jam berdetik masa berlalu
angin bertiup menembus pipi
bayu menghembus membelai rambut
daunan berterbangan melintasi pandangan
mata melirik ke arah ufuk
fikiran melayang di awan-awangan
huuuu
rokok ku hisap bertalu-talu
selepas sedut ku sedut lagi
aku hembus asap
aku hembus asap berbentuk 0
nak buat asap bentuk love tapi tak jadi
disusuli asap berbentuk anak panah
juga tak jadi
asap naga juga yang keluar
aku duduk persis cina kalah judi
merenung nasib di kejauhan
meminta simpati tidak di peduli
aku mengeluh
aku mengeluh panjang
tiba-tiba aku sendawa
burrrrrpp
oh aku baru lepas makan
prooottt
disusuli kentut hampir cirit
oh mungkin terlampau kenyang
aku merenung jauh lagi
lepas sebatang, sebatang lagi rokok ku hisap
fikiran bercelaru
memikirkan pelbagai masalah
masalah di tempat belajar
di selang selikan dengan masalah sosial
yang tidak berkesudahan
aku berusaha mencari jawapan
tidak berhasil
otak semakin kusut
pelbagai peristiwa berlaku
hati semakin parah
parah mengenang nasib
mungkin itu sudah suratan
mungkinkah aku yang bersalah?
mungkinkah mereka?
aku tidak mengerti
soalan itu terlalu sukar
mungkin lebih sukar dari soalan final exam
sebab masa exam kita boleh meniru
dengan pelbagai cara
cara mudah untuk memperbaiki kelemahan diri
tapi soalan itu sangat subjektif
dan tiada talian hayat yang boleh digunakan
untuk membantu
jalaludin hassan pun tidak dapat membantu ku
"kita gunakan talian hayat yang pertama"
suara beliau berkumandang di ruangan otak
tapi sayang
talian hayat yang pertama itu apa?
aku buntu
semakin buntu
biarlah aku pergi dari sini
pergi untuk menenangkan benak fikiran ku
dari dihujani pelbagai masalah
itu lah jalan mudah
lari dari masalah
apa boleh buat
aku hanya manusia biasa
biarlah aku pergi untuk sementara waktu
dengan waktu terluang nanti
mungkin aku boleh membentuk 8 packs
yang sekian lama sudah dibentuk
tetapi jarang di perlihatkan
eight packs perlu selalu maintain bro
bak kata komando malaysia yang selalu keluar kat tv
komando bercalit hitam di muka
bersarung rumput dibadan untuk tujuan penyamaran
nak menyamar tikus tak boleh
nak menyamar jadi biawak pon tak boleh
nanti urat perut lari
8 packs pon dah tak cantik
sia-sia penat work out sambil menaip
eh apa aku merepek ni
sebelum lebih banyak aku merepek
aku nak ucapkan
Selamat Tahun Baru 2010!!!