Selasa, Mei 12

jusco selection.


cyberjaya.

tempat yang super panas. terasa seperti berjalan-jalan di padang pasir yang bertraffic light.

aku sedang membuat assignment ketika aku melihat seekor nyamuk melilau di depan ku. aku memandang nyamuk itu dengan tekun. aku melihat ia tidak keruan. seperti terkena sawan memerang. peluh dingin, eh tak peluh panas mula mengalir dari dahi.

setelah berterbangan, nyamuk itu singgah di atas monitor laptop aku. dan aku melihat ia, dan ia melihat aku. seperti mengajak bertinju di dubai. aku sedang kepanasan, dan bila melihat seekor nyamuk mengusha panas aku, aku bertambah panas. tapi aku diamkan jua. aku tidak mahu dilihat seperti seorang retard kerana bergaduh dengan seekor nyamuk. dan aku terus melihat ia melihat aku.

"woi bok!"

kedengaran suara memanggil aku. aku mencari di sekeliling bilik aku. suara seperti paul banks, penyanyi kumpulan interpol. aku berasa cuak sehingga terkentut-kentut. mana mungkin paul banks berada di rumah aku. dia mesti berada di new york sedang bermain bersama anjing.

"woi lahabau. ni la. aku ni tengah panggil kau."

suara itu. suara itu datang dari nyamuk tersebut. seraya dengan itu aku terkejut sehingga aku memakan roti tanpa sedar. nyamuk bercakap? apakah semua ini??

nyamuk: ya. aku ialah nyamuk yang boleh bercakap. namaku mick jagger.

aku: adakah encik mick jagger penyanyi rolling stones itu? apa telah berlaku? mengapa menjadi nyamuk?

nyamuk: bukan. aku bukanlah mick jagger yang kau maksudkan itu. aku seekor nyamuk dari tambun, ipoh. bapaku peminat rolling stones lalu menamakan aku mick jagger sempena nama penyanyi band itu.

aku: wow. saya amatlah kagum. saya selalu nampak kawan-kawan encik kena bunuh dalam iklan shieldtox. adakah mereka juga boleh bersembang?

nyamuk: oh tidak. mereka itu tidak tahu bercakap. mereka hanya tahu dibunuh. tujuan aku datang kepada kau adalah bersebab.

aku: oh apakah dia encik mick jagger?

nyamuk: 0671.

aku: apakah itu encik mick jagger?

nyamuk: 0671. selamat tinggal bok. aku perlu beredar.

dan nyamuk itu meninggalkan aku. aku terasa bingung. apakah dia 0671?

keesokkan harinya aku masih teringatkan nombor itu. 0671. adakah ianya kombinasi nombor plat? adakah ianya petunjuk sesuatu? adakah mungkin jika ditukarkan akan menjadi 1706 maka 17 jun akan berlaku hari nyamuk sedunia? aku runsing memikirkannya.

lusanya aku sarapan di kedai mamak. memakan capati dan teh tarik nipis. lalu aku membaca surat khabar the star. sekadar mengisi masa lapang.

sedang khusyuk membaca tiba-tiba perkara yang aku runsingkan muncul di depan aku. 0671. aku melihatnya di surat khabar itu. lantas aku berbuih mulut seketika.

Magnum 4d winning results.

first prize: 0671
second prize: 9737
third prize: 7805

8 ulasan:

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

ko nak cakap nyamuk tu main no ekor ke ape?

iLa berkata...

marilah kita ber asma al husna cik robok..

Tanpa Nama berkata...

2 tanda ko dah sampai waktu tu..

Tanpa Nama berkata...

17 Jun. Sape nye besday ek?
haha,

Bok Aizad berkata...

kepada .kakijalan.: bukan ke?

kepada iLa: marilah.

kepada Tanpa Nama: tu r. aku harap ko join aku skali.

kepada ShelaBlurbSs: sape? azmi ibrahim? rogayah manap?

minachi malas log in berkata...

mengapa u tak bg kat i masa cubaan pertama main nombor ekor dulu bok?
mengapa...

walaweei.

aku pali..kao? berkata...

nirajim..dh sampai masa kau hormat agama aku..haha

Bok Aizad berkata...

kepada minachi: tu la. aku terlupa.

kepada pali: agama ape? buddha? hindu?