Selasa, Jun 1

musang.

aku sedang membakar sebatang rokok luffman virginia blend. untuk mendapatkan tempo dan ritma. aku sedang berada dalam keadaan halusinasi. seperti berada di dalam roller coaster.

andaikan satu hari nanti, sebuah bom atom jatuh di kuala lumpur, adakah anda masih terasa mahu shuffle dan menyokong manchester united?

andaikan satu hari nanti, pembunuhan besar-besaran berlaku di kuala lumpur atas sebab perebutan kuasa, adakah anda masih terasa mahu lepak sap kok lu di kedai mamak dan ke private party?

aku mula berasa pelik. umur sudah meningkat, tapi terdapat sebiji jerawat besar tumbuh di pipi. adakah aku semakin awet muda sweet sixteen? ataupun darah aku semakin kotor kerana longgokan toksin dan tar di dalam badan?

aku selalu mendengar perkataan "you are the girl of my dreams" dikatakan kepada awek/gundik/skandal masing-masing.

andaikata, esok malam kau bermimpi perempuan yang lain, adakah perempuan sebelum itu tetap menjadi relevan?

ada orang cakap kat aku, hidup ini, simboliknya macam taik. "life's a shit" bak kata kanak-kanak rebel lepas sekolah. walau macam mana kau lari, tetap akan ada masalah menanti. ibarat taik. camne pun kau jijik, bila kau berak, kau akan nampak taik. kau akan bau taik kau. jangan nak sembang best bajet-bajet taik kau wangi. dan sepanjang hidup kau, selagi kau boleh berak, selagi tu lah kau akan jumpa taik.kalau kau tak pam, nanti jadi lagi jijik. kalau kau pam, taik hilang. heh.

dan samalah dengan hidup dan masalah.

cheerio.

1 ulasan:

laras yg hot to the max berkata...

nice shit post. welcome back!