Ahad, Mei 31

c'est tout ce que j'aime.

apakah yang akan berlaku jika kau campur adukkan realiti dan fantasi?

jawapan: penyesalan yang tidak sudah.

Khamis, Mei 28

indahnya malam ini.


wooo.. wooo.. uhuk uhukk.. sob... sob.. srootttt!!

27hb Mei 2009

hampir sebahagian besar housemate aku: "wei bak datang la wei bet ngan aku! kalau MU menang korang potong botak. kalau MU kalah aku sendiri amek mesin rambut tu potong botak la wei!"

28hb Mei 2009

................................................

................................

...............

(bunyi cengkerik)

sunyi sepi. jarang sekali rumah terasa sunyi. dan paling penting, tiada lagi sorakan "glory glory man united" yang menjengkelkan itu.

Selasa, Mei 26

perbualan musim panas.


aku ada satu soalan untuk korang.

apakah reaksi anda apabila anda berjumpa seorang perempuan yang bermuka pecah rumah, berambut leper ibarat baru lepas membuat rebonding rambut menggunakan alat rebonding rambut rm10 yang mudah didapati di uptown danau kota, bajet-bajet kaya dan hot tapi kebenarannya tidak, dan menegur anda yang ketika itu sedang menyanyi lagu rock kapak dengan berkata "ewww that is soooo mat rempit!"?

Jumaat, Mei 22

hocus pocus.


kepada seseorang.

usahlah menunggu lama-lama. kerna penantian amatlah menyakitkan. beliau berada di depan mata mu. masih ada 50% untukmu jika kau dapat mengumpul semua kekuatanmu.

dan ya, kami menyokong anda. asalkan senyuman itu menjadi milikmu kembali.

Rabu, Mei 20

schizophrenia melanda jati diri.



culture shock..

ia merangkumi pelbagai tema dan keadaan. dari budak kampung ke budak bandar. dari berseluar jeans pasar malam ke jeans levi's berharga ratusan ringgit. dari t-shirt pagoda ke baju berjenama zara. dari bercakap ayat melayu klasik ke perkataan2 carutan bergaya urban. dari hanya mengenali kedai runcit mak cik gayah tetapi sekarang hampir semua disco2 di kl sudah di kunjungi. dari hanya mengenali teh o ais limau tetapi sekarang sudah mengenali dan merasa arak serta wine. dari hanya mengenali panadol rm1.20 sepapan tetapi sekarang sudah menjadi tokan pil2 khayal yang bersepah di disco. dari berkopiah di kepala tetapi sekarang sudah pelbagai warna di siram kat rambut. tapi alangkah sedih nya jika orang di atas itu datang nya dari keluarga yang di anggarkan tidak berkemampuan untuk mengikuti perkembangan gaya urban ini. kesian mak bapak dorang. penat2 cari duit kasi kat anak tapi bole pulak bantai enjoy macam anak orang kaya. kalo mak bapak dorang kaya, tu lain citer rr.

tapi di atas bukan tujuan entri ini di tulis.

minggu lepas aku lepak dengan kawan sekolah lama aku. mmg lama gile tak jumpe. aku pon tak berapa tau sangat perkembangan kawan2 sekolah lama ni. aku lepak dgn dia sambil borak2 hal tentang kawan2 lama ni. pastu dia pon citer pasal sorang mamat ni. mamat ni mmg aku rapat dgn dia masa sekolah dulu. dia mmg agak skema dan mementingkan perasaan gadis. kire gentleman la. tapi itu dulu.

cik s : weh ko nak tau tak fit. si A tu sekarang dah lain dowh.

aku : aik lain ape pulak. dia korek idung pakai kaki ke sekarang?

cik s : bukan rr. itu ari aku lepak dengan dia tau. dia tu sebok gile tanye aku pasal aku dengan bf aku. dia tanya ade tak aku buat xxx dan yyy dan zzz dengan bf
aku. benci gile aku. ( maaf terpaksa di censored kan sebab itu ayat lucah )

aku : laa ko biar betul bai. pesal dia tanya ko macam tu?

cik s : betul dowh. pastu dia siap tanye cane keadaan mase aku buat xxx dan yyy dengan bf aku tu. best ke tak buat bende tu. sume2 tu la.

aku : eh pesal dia nak tanye ko macam tu pulak bai?

cik s : mane aku tau dowh. aku tak nak rr cite. bende privacy kott. pastu dia bole sound aku balik pulak. dia kate " alaa kite da besar kott. dah boleh buat anak dah. citer je laa. aku nak tau gak cane ko mula2 buat dengan bf ko "

aku : pergh agak kuang ajo jugak la mulut dia tu kan.

cik s : betul dowh. aku pon menyirap gak rr dengar dia cakap macam tu. pastu bila dia tengok aku tak nak cite, dia cite pulak pasal dia.

aku : haa dia cite ape?

cik s : dia cite r pasal dia main dengan skandal dia, pastu ade banyak gak r skandal, bole kate mane2 pegi pon ade orang minat kat dia pastu skandal pastu main. dia siap cite pulak cane dia foreplay pastu xxx. bodo sial mamat ni.

aku : mak aii. poyo gile si A ni sekarang.

cik s : betul bai. pastu dia siap cakap " erm hensem gile aku ni kan. g mane2 pon ade orang nak kat aku. susah betul jadi orang hensem ni. tapi lepas da main aku blah rr. name pon skandal kan. hahaha. "

aku : da lain sial mamat ni. dulu skema je. g kelas pon pakai songkok. pastu selalu mengaji kat surau. sekarang siap ade skandal pulak. siap bangga pulak da jadi rosak macam tu.

cik s : tu laa. aku pon da menyampah gile dengan mamat tu.

Selasa, Mei 19

Camera Obscura

Sesungguhnya aku telah lame tidak mengepost di blog ini sehingga ke saat ini..

aku telah melawat pulau pangkor baru2 ini. ini adalah untuk mencari ilham keramat untuk di letakkan di blog ini..tp malangnye, serupa dgn fit, mmg xdpt dowh ilham.. tp byk jgk dpt benda len kat sini..

1. mmg xdpt dinafikan mmg cantek dowh pangkor dgn permandngn yg cantek dan awek2 mat saleh yg berbikini (aku tekankan disini), x berbogel plakkan bile mandi..free show beb..aku bersnorkeling dan bermandi di pantai yg menggerunkan bile air pasang..

2. sambil memandang panorama2 permandangan laut yg jernih sambil mendgr lagu Country Mile oleh Camera Obscura membuatku teringat pd rakan2ku bok dan fit yg berada di K.L. aku terasa bersalah kerana tidak mengajak bersama..maafkan aku bok..maafkan aku fit..
tp.... setelah membuka blog baru2 ini, rasa bersalah tetibe terasa hilang malah kecewa yg hadir setelah melihat post oleh fit kerana tidak ajak ke pantai bersama2..xpe2

3. aku telah disajikan oleh permandangan sekumpulan budak2 gay bersuka ria sambil memakai hot pant yg sgt ketat dan basah setelah balik dr snorkeling dan berposing bergambar yg mengeliurkan...(termuntah sebentar).............(termuntah semula kerana berfikir blk)

4. kulitku semakin hitam, badanku semakin besar kerana byk makan, tp aku gembira, dan aku berangan untuk pergi lg mgkn dgn bok dan fit (jika mereka masih mengingati diriku lg)

p/s gambar yg aku postkan itu adalah angan2ku bile aku,bok dan fit pergi ke pangkor bersame2 kelak..(aku menarik nafas lega sambil mendgr lagu country mile semula...)

(tetibe termuntah buat kali ke-3 kerana masih mengingati kumpulan gay tersebut)

Jumaat, Mei 15

dada bidang bukan lah penentu bilangan otot di perut.



weh korang2 nih.
aku bukan suka2 tak nak post dowh.
lame da aku tak post.
baru skrg aku nak post.
yang sebenar nye aku g bertapa dowh.
baru la ari ni aku settle keje pertapaan.
kenapa aku bertapa?
ya. untuk mencari idea2 baru untuk mengepost.
untuk mewarna warnikan lagi aroma dalam blog ni.
supaya korang yg baca blog nih terhibur.
betul ni bai.
kembali pada tajuk asal.
aku bertapa untuk mencari idea untuk mengepost.
aku da dapat banyak idea dan cerita menarik untuk di post.
hohoho bagus2. tak sia2 aku bertapa.
yang pasti nya beruang tidak akan banyak songeh lagi.
beruang tidak akan mengguling2 kan badan nya di atas tanah ibarat ingin berhibernasi.
tanda beliau sangat bengang pada aku.
ya. itu semua kerana aku telah berjaya menghasilkan entri ini.
idea hebat yang akan menggegarkan lemak tepu anda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang di atas tu sume adalah harapan aku.
tapi tak menjadi.
damn.
pertapaan aku gagal.
aku buntu.
aku kusut.
tekanan perasaan bertambah.
akibat daripada limpahan bah esaimen el nino beserta dengan test di luar jangkaan
lemak makin susut.
rambut makin gugur.
lutut makin longgar.


bok, aku da cube sedaya upaya untuk menghasilkan sebuah entri yg bermutu. tapi gagal. siyesss dowh.


cebisan lemak : yeah. blog ini dah memasuki ke alaf ratusan. tahniah kepada tuan punya blog ini iaitu encik bok. yang pasti nya aku turut berbangga.

Khamis, Mei 14

minuman bijirin berkhasiat.


ini ialah entri Karangan Darjah Dua yang ke 100.


yeay.......(nada hambar).

dan pada mulanya aku berfikir ketika membuat blog ini hanyalah untuk menulis benda-benda bodoh yang tiada guna untuk di baca. dan selepas beberapa entri mahu mendelete blog.

tidak sangka benda-benda bodoh yang ingin diceritakan sudah sebanyak 100 entri.

terima kasih kerana sudi membaca blog Karangan Darjah Dua ini. terima kasih.

kepada makan budak dan fit, BUTO LA WEI MALAS UPDATE!!!

minuman buah kiwi.


aku merasakan hidup aku semakin membosankan.

setiap hari ialah perkara yang sama aku lalui. aku sungguh tertekan. namun, semuanya telah berubah.

untuk kesekian lamanya aku melepak di kedai burger di depan rumah aku, tadi, di depan mata aku sendiri, aku melihat seekor anak kucing dilenyek sebuah kereta myvi ketika anak kucing itu sedang enak memakan cebisan daging burger di tengah jalan.

dan myvi itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah. dan tinggallah seekor anak kucing yang sedang bertarung nyawa di tengah jalan. menggeletar badannya. baru nak kenal dunia dah kena langgar.

kepada pemandu myvi tersebut, aku harap kau mati eksiden kena lenyek lori. dan sebelum kau mati, dalam keadaan badan ko menggeletar, aku harap biarlah ada pajero langgar kepala kau sampai berkecai.

sekian.

Selasa, Mei 12

jusco selection.


cyberjaya.

tempat yang super panas. terasa seperti berjalan-jalan di padang pasir yang bertraffic light.

aku sedang membuat assignment ketika aku melihat seekor nyamuk melilau di depan ku. aku memandang nyamuk itu dengan tekun. aku melihat ia tidak keruan. seperti terkena sawan memerang. peluh dingin, eh tak peluh panas mula mengalir dari dahi.

setelah berterbangan, nyamuk itu singgah di atas monitor laptop aku. dan aku melihat ia, dan ia melihat aku. seperti mengajak bertinju di dubai. aku sedang kepanasan, dan bila melihat seekor nyamuk mengusha panas aku, aku bertambah panas. tapi aku diamkan jua. aku tidak mahu dilihat seperti seorang retard kerana bergaduh dengan seekor nyamuk. dan aku terus melihat ia melihat aku.

"woi bok!"

kedengaran suara memanggil aku. aku mencari di sekeliling bilik aku. suara seperti paul banks, penyanyi kumpulan interpol. aku berasa cuak sehingga terkentut-kentut. mana mungkin paul banks berada di rumah aku. dia mesti berada di new york sedang bermain bersama anjing.

"woi lahabau. ni la. aku ni tengah panggil kau."

suara itu. suara itu datang dari nyamuk tersebut. seraya dengan itu aku terkejut sehingga aku memakan roti tanpa sedar. nyamuk bercakap? apakah semua ini??

nyamuk: ya. aku ialah nyamuk yang boleh bercakap. namaku mick jagger.

aku: adakah encik mick jagger penyanyi rolling stones itu? apa telah berlaku? mengapa menjadi nyamuk?

nyamuk: bukan. aku bukanlah mick jagger yang kau maksudkan itu. aku seekor nyamuk dari tambun, ipoh. bapaku peminat rolling stones lalu menamakan aku mick jagger sempena nama penyanyi band itu.

aku: wow. saya amatlah kagum. saya selalu nampak kawan-kawan encik kena bunuh dalam iklan shieldtox. adakah mereka juga boleh bersembang?

nyamuk: oh tidak. mereka itu tidak tahu bercakap. mereka hanya tahu dibunuh. tujuan aku datang kepada kau adalah bersebab.

aku: oh apakah dia encik mick jagger?

nyamuk: 0671.

aku: apakah itu encik mick jagger?

nyamuk: 0671. selamat tinggal bok. aku perlu beredar.

dan nyamuk itu meninggalkan aku. aku terasa bingung. apakah dia 0671?

keesokkan harinya aku masih teringatkan nombor itu. 0671. adakah ianya kombinasi nombor plat? adakah ianya petunjuk sesuatu? adakah mungkin jika ditukarkan akan menjadi 1706 maka 17 jun akan berlaku hari nyamuk sedunia? aku runsing memikirkannya.

lusanya aku sarapan di kedai mamak. memakan capati dan teh tarik nipis. lalu aku membaca surat khabar the star. sekadar mengisi masa lapang.

sedang khusyuk membaca tiba-tiba perkara yang aku runsingkan muncul di depan aku. 0671. aku melihatnya di surat khabar itu. lantas aku berbuih mulut seketika.

Magnum 4d winning results.

first prize: 0671
second prize: 9737
third prize: 7805

Jumaat, Mei 8

rokok penyebab keguguran janin.


encik lee chiko memandang aku sambil membuat muka bomoh.

"wei bok. ko nak benti rokok x?" tanya lee chiko.

aku memandang muka beliau sambil menghembuskan asap rokok.

"betul ke ni bai?" tanya aku.

"betul. kalu kene care mmg jadi la sial." jawab lee chiko.

berbekalkan rm2 milik encik lee chiko, kami membeli sebiji kelapa muda yang segar. dan kami pulang ke rumah untuk menjalankan upacara santau diri sendiri.

encik lee chiko mengambil pisau paling besar yang boleh diperoleh di rumah. merenung tajam ke arah kelapa tersebut.

"zaassss!!"

satu hunusan padu maut tepat memecahkan tempurung kelapa itu. tanpa berlengah lagi, encik lee chiko selaku pawang sumatera untuk malam itu meletakkan ramuan istimewa ke dalam air kelapa itu.

ramuan istimewa itu ialah tembakau dari rokok feveret anda.

lalu campuran air kelapa dan tembakau itu di kacau dan dibiarkan sebentar.

saat ditunggu sudah tiba. masa untuk meminum air kelapa neraka itu.

saat air kelapa neraka itu memasuki mulut, keluar satu aroma mengemukimakkan. secara tiba-tiba mulut terasa panas dan perut terasa memulas. tapi kami boleh handle lagi. sambil menjerit "spartan!!" kami berganti-ganti menghabiskan baki air kelapa neraka itu.

dan sampailah kemuncaknya. encik lee chiko membakar rokok untuk dihisap. sedut. hembus. sedut. hembus.

tiada perubahan berlaku. ujian gagal ke atas beliau.

encik lee chiko memberi baki rokok kepada aku. sedut. hembus. sedut. hembus. sedut. dan termuntah.

ujian lulus terhadap aku. aku berasa mual campur tak boleh blah apabila terbau asap rokok. aku sudah tidak boleh menghisap rokok. terasa amat terharu seperti menang olimpik. seperti kulit bayi.

lalu kami sudah letih dan pergi tidur.

keesokkan harinya.

"wei lee, ade rokok tak? sangap ni bai."

Ahad, Mei 3

termometer.


1.tatu.

2.tindik.

3.arak.

4.kelab malam.

5.dadah.

6.pelacuran.

7.mabuk.

8. restoran makanan segera.

9.teknologi.

10.sains.

11.kemanusiaan.

12.kemajuan.

seseorang pernah berkata kepada aku.

"orang melayu ni nak jadi orang putih. tapi kebanyakan yang nak jadi orang putih makan taik orang putih."

hasilnya?

pilih yang mana anda berkenan dari nombor 1 sampai 8.

seperti tajuk di blog aswani, "shela suh buat"


1) Adakah anda suka blogging? kenapa?
suka. tapi tak suka bile blog aku ade team members tapi asek2 aku yang update. pemalas. barua.

2) Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5
blog azwan ali, blog menjaga kecantikan, blog metrosexual, blog gedik, dan blog patut dipijak penulisnya.

3) Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati? dan siapakah org itu?
juliana evans. nak kena explain ke?

4) Taken or single? Mana lebih bagus?
single. senang hidup.

5) Pernah tak cinta anda tidak di balas?
aku seorang melayu tulen. seorang melayu tulen penakut nak approach orang yang dia suka. maka begitulah.

6) Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)
1.kaya.
2.kaya.
3.kaya.
4.kaya.
5.kaya.


7) Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?
30. tapi lagi lambat lagi bagus.

8) Nak berapa anak?
maksimum 2.

9) Lucky person yg anda ingin tag:
yang berada di blog list aku. silalah buat kalau takde idea nak update blog.