Khamis, Januari 14

Video Skandal Seks.


Pertama sekali, aku ingin umumkan bahawa blog ini tidak sama sekali mengandungi video-video lucah seperti mana kau, kau dan kau harapkan. Maaf dipinta.

Sudah lama aku tidak menulis. Maaf sekali lagi. Aku terlampau sibuk semenjak dua ini. Aku baru sahaja pulang dari satu misi penting Platun Tentera Gerak Gempur Darat Malaysia ke-13. Kami diutuskan untuk menjaga laluan paip minyak di Lubnan menghala ke Dubai bagi membantu Kerajaan Dubai yang kini berada dalam kondusi krisis kewangan negara yang agak kronik diiringi dengan hutang berbillion-billion Dinar Mas.

Bukan seperti tidak biasa meninggalkan kampung halaman, tapi aku masih punya perasaan rindukan tanah air sendiri. Emak ayah, rakan-rakan, kekasih hati, skandal-skandal, turut menantikan kepulangan ku ke tanah air biarpun aku hanya mengikuti misi itu sekejap sahaja. Mula-lah semua pun mencari aku. Telefon aku sehingga dapat. Risau kan aku curang pada hubungan masing-masing. Kenapa perlu curang? Mengapa perlu timbul perasaan tidak percaya? Kau pernah berlaku salah sebelum ini? Kau pernah berbohong? Kenapa kau perlu marah pada-ku? Aku sayang kau bukan? Kenapa kau perlu pergi? Perkara-perkara seperti ini perlu-lah aku selesaikan satu persatu sehingga aku tidak kehilangan insan yang aku sayang. Aku sayang kan kamu semua. Cuba-lah percaya pada teman anda.

Sebenarnya, aku cuba meletakkan diriku pada posting kali ini sebagai seorang kawan. Kawan perlu sayang kawan. Nasihat, bukan lawan. Jadi kawan, bukan jadi raja. Kau raja kah, bro? Aku kurang pasti tentang itu. Kau tentu kan.

Kepada saudara Bok, jangan begini sayang, kerana kau tidak perlu begini. Sila toleransi. Maaf aku meninggalkan teratak peluang menulis yang kau berikan ini sebentar. Sibuk kebelakangan ini. At least, aku tidak tinggal kawan, bukan?Chow.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tajuk nak reaal je.
eksploitasi ni.

bok tacink ke?
alololo

Bok Aizad berkata...

menci.. menci.. menci menci menciii~~~!!(sambil berpaling kebelakang gaya ayu)