Setelah penat menjalani kursus pembuatan bom di Russia, rindu aku pada ruang kotak putih ini untuk mencoret apa yang terisi terkandung dalam kepala otak aku. Dan semesti nya aku tidak akan mengajar kau orang tentang cara-cara membuat bom di sini (pasti lah, aku tidak mahu diburu kerajaan Malaysia seperti mana kami pernah memburu Abuya Ashaari Mohammad, google jika tidak tahu, di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu).
Okay, that is not a basic point to be talk about. Aku ingin bertanya pada semua, pernah tak kau orang merasa banyak kekeliruan yang berlaku dalam hidup kau pada masa yang singkat? Maksud ku, sangat singkat which is not even a day. Banyak perkara yang membuatkan kau keliru, rasa bersalah, berfikir secara kritikal, serta menyukarkan situasi di mana, kau sebelum ini amat hebat dalam membuat keputusan tetapi pada tika itu, kau menjadi kaku tidak mampu berfikir. Pada dasar nya, semua ini melibatkan hati dan perasaan. Capability akal dan fikiran pasti dipinggiran. Kerana itu lah, kemampuan untuk berfikir dengan waras menjadi sedikit hambar.
Aku pernah takut untuk One-on-One dengan subjek ini pada satu ketika dulu. KARMA. Ya, aku akui banyak kesilapan lampau yang mengajar aku dan semua itu telah pun dibayar cash. Tapi, kenapa perlu aku gerunkan beliau? Bukan kah itu bakal mengajar kau cara membesar dengan sihat dan kuat (iklan Milo punya tagline). Aku ingin mengubah persepsi aku di sini, pada hari ini, pada pagi ini, pada saat ini, bahawasanya, aku 'langgar' beliau untuk kepuasan diri ku sendiri. Ini adalah apa yang aku mahukan serta inginkan dalam kepala otak aku sekarang. So basically, jika aku ikut kan kepala otak aku, itu tidak melibatkan nafsu sama sekali bukan? Ya, aku lebih suka begini daripada begitu. Oleh itu, aku berharap 'begini' tidak menghampakan aku sama sekali. Aku sedar selama ini aku hanya mengikut arahan. As a result, banyak penyesalan yang terpendam dalam kehidupan lampau aku. Tidak kira di padang kawad, di medan perang, di pusat latihan, semua pun mengikut arahan. Apa kata kali ini, aku yang ingin mengarah. Aku ingin menyeru pada semua, jangan asyik mengikut arahan atau pun terikat pada sesuatu yang menyebabkan kau tidak mendapat kepuasan diri dalam hidup kau. Be in charge and be the boss. Cuba dapat kan kepuasan diri kau orang dalam kehidupan masing-masing, selagi punya masa, sebelum kau menyesal.
Boleh aku be in charge and be the boss kepada kau?(mampus tak layan).
(Jika boleh, aku tak mahu seperti ini).