Isnin, Mac 22

hati gusar luka merindu.

ketika menulis entri ini, aku sedang berada di dalam ofis. ya, tekaan anda benar. aku sedang bekerja. bekerja? bukan kah aku belum habis belajar? oh tidak. aku sedang melalui fasa praktikal yang kritikal. kenapa? sebab aku sedang bosan di dalam ofis sehingga menyebabkan penghasilan entri ini. dan untuk berlakon sedang sibuk dihadapan semua staf dan juga bos. kerana itu, dengan muka yang serius dan jari yang menekan keyboard dengan kelajuan cahaya, aku menulis entri ini.

sungguh susah aku mendapat tempat untuk menjalani praktikal ini. oh sungguh sedih kisah ku. perasaan aku sebelum ini adalah ibarat emo berserta tacing ketika di tinggal oleh gf. aku merasakan dunia ini adalah tidak adil dan rasa ingin menangis.

oh aku akan ceritakan di kisah akan datang. kerana sudah kantoi dengan bos dan juga owner pc ini. aku pinjam je pc ini. sebagai budak praktikal, aku tiada pc sendiri untuk di peruntukkan. sampai berjumpa lagi. sekian.

2 ulasan:

suki382 berkata...

terbaek pnye kantoi...wakaka~ XDDDD

Fit berkata...

perasaan terkejut berbaur malu ketika dikantoikan dan disergah dari belakang membuat kan sikap aku menjadi seperti orang baru balik haji pada keesokan hari nya semasa di ofis. muahahaha