Isnin, Mac 15
kencing dalam seluar.
oh~~ tiba2 ingin menulis lagi. aku baru menyelesaikan proses penyembuhan badan dengan cara tidur sepanjang hari. yang nyata, aku terlampau penat. oh aku sedang menjalani minggu exam sekarang. semalam baru lepas dua paper. satu hari dua paper. tak ke gila aku jadi nye. da lame tak kena camtu. paper pagi calculation. paper petang computer programming. WTF! aku ni da la buta i.t. mane la aku reti bab2 coding2 ni. yang calculation plak, lagi terbaeeekk. tips bagi lain. keluar exam lain pulak. memang sebijik dengan ape yang terjadi kat aku ari rabu lepas. cuma dengan paper dan lecturer yang berlainan. dah la. malas aku nak cerite bende tu. buat sakit hati je.
sambung balik. lepas aku bangun dari tidur, tiba2 kawan aku datang rumah. kawan yang aku tak sangka2 akan datang ke rumah. kerana beliau macam biskut. kejap ade, kejap hilang. alasan busy ngan kerja. padahal 24jam dating. da kemaruk nak kahwin kot. entah la. tapi beliau ni suka bercerita pasal kahwin. banjir taik telinga aku asyik dengar benda yang sama. tak layan kang merajuk. kalau layan kang aku jugak yang letih jadi pak dengar.
ok sambung balik. kawan aku datang rumah. "asal tetiba ko datang ni?" tanya ku. "bosan duk umah. jom tengok wayang. Rempit v3. aku kan bekas rempit dulu. so kene r support cite rempit ni." balas beliau dengan nada bongkak. "aik. asal tak ajak awek ko tengok wayang. aku pulak. dah la kite berdua je. tak macam gay plak kan." aku balas sambil menggosok taik mata. "alaa derr. pompuan ni mane paham cerita rempit2 ni. aku ni walaupon bekas rempit, jiwa dan hati aku masih pada rxz tau. cuma aku sekarang da pakai kereta. da kerja ni, da ade awek, kene la beli kereta kan. mane ade awek pandang motor2 ni bai." sambil pakai towel aku bersetuju dengan beliau "betol jugak cakap ko ni derr"
aku sebenar nye berat je hati nak pergi. bukan ape. tengah2 bulan ni kan. memang sengkek r cket. nak beli rokok pon budget2 je. ok tu ayat biasa dengar. sebenarnye aku malas tengok cerita farid kamil. da selalu sangat muka dia kat wayang. bosan tengok muka die. tapi aku pegi gak la. sebab aku suka tengok lisa surihani. eh biar la. dia lawa kot. sampai2 kat depan wayang, rempit v3 kul 10.30 plak. time tu kul 9.00. pergh memang terbaeek la kan. nak kene tunggu sejam setengah plak. nak buat ape ni. tak kan nak jadi gay yang bersidai kat tangga sejam lebih. gatal bontot aku. jadi plan pon berubah. terpaksa tengok Niyang Rapik. sebabnya, tiket kul 9 masa tu hanya Niyang Rapik. yang lain kul 10 lebih. damn it! takpe la. cerita ni ada liyana jasmay. aku cuba sedapkan hati.
permulaan cerita tu agak okey la. mane tak nye. mula2 pon korang da bole tengok perot busung siap berulat lagi. expectation aku untuk cerita ni agak tinggi la jugak. sebab pengarah dia ahmad idham. jadi aku budget cerita ni gempak la macam Jangan Pandang Belakang. tapi sayang. cerita ni tak banyak unsur2 suspen. jalan cerita da ok. tapi agak lembab dan kekuatan watak tu lemah. eh macam pengkritik profesional plak aku ni. aku bukan adlin aman ramli. jadi maaf kalau aku salah.
bagi aku, yang menghidupkan suasana ialah sam. memang kalakar sial mamat tu. teringat aku dia berlakon cerita adnan sempit. gelak sampai pecah urat kentut bai. balik2 asyik kentut je aku. da rosak sistem penahan kentut. jadi, keseluruhan komen aku cerita ni tak best. jadi, sape2 yang tak tengok lagi cerita ni, boleh la pegi tengok. tetapi jangan terlalu berharap. itu je. sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan