Sabtu, Oktober 31

futons.

aku pernah ada seorang kawan yang alim. selalu menegur orang jika terbuat kesalahan. selalu menegur wanita yang tidak memakai tudung. pernah menegur aku tidak baik bercouple.

pada suatu hari, beliau jatuh cinta dengan seorang perempuan. bertudung. mereka saling mencintai.

kemudian, tanpa diduga, si perempuan meminta putus.

kawan aku sangat kecewa. beliau mendiamkan diri. lama. agak lama.

sekarang, beliau sudah berubah.

beliau bukan lagi manusia yang lama. beliau sudah up to date.

beliau sudah pandai mengutuk orang yang masih dara.

ape da jadi ngan ko wei??

Selasa, Oktober 27

tahi.

wahai makan budak dan fit.





TUNAIKAN JANJI-JANJI MANISMU KEPADAKU!!

Jumaat, Oktober 23

konserto terakhir pt5.

deruan angin mendayu-dayu.
membawa parasaan jauh ke langit berawan.
resah menanti kesudahan.
kesudahan yang jelas bermain di wayang kehidupan.

"Oh... angin malam bawa laguku
Ungkapan rindu menggebu
Ku masih tetap bertahan
Karna kenangan"

"freddie mercury!" aku menjerit.

aku terjaga dari tidur. jam sudah menunjukkan pukul 11. aku baru teringat. aku janji dengan kob pukul 11.30 depan jamming studio. aku memandang pintu bilik air. malas. malas melampau.

aku datang dari keluarga yang agak kucar kacir. tapi satu saja pesanan ibu bapa aku yang paling aku ikut; jangan malas mandi. motif? banyak mandi membuatkan minda cerdas. dan juga menggosok gigi. pernah satu kali abang aku, john leguizamo, malas mandi kerana kelam kabut mahu ke kuliah. bapak aku terajang. patah kaki. tempang. sekarang menjadi tukang kasut. ironi. dan itu salah satu sebab mengapa sampai sekarang aku ikut pesanan yang itu.

aku memasang cd lagu untuk menemani aku mandi. lagu pertama "This is a call" dari Foo Fighters. aku membuka paip air. dan meneruskan mandian. mandian. mandian. ada ke perkataan mandian? mandrem?

aku membuka paip di singki. meletakkan ubat gigi di berus. menggosok gigi.

"hmm. bridget."

fikiran ku merawang jauh.

"Sweet dreams are made of these
Who am I to disagree?
Travel the world and the seven seas
Everybody's looking for something
Some of them want to use you
Some of them wanna get used by you
Some of them want to abuse you
Some of them want to be abused"

eurythmics. versi marilyn manson. aku lagi minat versi marilyn manson. kau dapat rasa perasaan marah. macam faizal tahir nyanyi bukak baju. aku tahu dia tengah marah. lalu dia bukak baju. lepas tu dia kena marah. fair enough. lagi-lagi bila aku fikirkan tentang bridget.

"fuck. fucking A bitch."

aku mengenakan tshirt dan jeans. tshirt hitam coca cola. orang bagi. dan berjalan kaki ke jamming studio. tidak jauh. 5 minit berjalan kaki. sempat aku membeli roti sardin dan fresh orange. aku perlukan vitamin c. kalau aku bangun tidur, aku akan selesema. kawan aku cakap kalau aku selesema, banyakkan minum fresh orange. vitamin c baik untuk selesema.

jam sudah menunjukkan pukul 11.35. lewat 5 minit. aku lihat kob sudah berada di depan pintu studio. bermuka ketat. aku rasa beliau bukan sengaja bermuka ketat. mukanya memang dicipta begitu. dulu semasa aku menetap di The Hague, aku ada seorang kawan. aechte gerrit namanya. seorang perempuan yang agak cun semasa di sekolah aku dulu. mempunyai pakej sebagai seorang model. tapi terkenal dengan muka ketat. dan sombong.

kali terakhir aku dengar pasal dia, dia sekarang sudah menjadi pelacur di sana. abang aku yang cakap. pelacur cun bermuka ketat. hmm. rugi. macam budak-budak kelas aku di sini. ramai yang cantik. tapi jadi call girl. aku dengar je orang cakap.

"woi setan! sini! sini!"

kob berteriak ke arah aku. aku mempercepatkan langkah.

"sorry bang. terbangun lambat tadi."

"ngok! dah cepat naik. bebudak tu dah tunggu kau dah kat atas."

di atas aku diperkenalkan dengan kawan-kawan kob.

tomi, pemain drum. rambut panjang paras bahu mengerbang. aku terbayangkan cedric bixler dari mars volta bila aku terpandang dia. hmm. ada la lebih kurang. hisap rokok winston merah. sembang pun macam cool. ok la kot.

juan, pemain lead guitar. yang ni smart la sikit. nampak macam farid kamil. tapi farid kamil waktu tengah berak la. hisap dunhill. kaya2. macam kob, muka ketat boleh tahan.

kob. yang ni aku dah kenal. dia main bass rupanya. stereotype sungguh. apsal orang kalau badan besar mesti main bass atau drum?

joyce, pemain keyboard. seorang amoi tinggi lampai. pakai wayfarer tukar cermin putih. sembang orang putih berhabuk. tapi cool.

so nampaknya aku akan main second guitar. ok la tu. aku pun bukan pandai main sangat pun. takat chords biasa boleh la.

eh jap. ada seorang lagi awek. dressup macam budak-budak indie. tapi tak melampau.

"joe, ni shoshanna. vocalist kita" kata kob.

"vocalist? bukan abang cakap hari tu main post rock ke?" tanya aku.

"aku saja je cakap. post rock ni bosan. takde nyanyi. biasanya suara buruk takde vocalist sebab tu main post rock." jawab kob.

"poyo gile." pintas juan. kob memandang ketat.

"mew ada vocalist." pintas aku.

"mew? dorang lain. dorang bukan pure post rock. ah senyap la ko" marah kob.

"urm ok. so main lagu ape ni?" tanya aku.

"kali ni for real la. kau tau yeah yeah yeahs?"

"tau. ok la lagu dia. boleh la sikit-sikit,"

"bagus. hari ni kitorang nak test kau. kita main 3 lagu je. maps, cheated hearts ngan date with the night. kau boleh bawak tak?" tanya kob.

"rasanya boleh kot. kalau takleh guide la sikit-sikit." jawab aku.

"ok. jom start. wei, start maps dulu. senang sket." kata kob kepada semua.

tomi mengetuk stick drumnya 3 kali.

dan studio itu bergema dengan permainan muzik dari golongan amatur.

Khamis, Oktober 22

western whopper.


wei.

dah tengok inglourious basterds?

pergi la tengok wei. blah gak cite die. tak menyesal la tengok. salah satu filem terbaik quentin tarantino.

tapi kalu kau suka cite a razak mohaideen, aku rasa kau mesti menyesal tengok. pilihan masing-masing.

JT International.

kepada budak rumah aku.

tolonglah.

tolonglah bayar bil streamyx wei.

takkan la setiap kali aku nak bukak email kena pegi cc wei. pastu kena main tambah sejam lak sebab ralit main left for dead. pastu balik lambat. pastu esok g kelas tak siap assignment pastu bagi alasan "my dog ate my assignment." pastu cakap "you are a muslim, right?" pastu muka biru cover malu sambil awek sebelah usha gelak-gelak pegang assignment dorg dan awek kazakh usha ketat muka lawa kaki licin suara tough macam malik noor. pastu lecturer suh setel gak assignment submit before 9 p.m pastu cuak terus balik rumah bawak kete laju-laju tapi sebenarnya ada kelas lagi tapi ponteng terus sebab nak bagi setel assignment pastu dah submit call lecturer pastu lek je tak angkat bajet-bajet bos besar komponi jusmate 5 rambut belah tengah angin tiup gerak-gerak macam storm rider.

Selasa, Oktober 13

konserto terakhir pt4.

"macha! teh ais satu! indomee double satu telo mata. joe, ko tak makan?"

aku menggeleng kepala.

"siap!"

"hmmpf. bodoh mamak ni. aku baru je order kot. die blom buat lagi dah kate siap?" kata kob.

"kau ni ape cerita? tadi kau apahal?" sambung kob lagi.

"takde pape la bang."

"butoh la wei. orang gile je lepak atas jalan time hujan. kau apahal wei?"

"ntah la bang. ade masalah sikit la."

"awek?"

"lebih kurang la."

"apahal?"

"saya kene tinggal la bang. die blah camtu jek. saya tatau pun ape salah saya. tu yang saya jadi camtu tu."

"ha macha. teh ais sama indomee dabel." seorang mamak mencelah sambil menghantar makanan kob.

"sape macha? lu ar macha." sindir kob kepada mamak itu. mamak itu tunduk, akur dengan ketentuan tuhan. air mata mengalir tanpa sedar.

kob memakan makanannya dengan lahap. dengan cepat makanan beliau dihabiskan. amat mengagumkan. macam singa laut. lalu kob membakar rokok.

"hmm. kau umur berapa nih?" tanya kob.

"17 tahun."

"budak lagi. ape kau nak kesah sangat pasal pompuan ni. kau bukan takde muka. awek ni kan, kau butoh-butoh kan je."

"butoh-butoh kan?"

"ye. kau ni jangan la tegak sangat. butoh-butohkan tu maksudnye kau takyah nak peduli sangat."

"hmm. entah la bang. dia tu kira macam first love gak la. susah bang nak terima."

"kau ni kan. entah la. kau rilek boleh kan. kau ni aku rasa hensem dah ade dah. badan dah sedap."

suasana tiba-tiba sepi. terdengar bunyi angin sepoi-sepoi bahasa. cengkerik bersembang sesama sendiri.

"wei kau sial kan? kau pandang aku lain macam pastu kau ingat aku gay kan? hotak la wei. aku puji dengan ikhlas ni. nafsu aku tetap kepada pompuan wei." marah kob.

"ye bang ye. saya tak kata pape pun bang." balas aku.

"bagus. hah kereta aku camne? benda dah pecah dah ni. camne?"

"entah la bang. agak-agak berapa saya kena bayar bang?"

"cincai kire, rm500 la."

"kalau saya bayar sebulan rm100 boleh tak bang?"

"kau nak pakai duit ape nak bayar kereta aku?"

"duit makan saya la."

"duit makan kau? hmm. aku rasa dah macam makan duit anak yatim pun ade sekarang ni."

aku mendiamkan diri.

"kau boleh main instrument? gitar ke, drum ke, et cetera, et cetera..?" tanya kob lagi.

"saya boleh la main gitar sikit-sikit. dulu masa saya tinggal kat holland abang saya ada ajar sikit-sikit." aku menjawab.

"kau pernah tinggal kat holland ke? hot la setan." tanya kob lagi.

"takde la hot. sejuk gak la kat sane." aku menjawab.

kob memandang aku dengan muka serius.

"kau ni bangang gak la. takpe la abaikan. lagu ape kau boleh main?" tanya kob sambil menghembuskan asap rokok.

"entah la. nape bang?"

"aku nak kau bayar hutang aku. tapi aku kesian kat kau. so camni. aku ada band. tapi gitaris aku masuk lokap kantoi jual dam. so aku da buang da mamat tu dari band aku. so sekarang aku tengah cari orang nak ganti."

"dam?"

"dam tu ganja. dam haji tu atok kau main kat kedai kopi."

"owh ok. atok saya tak main dan haji. dia main chess." jawab aku.

"kau pernah makan nasik pakai straw?"

"boleh ke?"

"lagi sekali kau jawab bukan-bukan, aku ajar kau makan nasik pakai straw."

"owh. baiklah." jawab aku.

"so camne? kau masuk band aku. main gig, aku tolak hutang dari duit gig. sampai dah abes hutang pastu terpulang kat kau la kau nak main lagi ke tak ngan aku. tapi lepas hutang dah abes duit gig tu kau bole amek la."

"hmm. ok la gak tu. tapi abang main muzik camne?"

"dangdut. hotak kau la. kau pernah dengar explosions in the sky? mogwai? sigur ros?"

"pernah. dorg tu bukan main post rock ke?"

"pandai. hah lagu camtu la aku main. amacam? nak in ke tanak in?"

"hmm. boleh je la. abang tanak try dulu ke takut saya tak layak ke nak masuk band abang?"

"takde masenya aku nak try. kau tak reti pon kau kena bagi reti sebab sekarang kau berhutang ngan aku. esok kita jamming. aku bawak budak aku. sabtu ni ade gig kat cm."

aku mengangguk tanda setuju.

"dah jom balik. rumah kau kat mana?"

"dekat dengan tempat abang langgar saya tu la."

"aku langgar kau? cantek sket wei. kau yang langgar aku. dah jom aku hantar kau. ingat esok jamm. make sure kau dtg."

"dekat mane?"

"jamming studio dekat ngan ampang point tu. nanti kau da sampai ko roger la aku. nah kad aku."

"agen insuran?" tanya aku.

"sebab tu aku suka bersembang." jawab kob.

sinis.

aku mengangguk tanda setuju. dan kami pun berlalu pergi.

bersambung..

Isnin, Oktober 12

public service announcement.



wahai rakyat malaysia.

saya, sebagai rakyat malaysia yang juga seperti anda, membayar cukai jalan, berharap agar anda semua, yang juga pemandu kenderaan, juga seperti saya, agar tidak menjadi terlalu prihatin apabila berlaku kemalangan di jalan raya, lebih-lebih lagi jika kemalangan itu berlaku di seberang jalan.

aku amat memahami, sebagai rakyat kelas sederhana, adalah penting untuk mengambil no plat kereta yang mengalami kemalangan, untuk tujuan spiritual, atau pun untuk tujuan memewahkan diri sendiri agar impian memiliki nissan 350z tercapai. namun, fikirlah tentang orang lain.

aku dan kau adalah pengguna jalan raya. aku dan kau juga mahukan keselesaan memandu di jalan raya. dan pembawa ambulans juga mahukan keselesaan memandu laju untuk menyelamatkan mangsa.

ingat. sikap prihatin melampau mengakibatkan kesesakan lalulintas. dan juga boleh mengakibatkan sebuah lagi kemalangan. dan apabila sebuah kemalangan lagi berlaku, maka kesesakan akan berganda. ambulans akan lambat sampai ke destinasi. bilangan kematian disebabkan kemalangan akan meningkat. kerajaan akan memaparkan statistik yang dahsyat di surat khabar. had laju kelajuan kenderaan di malaysia akan direndahkan. harga saman akan semakin tinggi. dan anda, sebagai rakyat malaysia, akan memarahi kerajaan anda sendiri disebabkan tindakan anda sendiri. owh ya, dan akan ramai mengunjungi kedai nombor ekor.

capisce?

Ahad, Oktober 11

konserto terakhir pt3.

"kau dah kenape, sial?"

aku cuba membuka mata. kepalaku sakit.

"wei setan, kau dah kenape?"

kelihatan kelibat seseorang di depan aku. kabur. aku cuba memfokuskan permandangan.

"bangun la wei. menyusahkan orang btol la kau ni."

seorang lelaki berada di depan aku. berbadan gempal. berambut panjang. memakai t shirt pink floyd. bermuka combat.

"hah dah bangun pun. syok tido?" tanya beliau.

"hah?"

aku masih runsing. tidak paham. sakit kepala.

"kau tau tak ape jadi kat kau tadi?" tanya beliau lagi.

aku membuat muka tak paham.

"aku tatau la otak kau problem ke atau kau bajet kau incredible hulk ke ape, tapi tadi kau aku nampak memang cool gile la jalan kat tengah2 jalan raya time hujan. aku nampak macam mistik gak la."

aku tekun mendengar.

"tapi lepas tu aku terlanggar kau kan, aku nampak kepala kau atas cermin kereta aku kan, lepas tu aku nampak kepala kau berdarah kan, aku tak rasa mistik dah. nak2 lagi lepas tu aku nampak cermin kereta aku retak pulak kan. bumper pun dah pecah. so sekarang camne?"

aku memegang kepala ku. berikat kain. sakit apabila bersentuh.

"so sekarang camne wei?"

"saya takde duit bang. saya student." jawabku.

"student. hmmpf. kau ingat ni kedai mamak amir ali ke cakap "saya student" dapat diskaun 50sen?"

aku mendiamkan diri. aku tau aku bersalah.

"bang, saya kat mane ni bang?" tanyaku.

"kat rumah aku. aku ingat nak je campak kau kat hospital tadi tapi aku malas nanti nak kene buat police report bagai. leceh. lagipon aku tengok kau pun takde la teruk sgt. terhentak sikit je. wei, bagi aku nombor phone rumah kau. aku nak call bapak kau." jawab beliau.

"saya takde mak bapak bang."

"huh?" beliau bersuara.

"mak saya dah meninggal dunia. bapak saya lak dah lama tak jenguk saya. saya sendiri pun tinggal rumah sorang2. bapak saya datang rumah sebulan sekali je. tu pun kalau dia rajin. kalau tak, dia biasa bank in kan duit makan minum saya kat bank. hal hidup saya mana dia ambik peduli. even saya sendiri pun tatau camne nak contact die." jelasku lagi.

"hmm. ape name kau?" tanya beliau.

"joe fitzgerald leguizamo. abang panggil saya joe je la."

"nama panjang macam setan. aku kob. dah2, jom ikut aku."

"pergi mane bang?"

"pergi bank. aku nak kau kuar duit. belanja aku makan. aku lapar da ni. nasib baik la kereta aku boleh jalan lagi."

"erm ok."

dan benarlah kata brader kob ini. bumper pecah. cermin retak. kereta satria berwarna biru langit. cantik. tapi dah berjaya diburukkan oleh aku. kob memanaskan enjin kereta. memasang lagu di radio.

lagu hatiku kau guris luka dari sweet september.

aku memandang kob dari atas ke bawah.

"dress up dah rocker. layan lagu jiwang. mende ni wei?" kataku dalam hati.

kob memandang aku. menyalakan rokok.

"kau kena paham. hati aku terluka sekarang. kereta aku dah buruk. pink floyd, pink floyd gak tapi bila sedih pink floyd tak dapat tolong wei."

aku tersenyum. dan kami bergerak menuju ke destinasi.

bersambung..

konserto terakhir pt2.

hari itu tenang seperti biasa. cuaca yang indah. aku juga seperti biasa akan menunggu bridget di luar sekolah. untuk berjalan kaki ke rumah bersamanya. sudah hampir setengah jam aku menunggu bridget.

sudah 45 minit. masih tiada kelibat beliau. aku mulai resah.

aku mencapai handphone dan menghubungi bridget. tiada jawapan.

aku pulang ke rumah. berjalan kaki. sorang. runsing.

keesokkan harinya, aku menunggu bridget lagi di luar sekolah. untuk pulang ke rumah bersama. aku menghubunginya dan tiada jawapan.

runsing.

lusanya, aku menunggu bridget di luar sekolah. untuk pulang ke rumah bersama. aku menghubunginya dan tiada jawapan.

runsing.

handphoneku berbunyi. aku mendapat mesej. dari bridget.

"am going back to US for good. sorry for not telling u much earlier. i love u but i think this is going to be my goodbye. u will be missed very much. thanks for being my good friend and lover. goodbye."

hari itu, awan menitiskan hujan. dan aku berjalan pulang ke rumah. sorang. dalam hujan. berbackgroundkan lagu crown of love dari arcade fire.(untuk tujuan penghayatan yang lebih.)

tanpa sedar, aku sebenarnya berjalan di tengah jalan raya. aku terdengar bunyi hon. semakin kuat. dan aku terlelap.

bersambung..

Sabtu, Oktober 10

konserto terakhir.

hai. nama saya joe. anda mungkin mengenali saya dari iklan2 di tv. ya, saya seorang model. saya menjalani hidup yang sempurna. banyak duit, popular, kacak, dan mempunyai model pakaian dalam sebagai kekasih.

kenal amber chia? bukan beliau. beliau hanyalah ex girlfriend saya dulu.

miranda kerr. ya. beliau lah. saya selalu ke australia untuk berjumpa beliau. kerana beliau tinggal di sana. tapi kini beliau sudah berpindah ke new york. terikat dengan victoria secret.

tapi ini bukan cerita pasal dia. ini cerita pasal aku. pasal joe.

kenapa aku ingin ceritakan tentang diri aku? sebenarnya, aku tiada sebab. aku terasa ingin menulis. tapi disebabkan aku ialah seorang model yang terkenal, maka aku merasakan anda mesti ingin mengenali aku dengan lebih dekat.

jika anda perasan, aku menggunakan perkataan 'saya' dan 'aku'. mulanya aku ingin seragamkan terus menjadi 'aku' sahaja, tapi poin utamanya ialah dalam bahasa melayu, kita boleh menggunakan 'saya' dan 'aku' untuk merujuk pada diri sendiri. dan mulai dari baris ayat ini, aku akan menggunakan perkataan 'aku' untuk merujuk pada diri aku.

aku dibesarkan di The Hague. di Netherlands. tapi, aku tidak pandai berbicara bahasa tempatan di sana. aku menggunakan bahasa melayu. pelik? jangan pelik. di sana ada penempatan orang melayu. aku tidak pernah keluar dari situ sehinggalah aku berumur 13 tahun apabila bapaku, seorang model seluar dalam Calvin Klein mendapat tawaran menjadi model minyak wangi one drop perfumes. maka kami berpindah ke Malaysia.

oh, aku masih belum bercerita tentang famili aku. bapaku, john, ialah seorang model seluar dalam. makku, katie, ialah seorang pelakon drama gred b di netherlands. aku mempunyai 2 orang adik beradik. kakakku, katy, penyanyi di new york dan abangku, john leguizamo, seorang tukang kasut. kami adalah satu famili yang bahagia, kemudian guruh berbunyi bila bapaku, ingin berkahwin lain. mak aku mengalami mental disorder dan kemudiannya membunuh diri menggunakan alat pemecah ais.

ok cukup pasal famili aku. aku berada di malaysia pada umur 13 tahun. dan aku bersekolah di sekolah antarabangsa fairview di jalan ampang. dan di situ, aku menemui cinta pertama aku.

beliau bernama bridget. seorang gadis dari amerika. berambut brunette. sebaya denganku.

pada ketika itu, handphone yang paling in ialah nokia n70. dan semua orang mempunyai n70, termasuklah aku dan bridget. dan kami juga mempunyai nombor telefon yang seakan sama.

kami benar-benar di lamun cinta. sehinggalah!

bersambung..

Jumaat, Oktober 9

mamma mia



pengarah, presiden atau canselor sesebuah universiti atau kolej tidak sepatut nya masuk campur dalam hal2 pembelajaran student2 ni. erti kata lain mereka hanya perlu duduk dalam opis berhawa dingin sambil menunggu gaji masuk tiap2 bulan hasil dari proses pengepauan duit student samada mara atau ptptn. zaman mereka jadi lecturer sudah lama habis. dan inilah yang akan berlaku apabila mereka sudah bosan dan xde keje lain nak buat.


en ahmed ( bukan nama sebenar ) : wa nak kasi lu olang punya carry mark.

aku : wah berapa agak nya carry mark aku ye. aku harap tinggi la. x payah nak cuak sgt mase exam nnt.

en ahmed : nanti wa cakap solang-solang la. lu duduk sana tunggu.

aku : baik bos.

tiba giliran nama aku di sebut.

en ahmed : oit. lu punya carry mark 14 per 50.

aku : aik. kenapa rendah sangat?

en ahmed : sukati wa la. lu lecturer ka wa lecturer?

aku : ( muka ketat )

en ahmed : gud luck in your exam ( sambil memandang sinis )

aku : ( muka aku jadi lebih ketat )

dan buat pertama kali aku mendapat carry mark bawah 20. damn!

Khamis, Oktober 8

ouuhh sampoerna!



lepas ni, kalau bapak kau marah kau sebab kau nak ambil kursus advertising tapi dia suruh ambil kursus kejuruteraan, kau menjerit tajuk lagu ini dengan bebas sambil berlari keluar rumah tanda protes.

hey ho lets go!


I SEE DEAD PEOPLE!!!!!111!!!!!ONE11!!

KETIKA AKU SEDANG MENULIS INI, TERDENGAR BUNYI ANJING SEDANG MENYALAK DENGAN RAKUS.

AKU SEDANG MENYALAKAN ROKOK KETIKA SEDANG MENULIS PERENGGAN INI APABILA!!

... aku menukar font kepada size normal.

aku patut berehat.

aku sudah mula bosan menulis blog.

aku sedang menulis perenggan ini apabila aku terdengar bunyi hujan dari luar.

writer's block. brain damage. blood clog. lactobacillus in bottles . and thank you very much.