Ahad, Oktober 11

konserto terakhir pt3.

"kau dah kenape, sial?"

aku cuba membuka mata. kepalaku sakit.

"wei setan, kau dah kenape?"

kelihatan kelibat seseorang di depan aku. kabur. aku cuba memfokuskan permandangan.

"bangun la wei. menyusahkan orang btol la kau ni."

seorang lelaki berada di depan aku. berbadan gempal. berambut panjang. memakai t shirt pink floyd. bermuka combat.

"hah dah bangun pun. syok tido?" tanya beliau.

"hah?"

aku masih runsing. tidak paham. sakit kepala.

"kau tau tak ape jadi kat kau tadi?" tanya beliau lagi.

aku membuat muka tak paham.

"aku tatau la otak kau problem ke atau kau bajet kau incredible hulk ke ape, tapi tadi kau aku nampak memang cool gile la jalan kat tengah2 jalan raya time hujan. aku nampak macam mistik gak la."

aku tekun mendengar.

"tapi lepas tu aku terlanggar kau kan, aku nampak kepala kau atas cermin kereta aku kan, lepas tu aku nampak kepala kau berdarah kan, aku tak rasa mistik dah. nak2 lagi lepas tu aku nampak cermin kereta aku retak pulak kan. bumper pun dah pecah. so sekarang camne?"

aku memegang kepala ku. berikat kain. sakit apabila bersentuh.

"so sekarang camne wei?"

"saya takde duit bang. saya student." jawabku.

"student. hmmpf. kau ingat ni kedai mamak amir ali ke cakap "saya student" dapat diskaun 50sen?"

aku mendiamkan diri. aku tau aku bersalah.

"bang, saya kat mane ni bang?" tanyaku.

"kat rumah aku. aku ingat nak je campak kau kat hospital tadi tapi aku malas nanti nak kene buat police report bagai. leceh. lagipon aku tengok kau pun takde la teruk sgt. terhentak sikit je. wei, bagi aku nombor phone rumah kau. aku nak call bapak kau." jawab beliau.

"saya takde mak bapak bang."

"huh?" beliau bersuara.

"mak saya dah meninggal dunia. bapak saya lak dah lama tak jenguk saya. saya sendiri pun tinggal rumah sorang2. bapak saya datang rumah sebulan sekali je. tu pun kalau dia rajin. kalau tak, dia biasa bank in kan duit makan minum saya kat bank. hal hidup saya mana dia ambik peduli. even saya sendiri pun tatau camne nak contact die." jelasku lagi.

"hmm. ape name kau?" tanya beliau.

"joe fitzgerald leguizamo. abang panggil saya joe je la."

"nama panjang macam setan. aku kob. dah2, jom ikut aku."

"pergi mane bang?"

"pergi bank. aku nak kau kuar duit. belanja aku makan. aku lapar da ni. nasib baik la kereta aku boleh jalan lagi."

"erm ok."

dan benarlah kata brader kob ini. bumper pecah. cermin retak. kereta satria berwarna biru langit. cantik. tapi dah berjaya diburukkan oleh aku. kob memanaskan enjin kereta. memasang lagu di radio.

lagu hatiku kau guris luka dari sweet september.

aku memandang kob dari atas ke bawah.

"dress up dah rocker. layan lagu jiwang. mende ni wei?" kataku dalam hati.

kob memandang aku. menyalakan rokok.

"kau kena paham. hati aku terluka sekarang. kereta aku dah buruk. pink floyd, pink floyd gak tapi bila sedih pink floyd tak dapat tolong wei."

aku tersenyum. dan kami bergerak menuju ke destinasi.

bersambung..

3 ulasan:

Muhammad Rafiq Hasrudin berkata...

weh bok ko ok lagi? lancar je menulis. best cerita ko ni. cerita betul ke?

Bok Aizad berkata...

aku ok je lagi. cume ade sakit perut sket. semalam makam byk cili.

Unknown berkata...

sedap weh cerpen ni.nak lagi.nak.
eh?
cerpen ke ni bok?hahah