Khamis, Mac 25

katak memanggil hujan.

entri ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas.
hari ni aku berada di ofis. sepanjang hari di ofis. bosan!! tak tau nak buat apa. nak main game tak boleh. nak main internet pon kena cover2. tadi baru lepas kena maki ngan bos. abes seriau muka dia aku tengok.

encik d, ko tak pandai cover langsung. ko nak main game ke, dengar lagu ke, ape ke, pandai2 la cover. ni ko duduk terlentang camtu, kaki ko letak atas meja, telinga ade headfon, sambil goyang kaki. pastu bos ingat ko tgh tido.

maka teros la dapat maki kasih sayang dari seorang bos. dengan aku aku skali kena maki. damn!! meroyan la kejap bos aku tu. datang bulan kot. tak pon baru lepas gado ngan laki dia. tak pon bank baru cal suh bayar hutang kad kredit. tak pon keta dia kena tarik malam semalam, ari ni dia kena datang ofis naik bas. tak pon bla bla bla bla........

susah rupa nya nak stadi drawing ni. ofkoz la kalau ko nak masuk site, ko kena stadi drawing tu dulu. stadi structure dan architect drawing building tuh. baru ko boleh faham kejadian yang berlaku di site tu. brader kat ofis aku ni suh aku stadi sendiri. dia kata dia berlagak dan bongkak. dia tak nak ajar aku apa-apa. fuck!! aku dengan perasaan tahi dan muka pasrah, pergi ke meja sendiri dengan structure drawing yang di campak ke muka aku oleh bos aku.

helaian pertama drawing tu, aku menguap. helaian kedua, mata berpinar. helaian ketiga, aku pegi keluar isap rokok. tak bole blah sial. macam tak paham drawing tu. mungkin itu sebab drawing tu susah nak paham, atau aku yang tak reti. dulu masa exam pakai toyol. ni la akibat nya.

dah la. aku nak balik. kesimpulan nya hari ni tak ada satu benda yang mulia di sisi masyarakat pon yang aku sumbangkan kat company ni.

sekian.






Tiada ulasan: