Jumaat, Mei 8

rokok penyebab keguguran janin.


encik lee chiko memandang aku sambil membuat muka bomoh.

"wei bok. ko nak benti rokok x?" tanya lee chiko.

aku memandang muka beliau sambil menghembuskan asap rokok.

"betul ke ni bai?" tanya aku.

"betul. kalu kene care mmg jadi la sial." jawab lee chiko.

berbekalkan rm2 milik encik lee chiko, kami membeli sebiji kelapa muda yang segar. dan kami pulang ke rumah untuk menjalankan upacara santau diri sendiri.

encik lee chiko mengambil pisau paling besar yang boleh diperoleh di rumah. merenung tajam ke arah kelapa tersebut.

"zaassss!!"

satu hunusan padu maut tepat memecahkan tempurung kelapa itu. tanpa berlengah lagi, encik lee chiko selaku pawang sumatera untuk malam itu meletakkan ramuan istimewa ke dalam air kelapa itu.

ramuan istimewa itu ialah tembakau dari rokok feveret anda.

lalu campuran air kelapa dan tembakau itu di kacau dan dibiarkan sebentar.

saat ditunggu sudah tiba. masa untuk meminum air kelapa neraka itu.

saat air kelapa neraka itu memasuki mulut, keluar satu aroma mengemukimakkan. secara tiba-tiba mulut terasa panas dan perut terasa memulas. tapi kami boleh handle lagi. sambil menjerit "spartan!!" kami berganti-ganti menghabiskan baki air kelapa neraka itu.

dan sampailah kemuncaknya. encik lee chiko membakar rokok untuk dihisap. sedut. hembus. sedut. hembus.

tiada perubahan berlaku. ujian gagal ke atas beliau.

encik lee chiko memberi baki rokok kepada aku. sedut. hembus. sedut. hembus. sedut. dan termuntah.

ujian lulus terhadap aku. aku berasa mual campur tak boleh blah apabila terbau asap rokok. aku sudah tidak boleh menghisap rokok. terasa amat terharu seperti menang olimpik. seperti kulit bayi.

lalu kami sudah letih dan pergi tidur.

keesokkan harinya.

"wei lee, ade rokok tak? sangap ni bai."

4 ulasan:

Unknown berkata...

mmg berkesan santau tu.
berkesan untuk satu mlm.
hahah.
aumm.

iLa berkata...

sungguh bergaya..terharu~

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

memang mengemukimakkan kan care santau itu.

aku makan chewing gum dah boleh la.

Bok Aizad berkata...

kepada Pije: ngaum.

kepada iLa: ngaaum.

kepada .kakijalan.: ngaaaum.