Isnin, Julai 27

most infamous murder.


kanak-kanak di tepi pantai membuat istana pasir.
datang ombak, menghancurkan imaginasi mereka.

seorang pelajar sedang menyiapkan tugasan menggunakan komputer untuk dihantar esok.
bekalan elektrik terputus sampai esok.

kebakaran hutan yang sangat teruk.
datang hujan, hujan rintik selamat 5 minit.
hutan tidak dapat diselamatkan.

seorang pengusaha baju kurung bertungkus lumus menyiapkan baju kerana permintaan tinggi sempena musim perayaan.
kedai beliau hangus terbakar kerna kenakalan kanak-kanak bermain mercun.
beliau memandang dari jauh.

pasangan ini gembira mendapat anak sulung, 20 tahun lepas.
pasangan ini bersedih mendapat anak sulung mereka, 20 tahun kemudian.

seorang lelaki cuba memuaskan hati kekasihnya.
memberikan segalanya kepada beliau.
dan kekasihnya berhati batu.

dan melihat dari tingkap, kehidupan kau berlalu pergi meninggalkan kau.