubhyati ‘desires,’ Latin libet ‘it is pleasing,’ libido ‘desire,’ also by leave and lief (Anda pernah dengar Google?).

Khamis, Jun 24

Drama.

b. Kenapa perlu drama, amarah, gaduh, perlian (sarcasm) , serta makian tapi bukan perbincangan dan keadilan diabaikan? Oh, jangan lupa juga kepada keluhan. Saya tahu anda semua turut tidak akan serta pernah peduli. Abaikan.

Selasa, Jun 22

world cup of life



drama sebenar kembali setelah 4 tahun menanti..dpt mengalahi maria mercedes dan yo soy betty la fea

semua elemen2 terserlah di dalam drama ini..


ada yang memiliki hati yang nasionalis tinggi--(korea utara)
ada yang ingin mengembalikan martabat lama yang semakin memadam--(perancis)
ada yang ingin memiliki kelebihan dengan berpecah--(slovakia, slovenia, serbia)
ada yang ingin mencuba nama baru di mata dunia--(new zealand, ivory coast)
ada yang menjadi pelakon2 soap opera--(itali)
ada yang menjadi ingin mempertahankan benua sendiri--(spain, brazil)
ada yang mempunyai media yang bermain world cup--(england)
ada yang sgt membenci vuvuzela--(semua kecuali benua afrika)
ada yang membenci jabulani--(goalkeeper yg lopek)
ada yang tidak lagi dpt menetapkan impian yg sebenar--(malaysia?)

inilah drama yg terbaik pernah muncul dikaca tv yg membuat aku xtido malam dan mempunyai eyebag yg sgt berat dan hitam..namun inilah yg ku nantikan selama ini..terima kasih dunia..terima kasih ku ucapkan

Isnin, Jun 21

Formspring.

1. Pura-pura sibuk. Mari berak.

Isnin, Jun 7

main cirit.

dulu bukan main sembang kata nak update tetiap hari.

heh. update my ass. same gak sembang tip top.

Rabu, Jun 2

dunhill.

haaah! mula lah tu nak boikot barangan dari us ngan israel.

pastu lepas 2-3 bulan pakai balik. semangat tak kental betul.

oh lupa. barulah malaysian.

Selasa, Jun 1

musang.

aku sedang membakar sebatang rokok luffman virginia blend. untuk mendapatkan tempo dan ritma. aku sedang berada dalam keadaan halusinasi. seperti berada di dalam roller coaster.

andaikan satu hari nanti, sebuah bom atom jatuh di kuala lumpur, adakah anda masih terasa mahu shuffle dan menyokong manchester united?

andaikan satu hari nanti, pembunuhan besar-besaran berlaku di kuala lumpur atas sebab perebutan kuasa, adakah anda masih terasa mahu lepak sap kok lu di kedai mamak dan ke private party?

aku mula berasa pelik. umur sudah meningkat, tapi terdapat sebiji jerawat besar tumbuh di pipi. adakah aku semakin awet muda sweet sixteen? ataupun darah aku semakin kotor kerana longgokan toksin dan tar di dalam badan?

aku selalu mendengar perkataan "you are the girl of my dreams" dikatakan kepada awek/gundik/skandal masing-masing.

andaikata, esok malam kau bermimpi perempuan yang lain, adakah perempuan sebelum itu tetap menjadi relevan?

ada orang cakap kat aku, hidup ini, simboliknya macam taik. "life's a shit" bak kata kanak-kanak rebel lepas sekolah. walau macam mana kau lari, tetap akan ada masalah menanti. ibarat taik. camne pun kau jijik, bila kau berak, kau akan nampak taik. kau akan bau taik kau. jangan nak sembang best bajet-bajet taik kau wangi. dan sepanjang hidup kau, selagi kau boleh berak, selagi tu lah kau akan jumpa taik.kalau kau tak pam, nanti jadi lagi jijik. kalau kau pam, taik hilang. heh.

dan samalah dengan hidup dan masalah.

cheerio.

Isnin, Mei 31

Wookie.

ahhh baru bangun tidur!

cis berhabuk.

Isnin, Mei 3

entri bernoktah.

kerispatih - mengenangmu

Tak kan pernah habis airmataku,
Bila ku ingat tentang dirimu,
Mungkin hanya kau yang tahu,
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah di sana kau rindu padaku,
Meski kita kini ada di dunia berbeda,
Bila masih mungkin waktu kuputar, kan kutunggu dirimu

Chorus:
Biarlah ku simpan, sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi


aku ingin menyampaikan hasrat ku di sini bahawa aku sudah meneruskan perjalanan blog ku sendiri. ini kerana blog aku sudah lama kesepian tanpa sebarang penulisan. dan keputusan ini juga di buat tanpa ada pengaruh luaran atau orang ketiga, keempat, kelima mahupun ke seratus. dan kenyataan ini tiada kena mengena atau kesinambungan dengan orang yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

terima kasih pada yang memberi sokongan selama ini.

maaf ya encik bok, encik makanbudak, dan encik hatikudus.

salam ikhlas dari Fit.

Selasa, April 20

Cara untuk Berhenti Merokok


Setelah penat menjalani kursus pembuatan bom di Russia, rindu aku pada ruang kotak putih ini untuk mencoret apa yang terisi terkandung dalam kepala otak aku. Dan semesti nya aku tidak akan mengajar kau orang tentang cara-cara membuat bom di sini (pasti lah, aku tidak mahu diburu kerajaan Malaysia seperti mana kami pernah memburu Abuya Ashaari Mohammad, google jika tidak tahu, di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu).

Okay, that is not a basic point to be talk about. Aku ingin bertanya pada semua, pernah tak kau orang merasa banyak kekeliruan yang berlaku dalam hidup kau pada masa yang singkat? Maksud ku, sangat singkat which is not even a day. Banyak perkara yang membuatkan kau keliru, rasa bersalah, berfikir secara kritikal, serta menyukarkan situasi di mana, kau sebelum ini amat hebat dalam membuat keputusan tetapi pada tika itu, kau menjadi kaku tidak mampu berfikir. Pada dasar nya, semua ini melibatkan hati dan perasaan. Capability akal dan fikiran pasti dipinggiran. Kerana itu lah, kemampuan untuk berfikir dengan waras menjadi sedikit hambar.

Aku pernah takut untuk One-on-One dengan subjek ini pada satu ketika dulu. KARMA. Ya, aku akui banyak kesilapan lampau yang mengajar aku dan semua itu telah pun dibayar cash. Tapi, kenapa perlu aku gerunkan beliau? Bukan kah itu bakal mengajar kau cara membesar dengan sihat dan kuat (iklan Milo punya tagline). Aku ingin mengubah persepsi aku di sini, pada hari ini, pada pagi ini, pada saat ini, bahawasanya, aku 'langgar' beliau untuk kepuasan diri ku sendiri. Ini adalah apa yang aku mahukan serta inginkan dalam kepala otak aku sekarang. So basically, jika aku ikut kan kepala otak aku, itu tidak melibatkan nafsu sama sekali bukan? Ya, aku lebih suka begini daripada begitu. Oleh itu, aku berharap 'begini' tidak menghampakan aku sama sekali. Aku sedar selama ini aku hanya mengikut arahan. As a result, banyak penyesalan yang terpendam dalam kehidupan lampau aku. Tidak kira di padang kawad, di medan perang, di pusat latihan, semua pun mengikut arahan. Apa kata kali ini, aku yang ingin mengarah. Aku ingin menyeru pada semua, jangan asyik mengikut arahan atau pun terikat pada sesuatu yang menyebabkan kau tidak mendapat kepuasan diri dalam hidup kau. Be in charge and be the boss. Cuba dapat kan kepuasan diri kau orang dalam kehidupan masing-masing, selagi punya masa, sebelum kau menyesal.

Boleh aku be in charge and be the boss kepada kau?(mampus tak layan).

(Jika boleh, aku tak mahu seperti ini).

Selasa, April 13

Konsert Double Trouble 1 May 2010


wow!! aku memang x sangka. korang tau tak apa dia? haa ni yang nak cerita ni. konsert double trouble bai. Search dan Wings bersatu sekali lagi. lagenda rock kapak malaysia akhir nya nak buat konsert sama2.

konsert ni memang aku dok tunggu2 da lama da. ye la kan. masa dorang ni tengah naik dulu, tengah top dulu, aku tengah baby lagi. mane la nak tau pasal dorang ni sangat. dorang ni kan top masa 80-an dulu. Search menang AJL pon tahun 1989 dengan bawak lagu isabella. masa tu wings bawak lagu taman rasyidah utama tapi kalah gak. masa tu yang rock kapak tengah top gila2.

kalau dulu mak bapak korang maybe la tengah layan rock kapak kan. rambut ala2 ngerbang2 dulu. pakai seluar ketat bawah kecik. tak pon ade yang rambut ala2 the beatles. dulu memang best la. memang zaman2 rock. sekarang ni zaman shuffle. dok terkinja2 kat dancefloor disco tu. sape yang tak pegi disco tak bole campur golongan2 yang cool macam dorang. haih.

sambung balik. sekarang ni pulak susah nak pegi konsert2 dorang ni. tengok la konsert Wings tu. buat pon kat planet hollywood ngan hardrock cafe. tempat da la kecik. sesak nafas sial kalo dok kat tengah2 tu. puas hati memang la puas hati. tengok Wings kot. sape yang tak puas hati tu memang tipu la. tapi sakit gak la kalo nak kene berdiri sampai 3-4 jam sesak2 himpit2 macam tu. nak hisap rokok pon susah. apetah lagi kalo nak headbanging ke, nak terhangguk kepala layan bunyik gitar joe tu, silap2 ko terhantuk kepala ngan orang depan ko.

kalo konsert Search pulak, memang sangat puas hati. sebab buat kat padang kan. open air. ok la jugak. sesak memang la sesak. tapi kalo ko da tak tahan, pegi la dok kat belakang. siap bole baring lagi. luas kan padang tu.

tapi yang tak best nye, kalo ade antara penonton tu yang tak reti sivik atau mereka memang tak diajar kesedaran sivik kat sekolah. kalo ko da dok depan tu, tak payah la nak panjat pagar. konon nye bole tengok stage ngan clear sebab tak dihalang oleh kepala orang depan ko. abes tu, kepala serta badan ko tak menghalang orang belakang ko plak kan. buat kene sumpah seranah je korang ni kalo buat macam tu. pikir2 kan la.

kalo ko dukung awek ko takpe la jugak. sedap sikit mata memandang. dan mungkin juga sebab awek ko pendek. tapi kalo awek ko gemok, tak payah la. kang tak pasal2 ambulance kene angkut ko sebab tengkuk ko patah.

jadi, aku nak ajak kawan2 aku dan semua peminat rock kapak kat malaysia ni untuk sama2 pegi konsert double trouble ni. dan yang paling penting, bertimbang rasa lah masa tengok konsert tu. jangan ada yang kene sound pastu sume nak bajet cool dan gangster nak bertumbuk kat situ gak. ingat! kita datang nak layan konsert. nak layan muzik. nak kembalikan nostalgia rock kapak. bukan nak tunjuk sape gangster.

aku? aku sedang on the way untuk mengepau kawan2 aku untuk beli tiket. RM 70. ade sape2 yang nak belanja aku?

Isnin, April 12

Unify Broadband

カルマの警察は、この男を逮捕
彼は数学の話し
彼は冷蔵庫のようなオースト
彼は離調ラジオのようだ
カルマの警察は、この少女を逮捕
彼女のヒトラーの髪型は、
私は体調が悪いの作成
そして、私たちはパーティー彼女がクラッシュして
これが何を得ることになります
これが何を得ることになります
これは、あなたが私たちとするときに混乱得ることになります
カルマポリス
私が与えてくれたすべての私がすることができます
それは十分でない
私が与えてくれたすべての私がすることができます
しかし、我々はまだ給与にしている
これが何を得ることになります
これが何を得ることになります
これは、あなたが私たちをするときに混乱得ることになります
そして、1分間が、私は自分自身を失い、私は自分自身を失って
ふぅ、分があるために、私は自分自身を失い、私は自分自身を失って
分があるため、私は自分自身を失ったために、私は自分自身を失って
ふぅ、分があるために、私は自分自身を失い、私は自分自身を失って

p/s: Ya, selaku bekas komando, aku memang banyak
belajar bahasa asing.Bahasa Jepun lah bahasa
yang paling aku sayang. Aku sayang kau.
(Seperti biasa, tajuk posting kali ini tidak
ada kene mengena lagi dengan isi kandungan nya di bawah).

Sabtu, April 10

Kecondongan Yang Sangat Terserlah

Salam,

Kehadiran ku tiba-tiba kali ini adalah kerana ikut suka aku lah mahu ada atau tidak kerana bukan ada yang akan kisah dengan melampau pun, am i right? Baiklah, itu bukan tujuan ku yang sebenar. Kisah nya di sini, aku sedang mengalami Cognitive Dissonance yang agak kronik, kritikal serta melampau.

Apakah Cognitive Dissonance? Baik lah, kali ini biar aku menjadi bahan google para pembaca. Cognitive Dissonance ini adalah sesuatu konflik atau pun pertelagahan perasaan tentang sesuatu yang anda semua pernah mengalaminya melalui pengalaman hidup, kebiasaan di dalam putaran kehidupan kau, dan sebagainya. Secara dasar nya, semua orang pun mengalami keadaan ini. Beza nya? kronik atau pun tidak. Ya, wujud nya posting pada kali ini, daripada diri aku yang lebih menampakkan seperti sekeping biskut chipsmore dalam blog ini, adalah kerana aku mengalami keadaan seperti ini yang pada tahap yang amat kronik serta penuh dengan kecondongan (aku italic kan siap-siap agar nampak lebih condong).

Aku rindu kan rakan-rakan ku, ibubapa ku, chenta hati jiwa ku, skandal-skandal ku, current and even the past, orang-orang yang pernah terlibat dalam kehidupan seharian aku. Dengan ini aku mengumumkan kehadiran 'Buku' baru dalam hidup ku. Aku tahu salah, tapi aku masih mahukan nya dengan penuh rasa kecondongan (hopefully tidak terserlah sangat). Aku tulis posting kali ini dengan penuh rasa with love.

Btw, maafin ya Om Fit, Om makanbudak, Om Bok Aizad, kerna sudah lama menghilangkan diri. Aku sibuk di medan perang akhir-akhir ini.

Isnin, April 5

publisiti murahan.

perghh!! tu ayat pertama aku lepas dapat tau bende yg sial ini. apa dia? bende tu ialah seorang budak 14 tahun yang dengan selamba makbapak dia sesuka sesedap rase telah mengutuk arwah din beramboi. baru td aku dpt tau bende ni. dia buat propaganda publisiti murahan ni dari semalam lg. tapi semalam aku tak bukak facebook. ngantok dowh. penat dowh. tu yg tido awal tu. maklum la nak keje di awal pagi keesokan hari nya.

petang td aku bukak fb baru perasan ade group membenci rafiqin darwisy ni. bangang nyer budak. kecik2 tak nak mampos. da besar malukan mak bapak. kesian mak bapak dia dapat anak yang tak reti hormat orang yang da meninggal dunia.

semalam budak tu bukan main langsi lagi kat fb. siap sound sume orang yang try bagi nasihat kat dia. petang tadi dia buat statement minta maaf plak. da cuak sebab kene ugut kot. bukan sorang dua yang menyirap menyumpah seranah budak ni. berpuluh ribu gak la. padan muka kau budak bangang.

dia bole bagi statement "aq malaikat yg diupah oleh tuhan untuk kutuk din beramboi yang suck ass"
dan "al-fuck untuk din beramboi"

sial kan budak ni.

salah siapa? salah budak tu? atau salah mak bapak yang tak bagi cukup ilmu agama? atau salah ustaz kat sekolah?

entah la.

Al-Fatihah untuk allahyarham din beramboi.

Khamis, Mac 25

katak memanggil hujan.

entri ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas.
hari ni aku berada di ofis. sepanjang hari di ofis. bosan!! tak tau nak buat apa. nak main game tak boleh. nak main internet pon kena cover2. tadi baru lepas kena maki ngan bos. abes seriau muka dia aku tengok.

encik d, ko tak pandai cover langsung. ko nak main game ke, dengar lagu ke, ape ke, pandai2 la cover. ni ko duduk terlentang camtu, kaki ko letak atas meja, telinga ade headfon, sambil goyang kaki. pastu bos ingat ko tgh tido.

maka teros la dapat maki kasih sayang dari seorang bos. dengan aku aku skali kena maki. damn!! meroyan la kejap bos aku tu. datang bulan kot. tak pon baru lepas gado ngan laki dia. tak pon bank baru cal suh bayar hutang kad kredit. tak pon keta dia kena tarik malam semalam, ari ni dia kena datang ofis naik bas. tak pon bla bla bla bla........

susah rupa nya nak stadi drawing ni. ofkoz la kalau ko nak masuk site, ko kena stadi drawing tu dulu. stadi structure dan architect drawing building tuh. baru ko boleh faham kejadian yang berlaku di site tu. brader kat ofis aku ni suh aku stadi sendiri. dia kata dia berlagak dan bongkak. dia tak nak ajar aku apa-apa. fuck!! aku dengan perasaan tahi dan muka pasrah, pergi ke meja sendiri dengan structure drawing yang di campak ke muka aku oleh bos aku.

helaian pertama drawing tu, aku menguap. helaian kedua, mata berpinar. helaian ketiga, aku pegi keluar isap rokok. tak bole blah sial. macam tak paham drawing tu. mungkin itu sebab drawing tu susah nak paham, atau aku yang tak reti. dulu masa exam pakai toyol. ni la akibat nya.

dah la. aku nak balik. kesimpulan nya hari ni tak ada satu benda yang mulia di sisi masyarakat pon yang aku sumbangkan kat company ni.

sekian.






Isnin, Mac 22

hati gusar luka merindu.

ketika menulis entri ini, aku sedang berada di dalam ofis. ya, tekaan anda benar. aku sedang bekerja. bekerja? bukan kah aku belum habis belajar? oh tidak. aku sedang melalui fasa praktikal yang kritikal. kenapa? sebab aku sedang bosan di dalam ofis sehingga menyebabkan penghasilan entri ini. dan untuk berlakon sedang sibuk dihadapan semua staf dan juga bos. kerana itu, dengan muka yang serius dan jari yang menekan keyboard dengan kelajuan cahaya, aku menulis entri ini.

sungguh susah aku mendapat tempat untuk menjalani praktikal ini. oh sungguh sedih kisah ku. perasaan aku sebelum ini adalah ibarat emo berserta tacing ketika di tinggal oleh gf. aku merasakan dunia ini adalah tidak adil dan rasa ingin menangis.

oh aku akan ceritakan di kisah akan datang. kerana sudah kantoi dengan bos dan juga owner pc ini. aku pinjam je pc ini. sebagai budak praktikal, aku tiada pc sendiri untuk di peruntukkan. sampai berjumpa lagi. sekian.

Jumaat, Mac 19

obor-obor dalam sangkar.

yess!! exam da abes. nk pegi enjoy. tapi ada duit kah aku? sial! time ade duit, masa tak de. time ade mase, duit tak de. minggu depan da start praktikal. lagi laa tak de masa nak g enjoy. argghhh!!

Khamis, Mac 18

gatal urat leher.


final exam. apakah itu final exam? ia adalah satu ujian getir dalam hidup anda untuk mengetahui atau mengukur kemampuan anda setakat mana pemahaman anda pada subjek itu. ia juga adalah untuk mengetahui sama ada anda berada di tahap pembodek tahap sial, pembodek kecil-kecilan, pembodek secara halus, skema tapi pandai, skema tapi bodoh, dan juga pandai dalam bidang toyol-menoyol.

dan masa exam juga, anda akan mengetahui siapa yang betul2 memberi tumpuan di dalam kelas, tidur di dalam kelas, datang semata-mata sain attendance, atau datang kelas kerana di paksa oleh awek kau.

dan masa exam juga, anda akan mencari-cari orang yang skema atau lebih pandai dari anda untuk mencuri ilmu dari beliau. walhal, sebelum tu, nama beliau pun anda tak pernah ambik tau. senang cite, masa ni la kau nak kenal dia, ambik nombor tepon dia, nak tau umah sewa dia kat ne, pastu baru la kau rajin nak contact dia kan, baru la kau boleh pegi stadi ngan dia kan. mase ni la kau nak ngaku dia kawan baik kau kan. hah buto la wei.

di pendek kan cerita, aku adalah salah seorang dari golongan orang yang bencikan final exam. fuck la wei ade exam. sial la. buat pening kepala aku je. da macam orang gile da aku menghadap exam ni. arrgghh!! fuck!

Isnin, Mac 15

kencing dalam seluar.


oh~~ tiba2 ingin menulis lagi. aku baru menyelesaikan proses penyembuhan badan dengan cara tidur sepanjang hari. yang nyata, aku terlampau penat. oh aku sedang menjalani minggu exam sekarang. semalam baru lepas dua paper. satu hari dua paper. tak ke gila aku jadi nye. da lame tak kena camtu. paper pagi calculation. paper petang computer programming. WTF! aku ni da la buta i.t. mane la aku reti bab2 coding2 ni. yang calculation plak, lagi terbaeeekk. tips bagi lain. keluar exam lain pulak. memang sebijik dengan ape yang terjadi kat aku ari rabu lepas. cuma dengan paper dan lecturer yang berlainan. dah la. malas aku nak cerite bende tu. buat sakit hati je.

sambung balik. lepas aku bangun dari tidur, tiba2 kawan aku datang rumah. kawan yang aku tak sangka2 akan datang ke rumah. kerana beliau macam biskut. kejap ade, kejap hilang. alasan busy ngan kerja. padahal 24jam dating. da kemaruk nak kahwin kot. entah la. tapi beliau ni suka bercerita pasal kahwin. banjir taik telinga aku asyik dengar benda yang sama. tak layan kang merajuk. kalau layan kang aku jugak yang letih jadi pak dengar.

ok sambung balik. kawan aku datang rumah. "asal tetiba ko datang ni?" tanya ku. "bosan duk umah. jom tengok wayang. Rempit v3. aku kan bekas rempit dulu. so kene r support cite rempit ni." balas beliau dengan nada bongkak. "aik. asal tak ajak awek ko tengok wayang. aku pulak. dah la kite berdua je. tak macam gay plak kan." aku balas sambil menggosok taik mata. "alaa derr. pompuan ni mane paham cerita rempit2 ni. aku ni walaupon bekas rempit, jiwa dan hati aku masih pada rxz tau. cuma aku sekarang da pakai kereta. da kerja ni, da ade awek, kene la beli kereta kan. mane ade awek pandang motor2 ni bai." sambil pakai towel aku bersetuju dengan beliau "betol jugak cakap ko ni derr"

aku sebenar nye berat je hati nak pergi. bukan ape. tengah2 bulan ni kan. memang sengkek r cket. nak beli rokok pon budget2 je. ok tu ayat biasa dengar. sebenarnye aku malas tengok cerita farid kamil. da selalu sangat muka dia kat wayang. bosan tengok muka die. tapi aku pegi gak la. sebab aku suka tengok lisa surihani. eh biar la. dia lawa kot. sampai2 kat depan wayang, rempit v3 kul 10.30 plak. time tu kul 9.00. pergh memang terbaeek la kan. nak kene tunggu sejam setengah plak. nak buat ape ni. tak kan nak jadi gay yang bersidai kat tangga sejam lebih. gatal bontot aku. jadi plan pon berubah. terpaksa tengok Niyang Rapik. sebabnya, tiket kul 9 masa tu hanya Niyang Rapik. yang lain kul 10 lebih. damn it! takpe la. cerita ni ada liyana jasmay. aku cuba sedapkan hati.

permulaan cerita tu agak okey la. mane tak nye. mula2 pon korang da bole tengok perot busung siap berulat lagi. expectation aku untuk cerita ni agak tinggi la jugak. sebab pengarah dia ahmad idham. jadi aku budget cerita ni gempak la macam Jangan Pandang Belakang. tapi sayang. cerita ni tak banyak unsur2 suspen. jalan cerita da ok. tapi agak lembab dan kekuatan watak tu lemah. eh macam pengkritik profesional plak aku ni. aku bukan adlin aman ramli. jadi maaf kalau aku salah.

bagi aku, yang menghidupkan suasana ialah sam. memang kalakar sial mamat tu. teringat aku dia berlakon cerita adnan sempit. gelak sampai pecah urat kentut bai. balik2 asyik kentut je aku. da rosak sistem penahan kentut. jadi, keseluruhan komen aku cerita ni tak best. jadi, sape2 yang tak tengok lagi cerita ni, boleh la pegi tengok. tetapi jangan terlalu berharap. itu je. sekian.

Jumaat, Mac 12

sinis

ahh~~ sudah agak lama aku tidak menulis di sini. walaupun ada orang di luar sana yang tidak berapa sukakan aku menulis, dan telah lama mulakan tujuan memprotes, aku tidak peduli semua itu. aku, aku. kau, kau. okey, mari kita mengabaikan perkara itu.

setelah lama mendiam kan diri dan telah berjaya mengakhiri proses hibernasi, tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu. ia berbunyi begini.

pernahkah anda stadi dan apabila tiba final exam, anda tidak dapat menjawab exam itu dengan cemerlang. dan sebagai tambahan, lecturer anda memberi tips2 exam dengan muka serius dan ikhlas. mereka akan berkata "ini adalah tips untuk final. kamu semua mesti stadi bab ini, bab itu, dan jangan lupa saya akan menolong kamu". anda mesti akan buat mengikut arahan lecturer anda bukan. yang mana anda mesti stadi semua tips2 yang telah diberikan dengan harapan anda akan mendapat A untuk subjek itu. bila tiba hari final exam, bila anda membuka kertas soalan itu, selepas diberi sedikit ceramah dan panduan tentang peraturan menjawab exam oleh examiner atau pengawas peperiksaan, anda akan sedar bahawa soalan itu langsung tidak sama dengan tips2 yang telah diberikan. dan di saaat itu juga anda sedar bahawa anda telah ditipu dengan kata2 kosong dari lecturer anda.

dan di saat itu, anda pasti akan terbayang wajah suci lecturer anda yang sedang tergelak mengetawakan anda dan berkata "huh, korang ingat senang2 aku nak bagi korang A? senang2 korang ingat aku nak bagi korang lulus? tak dapat la bai. korang repeat la. biar habis duit korang. sem depan jumpe aku lagi. wahahaha". dan pada saat itu, anda pasti akan sedar bahawa anda telah meletakkan kepercayaan anda pada orang yang salah. dan pada hari itu juga, anda akan berjanji pada diri sendiri, bahawa anda akan menyelidik biodata dan sejarah2 tentang lecturer yang mengajar anda. anda mesti mengetahui semua hal termasuk hal peribadi belau. supaya senang anda ingin mengugut beliau atau untuk tujuan membodek tahap semesta.

oh, mungkin anda juga boleh ke rumah beliau dan berpura2 terserempak dengan beliau lalu menawarkan diri untuk mengecat rumah beliau secara percuma. dan selepas itu, anda mungkin ingin meletakkan televisyen litar tertutup atau closed circuit television atau cctv di tempat2 yang memungkin kan anda dapat mengenali beliau dengan lebih rapat dan terbuka dan ia lebih dikenali sebagai 'hubungan peribadi tiada rahsia antara kita'. dengan itu, mungkin senyuman sinis yang sentiasa dipertonjolkan oleh lecturer anda di dalam kelas akan hilang serta merta. dan di ingatkan, ini bukan lah untuk tujuan persendirian. ini adalah untuk kebaikan semua. kerana kejadian2 seperti ini selalunya di tanggung oleh satu kelas atau pada semua yang mengambil subjek itu. kejadian2 ini juga sebenar nya sudah tidak asing lagi pada setiap insan yang bergelar student.

jadi, jelas lah disini bahawa anda tidak boleh percaya pada lecturer anda mahupun pengawas peperiksaan walaupon beliau adalah rakan anda sendiri. dan untuk pengetahuan anda juga, kisah ini adalah luahan hati seorang pelajar yang teraniaya dan dipetik dari buku mastika keluaran mac 2034. jadi kisah ini bukan lah kisah dari pengalaman aku sendiri yang telah berlaku semalam. sekian terima kasih.

Ahad, Februari 14

GSR Lancer

Di Kedai Mamak

Encik A: Wei, ko tau x, aku minggu lepas baru je msukkan enjin GSR Lancer dlm kete aku... Bapak ar laju gler kete blh pegi..

Encik B: Yeke? Brp laju kete ko blh g?

Encik A: Laju bapak ar! blh g smpai 200km/j.. Nak tau ape yg paling best bro, tak gegar beb....

Encik B: Bapak ar mmg best! Ko tau x jgk? Aku pon baru masuk enjin GSR Lancer jgk.. Aku lg Best beb.. ko dr kete wira ko msk enjin GSR, aku plak dr volvo.. BAPAK AR!! GILER GEMPAK!!

Encik A: Ni pehal yg ko hype sgt?(muke xpuas hati).. Bukan volvo tu besar dan dah cukup gempak ke? Boleh masuk ke enjin GSR tu dlm volvo?(berasa pelik)

Encik B: Sape kate x leh bro....? ko percayala ckp org2 tu.. dorang xtau.. aku lg pakar! aku sendiri, dengan kudrat tenaga aku, mskkan sendiri enjin tu dlm volvo tu..

Encik A: Lepas ke JPJ tu?

Encik B: Lepas.. aku baru je g puspakom hari tu..

Encik A: Brp laju blh g kalo mcm tu?

Encik B: Laju bro...(memandang sinis).. ko bygkan, sume kete smpai tkutla dgn kelajuan aku.. sume elak ke tepi.. even smpi JPJ pon suruh aku pasang had laju... ko bayangkan ar!! smpi mcm tu skali!!

Encik A: Bapak ar! (berasa kagum).. ni yg aku nak tgk sgt ni kehebatan kete ko ni.. blh aku try power skali

Encik B: Sori ar bro, aku xbwk hari ni.. tp aku ade gmbr die dlm hp aku.. jap ek...ha.. ni die

Encik A: Meh sini aku tgk kete hebat ko ni

Encik A: Hoi BODOH, ni bas la bodoh!!

Encik B: Ye ar, mmg bas pon.. Sape kate aku ade kete volvo..? ko cube ingat blk..Aku driver Bas ekspress.. Nape? xpuas hati? Hahaha

Encik A: (memegang ketat cawan teh tarik smbil bermuke ketat dgn berniat nak pelangkop meja dpn muke Encik B)

Khamis, Januari 28

Face on Facebook



I read in the newspaper.."Malaysians, especially Muslims, must avoid being totally immersed in the internet culture, especially Facebook and Twitter", said Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

He added that facilities like internet could not be accepted wholly because it was a form of business introduced by the West and “Malaysians were just users.”


Then, i switch to TV1, " Bersama2la kita memenuhi hasrat 1Malaysia dengan melayari Facebook.com dan search 1Malaysia..."

in shock..? Maybe..

irony..? Definitely



Khamis, Januari 14

Video Skandal Seks.


Pertama sekali, aku ingin umumkan bahawa blog ini tidak sama sekali mengandungi video-video lucah seperti mana kau, kau dan kau harapkan. Maaf dipinta.

Sudah lama aku tidak menulis. Maaf sekali lagi. Aku terlampau sibuk semenjak dua ini. Aku baru sahaja pulang dari satu misi penting Platun Tentera Gerak Gempur Darat Malaysia ke-13. Kami diutuskan untuk menjaga laluan paip minyak di Lubnan menghala ke Dubai bagi membantu Kerajaan Dubai yang kini berada dalam kondusi krisis kewangan negara yang agak kronik diiringi dengan hutang berbillion-billion Dinar Mas.

Bukan seperti tidak biasa meninggalkan kampung halaman, tapi aku masih punya perasaan rindukan tanah air sendiri. Emak ayah, rakan-rakan, kekasih hati, skandal-skandal, turut menantikan kepulangan ku ke tanah air biarpun aku hanya mengikuti misi itu sekejap sahaja. Mula-lah semua pun mencari aku. Telefon aku sehingga dapat. Risau kan aku curang pada hubungan masing-masing. Kenapa perlu curang? Mengapa perlu timbul perasaan tidak percaya? Kau pernah berlaku salah sebelum ini? Kau pernah berbohong? Kenapa kau perlu marah pada-ku? Aku sayang kau bukan? Kenapa kau perlu pergi? Perkara-perkara seperti ini perlu-lah aku selesaikan satu persatu sehingga aku tidak kehilangan insan yang aku sayang. Aku sayang kan kamu semua. Cuba-lah percaya pada teman anda.

Sebenarnya, aku cuba meletakkan diriku pada posting kali ini sebagai seorang kawan. Kawan perlu sayang kawan. Nasihat, bukan lawan. Jadi kawan, bukan jadi raja. Kau raja kah, bro? Aku kurang pasti tentang itu. Kau tentu kan.

Kepada saudara Bok, jangan begini sayang, kerana kau tidak perlu begini. Sila toleransi. Maaf aku meninggalkan teratak peluang menulis yang kau berikan ini sebentar. Sibuk kebelakangan ini. At least, aku tidak tinggal kawan, bukan?Chow.

Isnin, Januari 11

the sun smells too loud.

thanks to dede untuk gambar ini. rasanya ini ialah masa yang sesuai untuk meletakkan gambar ini, haha.

ini ialah tempat kami bersatu. dan ini ialah tempat kami berpecah. dan rasa cinta dan sayang itu makin lama makin kelam.

this is going to be my farewell. to all of u. be kind to other people. am going to be in the hiatus mode for a while. maybe. sampai aku rasa nak menulis lagi. hati aku dah takde lagi kat sini.

to fit, makan budak and hati kudus, keep on posting. nothin much i can say. aku akan menjadi pemerhati bebas. stalker paling expert.

kepada anda yang membaca blog ini sejak hampir setahun setengah, terima kasih diucapkan. teruskan membaca blog ini. aku sorang je yang takde. yang lagi 3 orang tu ada lagi nak menulis.(sepatutnye la kan). dorang busy sket, tu sbb jarang post entri baru.

sekian, terima kasih.

assalamualaikum.

yang benar,
bok aizad.

Jumaat, Januari 8

simple.

name awek ni, Woo Seung-Yeon. pelakon dari korea.




name awek ni, Jang Ja Yun. pelakon dari korea gak.



hot en? stim je en tgk muke? sabar jap. dedue awek ni dah mati bunuh diri.

mati pucuk terus en korg?


Rabu, Januari 6

choke.


hmm.
doesn't matter anymore.

Selasa, Januari 5

choices.

"ko perasan tak?"

"perasan ape?"

"cuaca panas. makin panas sekarang."

"hmm, agak la. orang kata greenhouse effect. pemanasan global."

"yeke?"

"ye la. ko tak tengok tv? sekarang semua dok bising pasal bende ni."

"hmm. ko tau. sebenarnye dunia sedang berevolusi."

"berevolusi?"

"yup. macam binatang. gajah, harimau, monyet dan sebagainya."

"maksud kau?"

"camni. ko pernah terfikir kenapa monyet ade byk jenis? kucing ade byk jenis? dan yang lain2 ade byk jenis?"

"ntah."

"sbb berevolusi. golongan monyet yang malas akan duduk di satu tempat dan akan berevolusi secara sedikit. maka kategori monyet akan ada byk jenis. monyet yang rajin akan berjalan, berjalan, berjalan sekitar dunia. jadilah orang utan, baboon dan lain-lain."

"ye la ko."

"ye la. macam manusia. kaum inuit dan yupik kat alaska. dorang lain dari kita. tangan dorg kecik dan padat. tangan kite lain. tgk la tgn ko. standard size kan?"

"hmm. ntah. mcm biase je la kot."

"hmm. apply bende ni kat dunia. dulu ape jadi kat dinosor?"

"ape jadi?"

"dulu dinosor hidup aman damai. pastu meteor jatuh. habis keturunan dinosor yg besar-besar. lalu manusia menjadi superior."

"hmm ok."

"pastu dulu ko tau dunia ade satu benua je. sekarang ko tengok la bape byk benua dalam dunia. afrika, amerika selatan, amerika utara, oceania, eropah asia n antartika."

"hmmm. ye tak ye gak ek?"

"pastu tgk la dulu punye gajah, harimau nak compare skrg punye gajah n harimau. dulu muke lagi combat. skrg gajah boleh buat iklan bedak carrie junior. harimau pon buat lambang bank."

"hmm btol gak tu."

"hmm tau pon. so sbnrnye dunia sedang berubah. ada kajian mengatakan tak lama lagi britain akan lenyap dari peta dunia. gurun sahara yang mmg takde bende tak lama lagi akan ditumbuhi pokok2. iceberg besar2 tu kat kutub utara semua mencair."

"ok, ape ko nak cerita sebenarnye ni?"

"jap nanti dulu. saintis pernah jumpe orang zaman dulu pernah buat bateri ko tau? bateri! bateri dari tanah. mane belajar bai zaman dulu."

"hohh. ok2."

"pastu ko tgk lak piramid. gile bai. camne dowh dorg buat?"

"hmm. ok2. ko straight forward je la ko nak cakap ape."

"ok. aku nak maksudkan bende ni. aku rase dunia akan berevolusi bersama tamadun. tamadun yang sekarang ni akan pupus dan akan digantikan dengan yang baru. benua di dunia akan berubah maka peta dunia akan berubah. "

"so?"

"kita semua akan mati! mati!! huahahahaha!!! huaaaahahahahahahah!!"

*****

"bang kenape ngan die tu bang? cakap sorang2 kat table tu?"

"entah la yang. die ni mmg selalu camni. kesian, dulu keje nak merempit. sekali eksiden brain damage. tu yang suke cakap sorg2. cite lak bende nak mega2. serupe mcm member abg dulu yang sembang nak beli rumah rm2.6 million. name die mike."



Jumaat, Januari 1

Selamat Tahun Baru 2010



Aku xmau ketinggalan untuk menyatakan Selamat Tahun Baru kepada semua penduduk2 di dunia ini..

Knp yg terakhir ucap selamat ini berbanding penduduk2 tetap blog ini?

ini kerana aku nak tggu hawaii sambut new year dulu, baru aku ucap selamat ini..

Ape2 pon, SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

2012.


Lirikan pertama-ku untuk tahun ini.

Sebenarnya aku menanti kan para 'senior' untuk menulis ucapan tahun baru terlebih dahulu.
Tetapi, diri ku seperti kepingin untuk menulis sekarang.

Mengapa 2012? Sebab aku ingin terus memandang kehadapan (Mungkin faktor umur ku yang semakin tua ini membuatkan aku lebih matang berfikir. Mungkin?).

Walaubagaimanapun, Selamat Tahun Baru untuk para bloggers, serta para pembaca.

Nota kaki: Eight packs yang sentiasa di maintain kan ini, tidak pernah sama sekali membuatkan aku timbul rasa untuk lupakan kawan-kawan rapat aku. Sentiasa kenang dari mana anda bermula. Jenguk2-lah rumah selalu ya. Chow.