Sabtu, Ogos 30

gari.


selamat berpuasa kepada semua umat islam. kepada golongan beragama islam pada kulit, semoga berjaya melarikan diri dari van mayat.

Khamis, Ogos 14

keliru.


aku seorang pelajar di salah sebuah universiti yang agak terkenal bukan dari segi akademik namun dari segi nilai komersialnya. banyak filem dan drama di Malaysia membuat pengambaran di tempat belajar aku. malahan, seorang artis indonesia yang terkenal di sini(tapi di Indonesia, artis ini ibarat pelakon murahan saja, bak kata seorang rakanku dari Jakarta) juga memilih universiti ini untuk melanjutkan pelajaran.

benar, ramai beranggapan universiti tempat belajarku amat menyeronokkan. bagi lelaki-lelaki normal, kehadiran gadis-gadis yang cantik dan seksi di sini boleh menyemarakkan semangat belajar mereka(dan menaikkan libido masing-masing). kepada yang songsang, jangan risau, di sini kelibat lelaki memakai skirt juga sering kelihatan, golongan anda tidak terkecuali.

aku? hmm.. aku sering tidak ke kelas. pada ketika aku menulis post ini, aku tidak ke kelas walaupun sepatutnya sekarang aku berada di dalam kelas. alasan aku hanya satu; malas. malas ini bagai satu penyakit. satu ketagihan. satu nikmat yang dapat aku rasakan. ibarat kau makan rendang kering bersama pulut kuning. atau steak bersama kuah black pepper. atau bersukan kemudian meminum air 100 plus. atau kau dapat melunaskan libido kau.

malas ini ada baiknya. disebabkan malas aku dapat menulis post ini. disebabkan malas, teknologi semakin berkembang. wujudnya kereta, email, lif, kapal terbang, lori, mesin basuh dan sebagainya. semuanya berpunca dari sikap malas.

oleh itu, jika anda tidak dapat datang ke kelas, atau tidak menyiapkan assignment anda, anda tahu apakah jawapan terbaik yang patut di berikan kepada pensyarah anda. "SAYA MALAS!!".

Jumaat, Ogos 8

meluat.


gambar di atas merupakan seorang badut yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. beliau bernama The Joker. mengapa aku ingin berbicara tentang beliau?

watak The Joker ini hadir di dalam sekuel filem terbaru Batman yang bertajuk The Dark Knight. kira-kira seminggu yang lepas, aku masih belum menonton filem ini lagi. dan pada ketika rakan-rakanku masih hangat bercerita tentang filem ini, aku masih termanggu-manggu mendengar tanpa paham. majoriti dari mereka mengatakan filem ini adalah yang terbaik dalam siri filem Batman yang pernah dikeluarkan. dan yang paling banyak diceritakan ialah tentang watak The Joker. melalui cerita mereka, mereka melabelkan The Joker ialah seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. dan mereka telah memprovokasikan aku, mengatakan aku malang kerana belum menonton lagi filem ini.

aku bukanlah seorang yang sabar. atas dasar egois aku dan kemalasan aku pergi ke wayang, aku mengambil keputusan membeli dvd cetak rompak filem ini. apek yang menjual filem ini mengatakan kualiti dvd itu bagus. "ld dvd copy punya!" kata beliau. lantas aku membayar rm8 untuk membeli filem itu.

dan apabila aku menonton filem itu, aku terus bersetuju dengan pendapat rakan-rakanku. benar, The Joker memang seorang penjenayah yang pandai menipu, memutar belit dan pakar dalam strategi. buktinya, dvd yang aku beli itu bukan dvd copy. aku tidak selesa melihat The Joker membunuh orang sambil kelihatan bayang-bayang kepala orang dan kelibat manusia yang ingin ke tandas(mungkin). mungkin apek penjual dvd itu salah seorang daripada konco The Joker. hebat.

Khamis, Ogos 7

Keperluan Untuk Bertegur Sapa
















Aku hanya pendatang baru yang menggunakan internet sebagai punca utama aku membaca akhbar. Dan memandangkan akhbar semakin membosankan, dan friendster dan facebook bukanlah keutamaan aku, maka aku mula berkenalan dengan golongan-golongan yang gemar menulis di dalam internet. Maka, atas dasar semangat inkuiri dan perasaan taksub dan takjub(atau poser), maka aku juga menceburi bidang ini tanpa perasaan bersalah. Sebagai pendatang baru, aku tidak tahu apa yang patut ditulis pada permulaan entri utk blog aku. Maka seperti kesemua orang yang lain pada ketika mereka masih mencari identiti mereka, aku mengetahui bahawa pada permulaan entri mereka, mereka akan menulis ayat-ayat mempromosikan blog mereka dan memberikan kata salam kepada pengunjung yang lain.


Tipikal, bukan?