Sabtu, April 10

Kecondongan Yang Sangat Terserlah

Salam,

Kehadiran ku tiba-tiba kali ini adalah kerana ikut suka aku lah mahu ada atau tidak kerana bukan ada yang akan kisah dengan melampau pun, am i right? Baiklah, itu bukan tujuan ku yang sebenar. Kisah nya di sini, aku sedang mengalami Cognitive Dissonance yang agak kronik, kritikal serta melampau.

Apakah Cognitive Dissonance? Baik lah, kali ini biar aku menjadi bahan google para pembaca. Cognitive Dissonance ini adalah sesuatu konflik atau pun pertelagahan perasaan tentang sesuatu yang anda semua pernah mengalaminya melalui pengalaman hidup, kebiasaan di dalam putaran kehidupan kau, dan sebagainya. Secara dasar nya, semua orang pun mengalami keadaan ini. Beza nya? kronik atau pun tidak. Ya, wujud nya posting pada kali ini, daripada diri aku yang lebih menampakkan seperti sekeping biskut chipsmore dalam blog ini, adalah kerana aku mengalami keadaan seperti ini yang pada tahap yang amat kronik serta penuh dengan kecondongan (aku italic kan siap-siap agar nampak lebih condong).

Aku rindu kan rakan-rakan ku, ibubapa ku, chenta hati jiwa ku, skandal-skandal ku, current and even the past, orang-orang yang pernah terlibat dalam kehidupan seharian aku. Dengan ini aku mengumumkan kehadiran 'Buku' baru dalam hidup ku. Aku tahu salah, tapi aku masih mahukan nya dengan penuh rasa kecondongan (hopefully tidak terserlah sangat). Aku tulis posting kali ini dengan penuh rasa with love.

Btw, maafin ya Om Fit, Om makanbudak, Om Bok Aizad, kerna sudah lama menghilangkan diri. Aku sibuk di medan perang akhir-akhir ini.

Tiada ulasan: