Jumaat, Jun 19

kuaci chacher.


dua ekor belut yang sedang lepak hisap rokok usha awek.


hari ini, aku memakan sup belut.

ianya dibuat bersama sayur-sayuran dan kuah sup yang biasa dihidang bersama daging. dan daging itu tukarkan kepada belut seperti gambar di atas. belut yang di potong-potong.

dan rasanya seperti rupanya. ianya bukan seperti unagi yang anda makan di sushi king. yang itu sudah dibuang kejijikan rupanya. ini ialah belut yang betul-betul berupa belut. siap nampak sisik lagi. dan tatkala melihat belut itu, aku terbayangkan bear grylls dari siri man vs wild yang dengan selamba adap menguyah kepala ular tanpa syak wasangka. dan di tambah dengan bau hanyir pasir.

dan aku benar-benar mual sekarang. mentaliti berjaya membunuh semangat inkuiri aku. dan juga berjaya membunuh selera 5 lagi orang yang bersama denganku ketika sesi ini dijalankan. paktam, sopi, ak jimbit, dede dan juga lee chiko. maafkan aku. salahkan belut itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

owwwwwhh~~! mkn belut nnt xlame lg sure muka ko pn cam belut kn?tp bg aku ayam lg macho~

Farhana Ahmad berkata...

eeeeeeeeeeeeiiiiiiiiii..... gelinya saya!

cik bunga berkata...

belut sedap...

penh makan time pes operation ari2
tuk ilangkn parut
heheee

Bok Aizad berkata...

kepada Tanpa Nama: ko makan la asam jawa.

kepada Farhana Ahmad: nanti aku blanje ko makan sup belut.

kepada niEna hailani: anda tiada prejudis terhadap makanan. tahniah.