Sabtu, November 28

krisantimum.

aku sedang berada di cc sekarang. mengupdate blog. laptop aku problem. takleh masuk webpage.

biasanya aku akan ke cc bermain game. left4dead dan counter strike. dua game tu je yang aku reti main. aku biasanya main game ngan kawan-kawan di kawasan perumahan aku.

hari ini, ada lagi satu minggu sebelum member aku, encik izzat, di hantar bekerja ke kota kinabalu, sabah. gud luck kepada anda. ada rezeki aku datang melawat kau.

encik syukor mungkin akan ke kl pada ahad ini. so kepada sesiapa yang mengenali beliau, ambillah kesempatan ini untuk peluang mengambil gambar dengannya dan sesi autograf. kalau dia tak datang, maka aku dan konco2 akan melawat syukor ke sana.

aku rasa, hidup aku tak tenang sekarang. aku baru lepas final exam, tapi aku tak rasa bebas.

aku ada rasa marah. marah yang tak boleh nak keluarkan.

aku mulai bencikan manusia. aku nak kawan dengan kucing. kucing best. pandai menyamar mati.

kebelakangan ini, aku banyak mengunjungi blog orang lain. aku dah semakin malas nak update blog.

tapi, aku rasa aku memang bencikan pendapat orang lain. ataupun aku memang bencikan orang lain. aku tak boleh terima apa yang di tulis oleh orang lain pasal hidup dorang.

sebagai contoh, seseorang ini bercerita tentang kekayaan dan kecantikan dirinya sehingga menarik perhatian model agency. aku rasa tahi.

seseorang cuba bercerita tentang kisah cinta hidup dorang. sungguh manis cerita beliau. aku rasa tahi.

seseorang menjadi bitch. cuba bercerita tentang kehidupan di kl. setiap malam berparti. aku rasa tahi.

seseorang bercerita bapanya mahu belikan beliau rumah berharga rm2.6M. aku rasa tahi.

seseorang yang mahu mencuba ganja tapi akhirnya menjadi stoner. aku rasa tahi.

seseorang cuba mengutuk spek mata kanye west. ala yang ade garis2 tu. aku rasa tahi.

seseorang menulis tentang raya haji tak meriah kat malaysia berbanding kat arab. aku rasa tahi.(aku nak komen camni."biasa la tu, orang malaysia ikut adat malaysia la. buat ape nak tiru orang arab. ade orang arab yang dtg sini ikut cara orang malaysia? setakat ni aku x jumpe pon." guna name anonymous tapi tak jadi.)

kadang-kadang, aku tak tahu nak respon macam mana. perlukah aku berlakon seperti aku bersetuju dan mengomen orang lain dengan kata-kata membina dan memuji dengan harapan orang akan suka aku? lalu menambahkan follower dan hits setiap hari lalu blog menjadi femes, menjadi trend setter?

atau aku perlu menjadi diri aku, sepertimana yang aku selesa selama ini?

aku sedang menulis update ini. aku rasa tahi.

selamat hari raya aidil adha.



Rabu, November 25

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Hari Raya Aidil Adha.

atau lebih sinonim dengan nama raya haji atau raya korban.

masa ni la semua umat islam yang berkemampuan akan menjalankan rukun islam yang ke lima dan masa ni la golongan2 makbapak akan sibuk nak buat korban atau aqiqah lembu, kambing, unta, kibas, dan ape2 je la.

tapi aku pelik cket r. nape orang kelantan ngan terengganu sambut raya ni kaw2 punye. dorang buat kenduri r, open house r, pendek kate macam sambut raya aidilfitri. tapi yang tuka langsir baru, tuka set pinggan mangkuk perancis, tuka sofa, tu tak sempat tanye pulak. tak kot. berapa kali pulak nak tuka perabot rumah korang tu. botak kepale bapak korang nak membayar.

tapi betul la wei. aku pon pelik gak. membe aku r yang tanye bende ni. die budak kelantan. die cakap kat tempat lain tak camtu. kat kelantan ngan terengganu je. apa? korang cakap sebab kelantan ngan terengganu tu orang pas? maaf, ini bukan blog politik. sila beredar.

kalo nak di ikutkan, raya aidiladha ni lagi penting dan besar makna nya dari raya aidilfitri. takbir raya aidilfitri tu sekejap je. dari maghrib malam raya sampai la semayang raya esok nye tu. takbir raya haji ni pulak 3 hari beb. lagipon kalo kite tgk kat arab tu, dorang sambut raya aidiladha ni lg meriah dari sambut raya aidilfitri. dorang sambut raya aidilfitri ni sehari je bai. kite je yang lebih2 sampai sebulan nak raya. siap ade lagu raya la, rancangan2 bersama artis di hari raya la, nak2 lagi trek selebriti tu. jelik pulak aku tengok. tapi, itu la rakyat malaysia.

kalo aidiladha, ape yang ade kat tv? ade dorang buat sambutan aidiladha bersama artis? besama ustaz ade la. artis kat malaysia ni tak sambut aidiladha ke? tak penah pulak ade rancangan artis sembelih lembu bersama pak imam, atau lagu raya aidiladha yang best2. abes kuat pon raihan, hijjaz, dan kumpulan2 nasyid punye lagu. band nasyid je ke yang sambut aidiladha?

kalo korang tgk pengumuman raya aidilfitri kat tv tu, semua muka happy gile siap terlompat2 masa main bunga api. tapi kalo tanye bile raya aidiladha, masing2 buat muka ketat. aku penah tanye kawan aku bile raya aidilfitri, sepantas mengorek hidung dia menjawab, " 21 september 2009 ". pastu aku tanye pulak tarikh raya aidiladha, dengan sepantas mengorek hidung juga dia menjawab, " kesah pulak aku ". mengapa begitu?

pastu pulak, kalo raya aidilfitri, sume orang sebok nak g raya umah kawan2, sedara-mara, cikgu sekolah ko, pakcik sebelah umah, dan juga melawat kubur. tapi, masa aidiladha, ramai yang duk lepak umah tgk tv dan tido. perlu di tekan kan di sini, aku kate ramai, bukan semua.

aku bukan nak jadi ustaz kat sini, tapi aku cuma luahkan pendapat aku je. korang pikir-pikir kan la. aku pon sama je dengan ape yang aku cite kat atas ni. apa bole buat, kite kan rakyat malaysia.

dan akhir kata, aku nak ucapkan " SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA RAKYAT MALYSIA "

salam.

Ahad, November 22

ngaum pt2.

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit deja
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas

Moi je t'offrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu'apres ma mort
Pour couvrir ton corps
D'or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l'amour sera roi
Où l'amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas

Ne me quitte pas
Je t'inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants là
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser
Je te racont'rai
L'histoire de ce roi
Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu'un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s'épousent-ils pas
Ne me quitte pas

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
À te regarder
Danser et sourire
Et à t'écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L'ombre de ton ombre
L'ombre de ta main
L'ombre de ton chien
Ne me quitte pas

ini ialah update tanpa berfikir lalu copy paste datang membantu ketika kebetulan aku sedang mendengar lagu ini.

Sabtu, November 21

ngaum.

aku tiada idea. kontang.

update pada hari ni ialah tahukah anda dalam satu tin coca cola mempunyai 18 sudu gula?

bukan 9 sudu gula sebenarnya.

sekian update pada hari ini.

Rabu, November 18

luffman menthol.


aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan kata-kata keramat ini.


SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM KEPADA KANAK-KANAK DI LKW!

sekian, terima kasih. anggaplah seperti rajnikanth memberi semangat kepada anda.

Selasa, November 17

mode : belang tarung


dalam hidup korang penah ada hari yang paling sial? hari paling sial tu mungkin korang kene xcident ke, handphone ilang ke, kene marah ngan awek korang ke, clash ngan awek ke, jumpe pocong ke, tersandung batu pastu jatuh terkangkang depan sekumpulan awek ke, korang lepak kat hartamas dengan muke belagak kaye pastu tetibe korang baru perasan zip seluar tak tutup sejak dari rumah ke, ade kan?

pastu pulak yang lagi menambah sial nye kalo korang kene nasib malang 3,4 kali dalam satu hari. memang rase x bole blah kan? mesti korang rase cam nak g bunuh diri ke, pukul orang ke, koyak2 kan teddy bear adek korang ke, pau aiskrim budak kecik yang kebetulan lalu kat sebelah korang ke, g sepak budak2 emo ngan indie yang baru nak up mase dorang tgh shuffle kat belakang timesquare ke, korang mesti rase nak buat camtu kan? kan? kan?

aku pulak tgh rase nak g sewa sepang circuit tu pastu nak ajak mat rempit yang lepak kat tepi longkang belakang umah pakcik hamzah tu lumbe pakai basikal roda tiga. pastu sape kalah kene berlari keliling balai polis trafik jalan bandar dengan pakai spender je. spender tu pulak warna putih yang bercop " hak milik kerajaan ". pastu g cakap kat pakcik polis tu ko nak ajak anak die kawin kat siam. pastu kalo pakcik polis tu x kasi, ko ajak pakcik polis tu kawin. tapi kalo aku agak2 xde duit nak sewa sepang circuit tu ( ade pulak aku duit ), aku nak g jumpe bomoh mintak die jampi lecturer aku kasi die kene penyakit kusta sampai die pencen.

ape? puncanye? hah ape lagi. sebab result aku fail la. fak! ( cakap gaya rempit )

Kata-Kata Hikmah " Janganlah kita melupakan apa yang berlaku pada hari semalam. Kerana apa yang berlaku pada hari semalam tidak akan berlaku pada hari esok. Dan apa yang berlaku pada hari esok, tidak akan berlaku pada hari semalam. Kerana semalam dan esok tidak akan bertemu. Apa yang penting, kerjasama. "

Jumaat, November 13

siri bercakap dengan jin: jin handphone.

ya. kembali lagi di dalam siri bercakap dengan jin. pada siri yang lepas, kita bercerita tentang jin lighter yang amat menyeramkan. pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin yang lain, jin handphone.

ikuti ceritanya.

si B baru lepas kemalangan pada malam sebelumnya. badan beliau luka-luka dan kulit tangannya terkoyak di bahagian siku. kemalangan motosikal. dan kebetulan si B akan menghadapi final exam pada keesokan harinya. dengan tangan yang luka, badan penuh luka, memang satu dugaan terbaik untuk mengambil final exam.

keesokan harinya, selepas exam, si B pulang ke hostel. badannya memang penat. sangat penat. dia amat memerlukan rehat. selepas bermesej dengan aweknya, dan menghubungi bapanya untuk meminta bapanya mengambilnya pulang ke rumah, dia meletakkan handphonenya di sebelah bantalnya lalu tidur. dengan lena.

B dikejutkan apabila dia terperasan ada seseorang di biliknya. dia membuka mata dan melihat kelibat seorang lelaki di depannya. kemudian baru dia perasan bahawa itu ialah kawannya, si E. B menegur E tapi E seperti dalam keadaan tergesa-gesa. kemudian E keluar dari rumah. si B berasa pelik tapi membuat tidak peduli.

kemudian B mencari handphonenya untuk menghubungi bapanya. pelik, handphonenya tiada di sebelah bantal. B terasa bingung. lantas di carinya di seluruh bilik. tidak dijumpai. kebetulan bapanya pun sampai. bapanya memarahi B kerana tidak dapat mnghubunginya. B pun berkata dia tidak menjumpai handphonenya. bapanya pun memahami.

pada minggu kemudiannya, si B terdengar perbualan dari seorang kawannya.

"wei B, ko tau, si E dah tukar handphone dowh. memang sibijik macam handphone ko yang hilang aritu. aku tau ko ade buat tanda kat handphone ko tu. hah tanda tu pon ada. ko tak rasa pelik ke?"

ya. kami semua berasa pelik. bagaimana si E secara tiba-tiba menukar handphone. dan bagaimana handphone itu boleh kebetulan sama dengan handphone si B yang hilang? pelik, bukan? dan apa yang si E buat ketika si B sedang tidur? adakah itu ialah si E, ataupun jin yang macam setan?

bagaimana? amat seram, bukan? bertemu lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Khamis, November 12

mari mengaji.


hari ini dalam sejarah.

encik roshairi bin roslan, seorang pemilik satria merah, akhirnya, setelah 3 tahun berkenalan dengannya, dan setelah 3 tahun mendengar niat beliau yang tidak pernah tercapai, pada hari ini, beliau telah berjaya menunaikan niat beliau.

kereta beliau kini sudah mempunyai sport rim. tahniah. tahniah. hebat sungguh. aku patut buat kenduri doa selamat untuk kau.


Rabu, November 11

siri bercakap dengan jin: jin lighter.

sesungguhnya di dunia ini, kita sebagai manusia hendaklah mempercayai, bahawa di dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang tinggal. ada lagi makhluk yang lain. makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

pada hari ini, kita akan bercerita tentang jin lighter. ikuti ceritanya.

dua orang sahabat sedang bersembang apabila seorang darinya, A, , mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya lalu dikeluarkan sebatang. diraba seluarnya, mencari lighter tapi gagal dijumpai lalu si A meminta lighter dari B. lalu B mengeluarkan lighternya dan juga kotak rokoknya untuk menghisap rokok bersama A.

20 minit berlalu, lalu A meminta diri untuk pulang ke rumah. lalu B membawanya ke pintu dan A berlalu pergi. kemudian B mengeluarkan kotak rokok dari seluarnya untuk menghisap rokok. dan meraba poketnya untuk lighter.

hairan. lighternya sudah hilang.

pada masa yang sama, si A sedang dalam perjalanan ke rumahnya sambil menghisap rokok.

bagaimana si A secara tiba-tiba mempunyai lighter lalu berjaya menghisap rokok sedangkan ketika melepak bersama si B beliau tiada lighter?

misteri, bukan? adakah ini kerja makhluk halus?

jumpa lagi di siri bercakap dengan jin yang akan datang.

Isnin, November 9

hati sayu.


korang bace metro jumaat lepas? alaa muke depan metro kot. ade sorang budak ni kene pukul dgn ustaz die. pecah muke wei. sampaikan budak tu kene lari g bilik pengetua pasal takut kene pijak kat situ. teruk bai cikgu zaman sekarang ni. mentang2 r budak2 sekolah tu kecik2 lagi, sesuke ati die je nak labi2 kan dorang. yang ustaz ni pon satu hal. ko tu da la cikgu silat. ustaz pulak tu. malu la cket wei ko nak g pukul budak sekolah. kalo nak cari lawan pon cari la yang setaraf. sengal tul. sesuke ko je nak pukul anak orang, makbapak dorang pon x pukul anak die sampai camtu skali. kalo pon makbapak die nak pukul pon suke hati die la. da name pon makbapak. tapi ko sape? dah la ustaz ni pulak memang jenis kerek. sound org pulak ikut sedap mulut je. sesuke ko je nak sumpah budak sekolah tu x lulus spm. ko igt ko sape? tuhan ke? ustaz atas name je. tapi hati busuk. itu pon ntah la die tu ada tauliah ustaz. memang padan r muke ko kene tangkap. cube ko pikir balik. ape gune sekolah? nape kite kene sekolah? ape guna cikgu? lu pikir la sendiri.

Ahad, November 8

Poker Face Ma~ Ma~ Ma~ Ma~~



Kesengalan seorang penyokong bolasepak di Malaysia

Pada suatu malam, seorang pemuda yg sgt nerd orgnye sgt gembira kerana dpt tiket free (walaupun memang xpyh byr pon untuk masuk) untuk menyaksikan satu perlawanan bolasepak antara 2 team bola yg sgt biasa teamnye (perlawanan bolasepak antara sekolah rendah daerah selayang)..biasala, first time die tgk match kat stadium selayang..die sgt meminati salah satu team itu..(sebab pernah sekolah di situ)

Sebelum perlawanan, die membeli air (air soya, campur cincau dan sedikit air bandung) untuk minum yg di isi dalam plastik berharga 50 sen. (korang taula yg mcm mane kan)..

jd perlwnan pon bermula.. sepak sana...sepak sini... akhirnya team tu men tgh2 je,satu pon tak ke kwsn petak penalti lawan..(anda dpt rasakan betapa boringnya perlawanan itu (mane xnye, budak2 men)..jd begitula keadaannya sepanjang 40 minit (budak sekolah rendah men hanya 50 minit)..tapi pemuda itu sgt gembira dan ada kalanya marah, menjerit2 pada team kesukaannya mcm nak pecah tekak..(walaupun penonton hanya dia dan ibubapa2 yg sejemput aja)

tetiba, pada minit ke 49, seorang striker (team lawan) telah mendapati keeper (team kesukaannya) berlari menjadi striker kerana melihat teamnye sgt sengal dan pergi menuju kehadapan..segara merampas bola lalu merembat dari tgh padang.. pemuda itu sedar pada keadaan itu, lalu menjerit menyuruh keeper tersebut lari menyelamatkan bola dari di sumbat gol.. tapi apakan daya, keluasan padang terlalu jauh menyebabkan keeper tersebut xsempat lari balik ke kotak penalti.. dan GOLLLLLLLL!!!!!!! 1-0..Terus referee meniupkan wisel penamat..

pemuda itu terus menangis dan marah.akibat terlalu bengang dan kecewa melihatkan kesilapan keeper tersebut, dengan tekad (yg sgt membara hatinya) mengambil keputusan untuk membaling air ke padang..ini kerana hanya satu yg bermain di kepalanya dan ditangannya (pernah tgk org baling botol kat pemain waktu match kat tv kerana frust).. dengan sekuat hati,membaling air dalam plastik yg dibelinya td.. tp apakan daya, air itu jatuh betul2 atas kepala seorang lelaki yg sgt sasa bernama Malik Noor (parent bdk2) satu row didepannya..dengan sgt marah tahap incredible hulk, mengoyakkan bajunye (cara Hulk Hogan) dan memakai minyak pada badan, menjerit kepada org belakang, mencari2 nak patahkan tgn orng yg baling air itu

melihatkan keadaan itu berlaku, pemuda itu terus memandang kebelakang, kononnye mencari2 juga org yg membaling air itu..pemuda itu ingat die sudah selamat dgn trick itu, tp apakan daya, die duduk di tempat duduk paling atas sekali... die menoleh utk melihat pada lelaki itu balik, tp lelaki itu trus hilang dari tmpat duduknya. Dengan lega pemuda itu ingat die sudah selamat kerana melihat lelaki itu sudah tiada lagi..lalu berdiri dan ingin balik ke rumah..rupa2nya, lelaki itu tadi berada disebelahnya.. terus lelaki itu menerkam pemuda tersebut, mengangkat dan membalingnya seakan2 patung Barbie Doll (berat pemuda itu hanya 45kg)..lalu membuat F-U(cara john cena) dan pedigree (cara triple H)...lalu lelaki tersebut pinned pemuda itu dan mula mengira 1 2 3 dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang dan menjulang tali pinggang kejuaraan..pemuda itu terdampar di situ dan mengalirkan air mata..dan di situ juga berjanji akan menukar minat dari bola sepak ke Dota All Star..

Jumaat, November 6

dota all stars.

hari itu, hari lahirnya yang ke 60. beliau mendengar pintunya di ketuk. dengan perlahan beliau membuka pintu. seorang jururawat, berusia lingkungan 30-an berada di depannya. memegang kek. dan bersama dengannya beberapa orang warga emas. masing-masing tersenyum. lalu, mereka beramai menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. beliau bernama talib.

talib memang terkenal dahulu. siapa yang tidak kenal talib? pada usia muda, talib ialah super hero di malaysia. dilahirkan bersama kembar, seekor anak harimau sindrom down, talib memang dari sejak lahir dianggap istimewa. malangnya kembarnya, seekor anak harimau sindrom down, mati pada usia 2 tahun. namun, setelah kematian kembarnya, talib ibarat mendapat kuasa luar biasa. pada usia 2 tahun, 2 hari selepas kematian kembarnya, talib sudah pandai berjalan, bercakap, dan membuat add math. dan pada usianya 3 tahun, kuasa sebenarnya keluar.

pada ketika itu, ibu talib membawanya ke pasar. ibu talib sedang sibuk membeli ikan jelawat apabila talib, yang baru merasai bebas berjalan di dunia luar, merayau keseorangan ke tengah jalan besar. sebuah lori balak sedang laju dengan pemandunya, seorang india, berada juga di atas jalan yang sama. pemandu itu terlewat menyedari yang ada seorang budak kecil juga berada di atas jalan yang sama. dan untuk menambahkan lagi cliche perlanggaran lori, brek lori itu tiba-tiba gagal berfungsi. untuk mempercepatkan cerita, lori itu melanggar talib.

lori itu hancur teruk. pemandunya mati di tempat kejadian. talib, cool seperti biasa. seperti tiada apa yang berlaku. dan pada hari itu, talib mula menjadi terkenal. sejak dari hari itu, ramai yang datang ke rumah talib, baik wartawan atau orang biasa, samada mahu menangkap gambar, menemu ramah, atau berubat tradisional. biasalah, orang melayu mana boleh nampak benda pelik-pelik. mesti nak mintak berubat. budak tu bukan pandai pun. letak air putih, talib baca abc sambil nyanyi lagu 4u2c pastu tiup pastu mula lah kata air tu mujarab.

sepanjang hidupnya, talib banyak membantu orang dalam kesusahan. panggil saja nama talib, beliau akan datang dengan segera. macam superman. orang ramai memang sayangkan talib. talib juga dianugerahkan pingat datuk oleh kerajaan pada usia muda kerana berjaya membantu malaysia mendapatkan pingat emas dalam olimpik dalam acara boling padang.

beliau berkahwin pada usia 28 tahun dengan seorang model dari amerika, bo derek. mereka dikurniakan 3 orang anak. namun panas tidak sampai ke petang, beliau bercerai ketika usia perkahwinan mereka 13 tahun. bekas isterinya meminta hak penjagaan anak-anak dan memandangkan pada ketika itu siapa yang pandai bercakap bahasa inggeris dipandang tinggi, maka bekas isterinya memenangi hak penjagaan itu.

talib amat kecewa. talib mulai menjadi panas baran dan suka menumbuk dinding rumah dan dinding pejabat. tidak menyedari kuasanya yang luar biasa itu, dinding pejabatnya pecah dan roboh, bosnya amat marah dan memberhentikannya kerja. sekali lagi, talib kecewa.

satu pagi yang hening, talib sedang membetulkan dinding rumahnya yang pecah ditumbuknya. tiba-tiba datang seekor harimau. bermuka sindrom down. berada di depannya.

"talib." harimau itu bersuara.

"hahh? kau boleh bercakap?" jawab talib dalam nada terkejut. "siapa kau?"

"aku lah kembar kau dahulu. sepatutnya aku hidup lama, tapi disebabkan aku sindrom down, aku mati awal." jawab harimau itu lagi. "dan hari ini, aku datang untuk menuntut hak aku."

"hak kau? hak ape?" jawab talib. kali ini suaranya tegas.

"kuasa yang kau ada. itu hak aku. dengan kuasa itu, aku tidak akan menjadi sindrom down lagi. aku akan menjadi harimau yang bebas dan riang. aku tidak perlu lagi dijadikan pameran apabila golongan dermawan datang ke tempat asuhan aku" jawab harimau itu.

talib memandang ketat.

"kau bukan dah mati ke? mase bile ko tinggal tempat asuhan?" tanya talib.

"jasad aku mati. tapi aku masih hidup. dan aku merasuk harimau lain. tapi disebabkan aku sindrom down, maka aku hanya boleh merasuk harimau sindrom down sahaja. dan hidup aku selama ini hanya merasuk sahaja sebab lifespan harimau sindrom down ni singkat." jelas harimau itu.

"oh. hmm. ahhh jangan harap kau boleh dapat kuasa aku ni. kuasa ni hak aku. bukan kau!" marah talib.

"kalau begitu, bersedialah. hiaaaggggrrrhhhh!!!!"

dan mereka berdua bergaduh. harimau itu menang. dan talib, kehilangan kuasanya. dan berada dalam keadaan koma.

10 tahun kemudiannya talib sedar dari komanya. beliau sudah berumur 50 tahun pada ketika itu. beliau berada di dalam hospital. beliau tiada sesiapa pada ketika itu. sebatang kara. setelah stabil, beliau ditempatkan di rumah orang-orang tua.

kini sudah 10 tahun talib berada di sini. hari ini ialah hari jadinya. dan ditemani kawan-kawan yang berusia emas sepertinya. masing-masing menyanyikan lagu hari jadi kepadanya. beliau terharu. dan sedih. sudah 10 tahun beliau menanggung perasaan yang sama.

talib menjenguk ke luar tingkap memandang permandangan dari luar katilnya. sambil mengira waktu-waktunya untuk pergi. tanpa meninggalkan nama.


Rabu, November 4

super ring.

korang sedar tak, blog ni sebenarnya ada 3 orang penulis?

kalau korang perasaan, kat belah kiri blog ni ada 3 nama. bok, fit dan makan budak. macam membazir ruang.

tapi, kalau korang sedar, dalam blog ni, macam ada satu penulis je yang aktif.

dan aku, selaku admin, apa patut aku lakukan? adakah aku patut menjadi bos melayu atau bos cina? adakah aku patut membuat lucky draw? house warming party? tupperware party? ladies night?

airwick.

my other half is learning how to play DOTA.

and i hate DOTA, very much.

and being surrounded by DOTA lover makes me wanna puke. its like a curse. and the curse has overwhelmed her.

ah i need my nicotine.

oh yeah, and i can't find any shop that sells my favorite cig. luffman, remember? yeah. and so i need to cough up more money just to buy my cig. rm3 for a box of 20's, and rm7.80 for a box of 20's. u do the math.

and yes, i effing hate parasites. PARASITES.

PARASITES! PARASITES!! GO FUCK URSELVES!

enough for today's update. ciao.