Sabtu, November 28

krisantimum.

aku sedang berada di cc sekarang. mengupdate blog. laptop aku problem. takleh masuk webpage.

biasanya aku akan ke cc bermain game. left4dead dan counter strike. dua game tu je yang aku reti main. aku biasanya main game ngan kawan-kawan di kawasan perumahan aku.

hari ini, ada lagi satu minggu sebelum member aku, encik izzat, di hantar bekerja ke kota kinabalu, sabah. gud luck kepada anda. ada rezeki aku datang melawat kau.

encik syukor mungkin akan ke kl pada ahad ini. so kepada sesiapa yang mengenali beliau, ambillah kesempatan ini untuk peluang mengambil gambar dengannya dan sesi autograf. kalau dia tak datang, maka aku dan konco2 akan melawat syukor ke sana.

aku rasa, hidup aku tak tenang sekarang. aku baru lepas final exam, tapi aku tak rasa bebas.

aku ada rasa marah. marah yang tak boleh nak keluarkan.

aku mulai bencikan manusia. aku nak kawan dengan kucing. kucing best. pandai menyamar mati.

kebelakangan ini, aku banyak mengunjungi blog orang lain. aku dah semakin malas nak update blog.

tapi, aku rasa aku memang bencikan pendapat orang lain. ataupun aku memang bencikan orang lain. aku tak boleh terima apa yang di tulis oleh orang lain pasal hidup dorang.

sebagai contoh, seseorang ini bercerita tentang kekayaan dan kecantikan dirinya sehingga menarik perhatian model agency. aku rasa tahi.

seseorang cuba bercerita tentang kisah cinta hidup dorang. sungguh manis cerita beliau. aku rasa tahi.

seseorang menjadi bitch. cuba bercerita tentang kehidupan di kl. setiap malam berparti. aku rasa tahi.

seseorang bercerita bapanya mahu belikan beliau rumah berharga rm2.6M. aku rasa tahi.

seseorang yang mahu mencuba ganja tapi akhirnya menjadi stoner. aku rasa tahi.

seseorang cuba mengutuk spek mata kanye west. ala yang ade garis2 tu. aku rasa tahi.

seseorang menulis tentang raya haji tak meriah kat malaysia berbanding kat arab. aku rasa tahi.(aku nak komen camni."biasa la tu, orang malaysia ikut adat malaysia la. buat ape nak tiru orang arab. ade orang arab yang dtg sini ikut cara orang malaysia? setakat ni aku x jumpe pon." guna name anonymous tapi tak jadi.)

kadang-kadang, aku tak tahu nak respon macam mana. perlukah aku berlakon seperti aku bersetuju dan mengomen orang lain dengan kata-kata membina dan memuji dengan harapan orang akan suka aku? lalu menambahkan follower dan hits setiap hari lalu blog menjadi femes, menjadi trend setter?

atau aku perlu menjadi diri aku, sepertimana yang aku selesa selama ini?

aku sedang menulis update ini. aku rasa tahi.

selamat hari raya aidil adha.



4 ulasan:

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

tak perlu jadi orang lain kan. jadi lah diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

slamat ari raye bai...

Amanitium Cho berkata...

tahi. aku nak komen ni, boleh?

steve-bo berkata...

sebagai contoh, seseorang ini bercerita tentang kekayaan dan kecantikan dirinya sehingga menarik perhatian model agency. aku rasa tahi.

macam orang yang aku kenal. maybe orang macam tu memang banyak kot.