Khamis, Mac 25

katak memanggil hujan.

entri ini tiada kena mengena dengan tajuk di atas.
hari ni aku berada di ofis. sepanjang hari di ofis. bosan!! tak tau nak buat apa. nak main game tak boleh. nak main internet pon kena cover2. tadi baru lepas kena maki ngan bos. abes seriau muka dia aku tengok.

encik d, ko tak pandai cover langsung. ko nak main game ke, dengar lagu ke, ape ke, pandai2 la cover. ni ko duduk terlentang camtu, kaki ko letak atas meja, telinga ade headfon, sambil goyang kaki. pastu bos ingat ko tgh tido.

maka teros la dapat maki kasih sayang dari seorang bos. dengan aku aku skali kena maki. damn!! meroyan la kejap bos aku tu. datang bulan kot. tak pon baru lepas gado ngan laki dia. tak pon bank baru cal suh bayar hutang kad kredit. tak pon keta dia kena tarik malam semalam, ari ni dia kena datang ofis naik bas. tak pon bla bla bla bla........

susah rupa nya nak stadi drawing ni. ofkoz la kalau ko nak masuk site, ko kena stadi drawing tu dulu. stadi structure dan architect drawing building tuh. baru ko boleh faham kejadian yang berlaku di site tu. brader kat ofis aku ni suh aku stadi sendiri. dia kata dia berlagak dan bongkak. dia tak nak ajar aku apa-apa. fuck!! aku dengan perasaan tahi dan muka pasrah, pergi ke meja sendiri dengan structure drawing yang di campak ke muka aku oleh bos aku.

helaian pertama drawing tu, aku menguap. helaian kedua, mata berpinar. helaian ketiga, aku pegi keluar isap rokok. tak bole blah sial. macam tak paham drawing tu. mungkin itu sebab drawing tu susah nak paham, atau aku yang tak reti. dulu masa exam pakai toyol. ni la akibat nya.

dah la. aku nak balik. kesimpulan nya hari ni tak ada satu benda yang mulia di sisi masyarakat pon yang aku sumbangkan kat company ni.

sekian.






Isnin, Mac 22

hati gusar luka merindu.

ketika menulis entri ini, aku sedang berada di dalam ofis. ya, tekaan anda benar. aku sedang bekerja. bekerja? bukan kah aku belum habis belajar? oh tidak. aku sedang melalui fasa praktikal yang kritikal. kenapa? sebab aku sedang bosan di dalam ofis sehingga menyebabkan penghasilan entri ini. dan untuk berlakon sedang sibuk dihadapan semua staf dan juga bos. kerana itu, dengan muka yang serius dan jari yang menekan keyboard dengan kelajuan cahaya, aku menulis entri ini.

sungguh susah aku mendapat tempat untuk menjalani praktikal ini. oh sungguh sedih kisah ku. perasaan aku sebelum ini adalah ibarat emo berserta tacing ketika di tinggal oleh gf. aku merasakan dunia ini adalah tidak adil dan rasa ingin menangis.

oh aku akan ceritakan di kisah akan datang. kerana sudah kantoi dengan bos dan juga owner pc ini. aku pinjam je pc ini. sebagai budak praktikal, aku tiada pc sendiri untuk di peruntukkan. sampai berjumpa lagi. sekian.

Jumaat, Mac 19

obor-obor dalam sangkar.

yess!! exam da abes. nk pegi enjoy. tapi ada duit kah aku? sial! time ade duit, masa tak de. time ade mase, duit tak de. minggu depan da start praktikal. lagi laa tak de masa nak g enjoy. argghhh!!

Khamis, Mac 18

gatal urat leher.


final exam. apakah itu final exam? ia adalah satu ujian getir dalam hidup anda untuk mengetahui atau mengukur kemampuan anda setakat mana pemahaman anda pada subjek itu. ia juga adalah untuk mengetahui sama ada anda berada di tahap pembodek tahap sial, pembodek kecil-kecilan, pembodek secara halus, skema tapi pandai, skema tapi bodoh, dan juga pandai dalam bidang toyol-menoyol.

dan masa exam juga, anda akan mengetahui siapa yang betul2 memberi tumpuan di dalam kelas, tidur di dalam kelas, datang semata-mata sain attendance, atau datang kelas kerana di paksa oleh awek kau.

dan masa exam juga, anda akan mencari-cari orang yang skema atau lebih pandai dari anda untuk mencuri ilmu dari beliau. walhal, sebelum tu, nama beliau pun anda tak pernah ambik tau. senang cite, masa ni la kau nak kenal dia, ambik nombor tepon dia, nak tau umah sewa dia kat ne, pastu baru la kau rajin nak contact dia kan, baru la kau boleh pegi stadi ngan dia kan. mase ni la kau nak ngaku dia kawan baik kau kan. hah buto la wei.

di pendek kan cerita, aku adalah salah seorang dari golongan orang yang bencikan final exam. fuck la wei ade exam. sial la. buat pening kepala aku je. da macam orang gile da aku menghadap exam ni. arrgghh!! fuck!

Isnin, Mac 15

kencing dalam seluar.


oh~~ tiba2 ingin menulis lagi. aku baru menyelesaikan proses penyembuhan badan dengan cara tidur sepanjang hari. yang nyata, aku terlampau penat. oh aku sedang menjalani minggu exam sekarang. semalam baru lepas dua paper. satu hari dua paper. tak ke gila aku jadi nye. da lame tak kena camtu. paper pagi calculation. paper petang computer programming. WTF! aku ni da la buta i.t. mane la aku reti bab2 coding2 ni. yang calculation plak, lagi terbaeeekk. tips bagi lain. keluar exam lain pulak. memang sebijik dengan ape yang terjadi kat aku ari rabu lepas. cuma dengan paper dan lecturer yang berlainan. dah la. malas aku nak cerite bende tu. buat sakit hati je.

sambung balik. lepas aku bangun dari tidur, tiba2 kawan aku datang rumah. kawan yang aku tak sangka2 akan datang ke rumah. kerana beliau macam biskut. kejap ade, kejap hilang. alasan busy ngan kerja. padahal 24jam dating. da kemaruk nak kahwin kot. entah la. tapi beliau ni suka bercerita pasal kahwin. banjir taik telinga aku asyik dengar benda yang sama. tak layan kang merajuk. kalau layan kang aku jugak yang letih jadi pak dengar.

ok sambung balik. kawan aku datang rumah. "asal tetiba ko datang ni?" tanya ku. "bosan duk umah. jom tengok wayang. Rempit v3. aku kan bekas rempit dulu. so kene r support cite rempit ni." balas beliau dengan nada bongkak. "aik. asal tak ajak awek ko tengok wayang. aku pulak. dah la kite berdua je. tak macam gay plak kan." aku balas sambil menggosok taik mata. "alaa derr. pompuan ni mane paham cerita rempit2 ni. aku ni walaupon bekas rempit, jiwa dan hati aku masih pada rxz tau. cuma aku sekarang da pakai kereta. da kerja ni, da ade awek, kene la beli kereta kan. mane ade awek pandang motor2 ni bai." sambil pakai towel aku bersetuju dengan beliau "betol jugak cakap ko ni derr"

aku sebenar nye berat je hati nak pergi. bukan ape. tengah2 bulan ni kan. memang sengkek r cket. nak beli rokok pon budget2 je. ok tu ayat biasa dengar. sebenarnye aku malas tengok cerita farid kamil. da selalu sangat muka dia kat wayang. bosan tengok muka die. tapi aku pegi gak la. sebab aku suka tengok lisa surihani. eh biar la. dia lawa kot. sampai2 kat depan wayang, rempit v3 kul 10.30 plak. time tu kul 9.00. pergh memang terbaeek la kan. nak kene tunggu sejam setengah plak. nak buat ape ni. tak kan nak jadi gay yang bersidai kat tangga sejam lebih. gatal bontot aku. jadi plan pon berubah. terpaksa tengok Niyang Rapik. sebabnya, tiket kul 9 masa tu hanya Niyang Rapik. yang lain kul 10 lebih. damn it! takpe la. cerita ni ada liyana jasmay. aku cuba sedapkan hati.

permulaan cerita tu agak okey la. mane tak nye. mula2 pon korang da bole tengok perot busung siap berulat lagi. expectation aku untuk cerita ni agak tinggi la jugak. sebab pengarah dia ahmad idham. jadi aku budget cerita ni gempak la macam Jangan Pandang Belakang. tapi sayang. cerita ni tak banyak unsur2 suspen. jalan cerita da ok. tapi agak lembab dan kekuatan watak tu lemah. eh macam pengkritik profesional plak aku ni. aku bukan adlin aman ramli. jadi maaf kalau aku salah.

bagi aku, yang menghidupkan suasana ialah sam. memang kalakar sial mamat tu. teringat aku dia berlakon cerita adnan sempit. gelak sampai pecah urat kentut bai. balik2 asyik kentut je aku. da rosak sistem penahan kentut. jadi, keseluruhan komen aku cerita ni tak best. jadi, sape2 yang tak tengok lagi cerita ni, boleh la pegi tengok. tetapi jangan terlalu berharap. itu je. sekian.

Jumaat, Mac 12

sinis

ahh~~ sudah agak lama aku tidak menulis di sini. walaupun ada orang di luar sana yang tidak berapa sukakan aku menulis, dan telah lama mulakan tujuan memprotes, aku tidak peduli semua itu. aku, aku. kau, kau. okey, mari kita mengabaikan perkara itu.

setelah lama mendiam kan diri dan telah berjaya mengakhiri proses hibernasi, tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu. ia berbunyi begini.

pernahkah anda stadi dan apabila tiba final exam, anda tidak dapat menjawab exam itu dengan cemerlang. dan sebagai tambahan, lecturer anda memberi tips2 exam dengan muka serius dan ikhlas. mereka akan berkata "ini adalah tips untuk final. kamu semua mesti stadi bab ini, bab itu, dan jangan lupa saya akan menolong kamu". anda mesti akan buat mengikut arahan lecturer anda bukan. yang mana anda mesti stadi semua tips2 yang telah diberikan dengan harapan anda akan mendapat A untuk subjek itu. bila tiba hari final exam, bila anda membuka kertas soalan itu, selepas diberi sedikit ceramah dan panduan tentang peraturan menjawab exam oleh examiner atau pengawas peperiksaan, anda akan sedar bahawa soalan itu langsung tidak sama dengan tips2 yang telah diberikan. dan di saaat itu juga anda sedar bahawa anda telah ditipu dengan kata2 kosong dari lecturer anda.

dan di saat itu, anda pasti akan terbayang wajah suci lecturer anda yang sedang tergelak mengetawakan anda dan berkata "huh, korang ingat senang2 aku nak bagi korang A? senang2 korang ingat aku nak bagi korang lulus? tak dapat la bai. korang repeat la. biar habis duit korang. sem depan jumpe aku lagi. wahahaha". dan pada saat itu, anda pasti akan sedar bahawa anda telah meletakkan kepercayaan anda pada orang yang salah. dan pada hari itu juga, anda akan berjanji pada diri sendiri, bahawa anda akan menyelidik biodata dan sejarah2 tentang lecturer yang mengajar anda. anda mesti mengetahui semua hal termasuk hal peribadi belau. supaya senang anda ingin mengugut beliau atau untuk tujuan membodek tahap semesta.

oh, mungkin anda juga boleh ke rumah beliau dan berpura2 terserempak dengan beliau lalu menawarkan diri untuk mengecat rumah beliau secara percuma. dan selepas itu, anda mungkin ingin meletakkan televisyen litar tertutup atau closed circuit television atau cctv di tempat2 yang memungkin kan anda dapat mengenali beliau dengan lebih rapat dan terbuka dan ia lebih dikenali sebagai 'hubungan peribadi tiada rahsia antara kita'. dengan itu, mungkin senyuman sinis yang sentiasa dipertonjolkan oleh lecturer anda di dalam kelas akan hilang serta merta. dan di ingatkan, ini bukan lah untuk tujuan persendirian. ini adalah untuk kebaikan semua. kerana kejadian2 seperti ini selalunya di tanggung oleh satu kelas atau pada semua yang mengambil subjek itu. kejadian2 ini juga sebenar nya sudah tidak asing lagi pada setiap insan yang bergelar student.

jadi, jelas lah disini bahawa anda tidak boleh percaya pada lecturer anda mahupun pengawas peperiksaan walaupon beliau adalah rakan anda sendiri. dan untuk pengetahuan anda juga, kisah ini adalah luahan hati seorang pelajar yang teraniaya dan dipetik dari buku mastika keluaran mac 2034. jadi kisah ini bukan lah kisah dari pengalaman aku sendiri yang telah berlaku semalam. sekian terima kasih.