Jumaat, Ogos 8

meluat.


gambar di atas merupakan seorang badut yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. beliau bernama The Joker. mengapa aku ingin berbicara tentang beliau?

watak The Joker ini hadir di dalam sekuel filem terbaru Batman yang bertajuk The Dark Knight. kira-kira seminggu yang lepas, aku masih belum menonton filem ini lagi. dan pada ketika rakan-rakanku masih hangat bercerita tentang filem ini, aku masih termanggu-manggu mendengar tanpa paham. majoriti dari mereka mengatakan filem ini adalah yang terbaik dalam siri filem Batman yang pernah dikeluarkan. dan yang paling banyak diceritakan ialah tentang watak The Joker. melalui cerita mereka, mereka melabelkan The Joker ialah seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. dan mereka telah memprovokasikan aku, mengatakan aku malang kerana belum menonton lagi filem ini.

aku bukanlah seorang yang sabar. atas dasar egois aku dan kemalasan aku pergi ke wayang, aku mengambil keputusan membeli dvd cetak rompak filem ini. apek yang menjual filem ini mengatakan kualiti dvd itu bagus. "ld dvd copy punya!" kata beliau. lantas aku membayar rm8 untuk membeli filem itu.

dan apabila aku menonton filem itu, aku terus bersetuju dengan pendapat rakan-rakanku. benar, The Joker memang seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. buktinya, dvd yang aku beli itu bukan dvd copy. aku tidak selesa melihat The Joker membunuh orang sambil kelihatan bayang-bayang kepala orang dan kelibat manusia yang ingin ke tandas(mungkin). mungkin apek penjual dvd itu salah seorang daripada konco The Joker. hebat.

Tiada ulasan: