ahh~~ sudah agak lama aku tidak menulis di sini. walaupun ada orang di luar sana yang tidak berapa sukakan aku menulis, dan telah lama mulakan tujuan memprotes, aku tidak peduli semua itu. aku, aku. kau, kau. okey, mari kita mengabaikan perkara itu.
setelah lama mendiam kan diri dan telah berjaya mengakhiri proses hibernasi, tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu. ia berbunyi begini.
pernahkah anda stadi dan apabila tiba final exam, anda tidak dapat menjawab exam itu dengan cemerlang. dan sebagai tambahan, lecturer anda memberi tips2 exam dengan muka serius dan ikhlas. mereka akan berkata "ini adalah tips untuk final. kamu semua mesti stadi bab ini, bab itu, dan jangan lupa saya akan menolong kamu". anda mesti akan buat mengikut arahan lecturer anda bukan. yang mana anda mesti stadi semua tips2 yang telah diberikan dengan harapan anda akan mendapat A untuk subjek itu. bila tiba hari final exam, bila anda membuka kertas soalan itu, selepas diberi sedikit ceramah dan panduan tentang peraturan menjawab exam oleh examiner atau pengawas peperiksaan, anda akan sedar bahawa soalan itu langsung tidak sama dengan tips2 yang telah diberikan. dan di saaat itu juga anda sedar bahawa anda telah ditipu dengan kata2 kosong dari lecturer anda.
dan di saat itu, anda pasti akan terbayang wajah suci lecturer anda yang sedang tergelak mengetawakan anda dan berkata "huh, korang ingat senang2 aku nak bagi korang A? senang2 korang ingat aku nak bagi korang lulus? tak dapat la bai. korang repeat la. biar habis duit korang. sem depan jumpe aku lagi. wahahaha". dan pada saat itu, anda pasti akan sedar bahawa anda telah meletakkan kepercayaan anda pada orang yang salah. dan pada hari itu juga, anda akan berjanji pada diri sendiri, bahawa anda akan menyelidik biodata dan sejarah2 tentang lecturer yang mengajar anda. anda mesti mengetahui semua hal termasuk hal peribadi belau. supaya senang anda ingin mengugut beliau atau untuk tujuan membodek tahap semesta.
oh, mungkin anda juga boleh ke rumah beliau dan berpura2 terserempak dengan beliau lalu menawarkan diri untuk mengecat rumah beliau secara percuma. dan selepas itu, anda mungkin ingin meletakkan televisyen litar tertutup atau closed circuit television atau cctv di tempat2 yang memungkin kan anda dapat mengenali beliau dengan lebih rapat dan terbuka dan ia lebih dikenali sebagai 'hubungan peribadi tiada rahsia antara kita'. dengan itu, mungkin senyuman sinis yang sentiasa dipertonjolkan oleh lecturer anda di dalam kelas akan hilang serta merta. dan di ingatkan, ini bukan lah untuk tujuan persendirian. ini adalah untuk kebaikan semua. kerana kejadian2 seperti ini selalunya di tanggung oleh satu kelas atau pada semua yang mengambil subjek itu. kejadian2 ini juga sebenar nya sudah tidak asing lagi pada setiap insan yang bergelar student.
jadi, jelas lah disini bahawa anda tidak boleh percaya pada lecturer anda mahupun pengawas peperiksaan walaupon beliau adalah rakan anda sendiri. dan untuk pengetahuan anda juga, kisah ini adalah luahan hati seorang pelajar yang teraniaya dan dipetik dari buku mastika keluaran mac 2034. jadi kisah ini bukan lah kisah dari pengalaman aku sendiri yang telah berlaku semalam. sekian terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
fit update blog!oh yeah!
btw, siapa yg tak sukakan kau menulis?
tu cuma propaganda. jangan bimbang.
Catat Ulasan